Friday, February 20, 2026

Alunan Nostalgia di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Alunan Nostalgia di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Alunan Nostalgia di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Seperti kelaziman tahun tahun sebelum ini, untuk tahun ini semestinya Olive Tree Penang turut tidak akan melepas peluang untuk menawarkan Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang.


Bertemakan nostalgia era 1960-an dan 1970-an yang penuh pesona, The Olive akan diubah menjadi ruang makan berinspirasikan retro yang mengimbau zaman kegemilangan dahulu. Para tetamu akan dihiburkan dengan alunan lagu-lagu klasik 60-an dan 70-an yang malar segar, mewujudkan suasana hangat dan penuh sentimental. Ia memberi peluang kepada tetamu warga emas untuk mengimbau kenangan manis, sementara generasi muda pula dapat merasai sendiri keindahan dan daya tarikan era lampau. Keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja boleh berkumpul untuk berkongsi detik-detik bermakna dalam suasana yang sarat dengan warisan, muzik dan tradisi.


Nikmati hidangan, imbau kembali kenangan nostalgia, dan berpeluang memenangi percutian eksklusif. Ramadan ini, Olive Tree Hotel menjemput para tetamu untuk menikmati Bufet Makan Malam Alunan Nostalgia Ramadan serta menyertai Cabutan Bertuah Mingguan yang menawarkan hadiah penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Deluxe, termasuk sarapan pagi dan tiket percuma untuk 2 orang ke De’8000 Mini Golf. Setiap tempahan yang disahkan secara automatik layak menyertai Cabutan Bertuah Mingguan, dengan satu penyertaan bagi setiap tempahan. (Bagi tempahan berkumpulan, penyertaan cabutan bertuah akan didaftarkan atas nama penempah utama sahaja.) Pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui platform media sosial rasmi Olive Tree Hotel. Makanya, tanpa melengahkan masa lagi ajiom layan bersama-sama ceritera bergambat dibawah.


Barisan pembuka selera seperti lemang, ketupat, serunding, aneka jenis kearbu, aneka jenis jeruk, tauhu sumbat, rojak buah, aneka jenis maki/sushi, ulam ulaman bersama sambal, sup ekor dan bubur lambuk


Barisan menu utama seperti kambing bakar dan nasi mandy, nasi hujan panas, ketam bunga masak ala Siam, udang goreng dengan sos istimewa dan daun pudina, sotong sambal tumis, baked fish masala, kambing bakar bersama mint mustard sos, ayam percik putih Kelantan,  dan pajeri nenas


Udang bakar & ikan bakar bersama air asam


Otak-otak bakar


Koay teow goreng & koay kak goreng


Pak Man Gulai Kawah section dengan pilihan seperti kari kepala ikan salmon, gulai utara daging dan ayam goreng berempah


Satay ayam dan daging bersama condiments dan kuah kacang


Lok lok station dengan aneka piliham sup dan sos seperti mala peanut, thai chilli dan batong sauce


Kambing bakar kaunter bersama sos lada hitam


Kaunter roti john dan kebab


Kaunter ABC dah buah-buahan


Kids corner counter


Barisan menu pencuci mulut yang pelbagai


Pilihan minuman panas dan sejuk


Lokasi : The Olive, Olive Tree Hotel Penang

Tarikh : 26 Februari - 19 MAC 2026

Masa : 7.00pm - 9.30pm

Harga : RM140nett (dewasa), RM100nett (warga emas), RM70nett (kanak kanak)





~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment