Thursday, February 19, 2026

Bazaar Senja Ramadan Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Bazaar Senja Ramadan Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Bazaar Senja Ramadan Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Salam Ramadhan pertama untuk semua para pembaca setia blog aryshafayyadh blogspot. Ohhooiiii, lamaaaa betul kali ini saya menyepi kan3. Tapiiiiii jangan risau, dalam sepi kelam tiada bicara, saba tahun pabila tibanya Ramadhan, saya pasti akan munculkan diri tau3. Manakan tidak, saya tahu anda semua pasti ternantikan perkongsian lokasi menarik untuk buffet Ramadhan kan3. 


So tanpa melengahkan masa lagi ajiom bersama-sama saya kita mulakan perkongsian pertama lokasi menarik untuk anda dan keluarga bebuka puasa di Pulau Pinang iaitu dengan tema Bazaar Senja, pastinya di Glass House, The Prestige Hotel Penang. Bermula dari 27 February sehingga 16 Mac 2026, dengan harga serendah RM99++ taaauuu. Semestinya terdapat aneka pilihan menu makanan yang pada dasarnya sesuai dengan citarasa ke-Melayuan, serta diberikan sedikit sentuhan istimewa yang membawa keunikan dan kelainan rasa yang memikat sesiapa sahaja yang menikmatinya. Untuk gambaran lebih jelas, ajiioomm layan perkongsian bergambar dibawah.


Bazaar Senja Ramadan Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang


Barisan pembuka selera denga pilihan aneka jenis ulam ulaman bersama sambal, garden green salad bersama dressing, aneka jenis kerabu, ikan masin, acar buah, cucur udang, gado gado bersama kuah kacang, serta rojak buah 


Laksa siam panas-panas


Kuah lodeh, ketupat pulut, lemang dan nasi impit bersama serunding dan sambal bilis


Ikan pari bakar bersama air asam


Bubur lambuk dan sup soto ayam


Barisan menu utama sepeti butter prawn, kangkung tempura, rendang daging, sambal petai sotong, ayam bakar Taliwang, terung selasih berlada


Kaunter char koay teow


Kaunter kambing bakar bersama nasi briyani


Kaunter sup tulang bear box


Kaunter aksi pita kebab


Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis kuih muih tempatan, biskut raya, kek, puding dan jelly, airkrim potong, jajan/keropok, goreng pisang, cucur pisang, rojak buah, bubur kacang, serta aneka jenis buah potong segar


Pilihan minuman sejuk dan panas




Lokasi : The Glasshouse, Prestige Hotel Penang

Tarikh : 27 Februari - 16 MAC 2026

Masa : 7.00pm - 10.30pm

Harga Weekdays : RM99+ (dewasa)

Harga Weekend : RM129+ (dewasa)

Warga Emas 20% diskaun

Kanak-kanak 30% diskaun



~~~ The End ~~~~

No comments:

Post a Comment