Bazaar Ramadhan Citarasa Serumpun di Mercure Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang
Bazaar Ramadhan Citarasa Serumpun di Mercure Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Untuk tahun ini, saya berkesempatan untuk turtu serta merasai kemeriahan berbuka puasa di Mercure Hotel Penang. Menampilkan tema Bazaar Ramadhan Citarasa Serumpun pastinya membariskan aneka menu masakan tempatan yang sangat dekat dengan citarasa semua di kala Ramadhan kan3. Baiklah tanpa membuang masa, seperti biasa marilah kita teruskan perkongsiang Best Buffet Ramadhan 2026, di Mercure Hotel Penang dengan ceritera bergambar dibawah.
Bazaar Ramadhan Citarasa Serumpun di Mercure Hotel Penang
Dari barisan pembuka selera yang pelbagai aneka sahaja pun sudah membuatkan panorama mata anda terpukau
Barisan menu utama seperti udang masak cili thai ketumbar, ayam masak lemak rempah kari, daging kicap merah tradisi Melayu, ikan rendang kerisik, telur & tauhu masak kari hijau pudina, bebola lautan kari merah limau purut, kobis panjang tumis perencah tiram, dan gulai lemak nangka muda & nenas
Kaunter aksi di bahagian luar dengan pemandangan indah pantai dan laut turut membariskan aneka menu pilihan seperti....
v
v
v
v
v
v
Laksa
Sup Kambing 14hari
Sup ayam, sup cendawan berkrim, bubur lambuk dan bubur lambuk sayuran
Murtabak dan roti john bersama kuah dhl dan kari
Mee goreng dan koay teow goreng kawah
Nasi Briyani ayam
Goreng panas-panas dengan pilihan seperti samosa dan cucur
Pilihan minuman panas & sejuk
Hat niiiiiiii yang teeeerrrrpaliiinnggg sedakkkkssss weeeeeiii, sup kambing 14 hari
Psssttt, hanya terdapat di Mercure Hotel Penang naaaaaaa. Memang heaven ooiiii tatkala menikmati menu ini, terutama bagi peminat kambing dan lelemaks eh. Pekena hat ni memang sah-sah mencanak-canak la paras kolestrol he3, tapi apakan daya kesedapan eh memanggil-manggil
Lokasi : Bayview Hotel Penang
Tarikh : 19 Februari - 19 MAC 2026
Masa : 7.00pm - 10.00pm
Harga : RM88nett (dewasa), RM78nett (warga emas & kanak kanak)
~~~ The End ~~~
































































No comments:
Post a Comment