Abang Sudah Ada Adik Bulus | Boboboy Wish List Fulfilled
Abang Sudah Ada Adik Bulus | Boboboy Wish List Fulfilled | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Berkesinambungan daripada entry DI SINI, sambutan Hari Lahir Ibu & Boboboy tahun 2023. Kan Ibu bagi surprise si bulus kecil. So kali ini saya akan ceritera lebih lagi tentang sibulus ituuuuuu.
Memang dari dah dapat tu, Boboboy terus google nama kucing Nabi. Sebabnya disekolah ustaz ada cerita tentnag kisah kucing kesayangan Nabi. Antara semua nama-nama kucing jantan Nabi, akhirnya Boboboy memilih nama IZAAN yang membawa maksud KETAATAN. Alhamdulillah sekarang sudah memasuki bulan ke tujuh kami sekeluarga bersama Izaan. Ajiioomm layan ceritera bergambar di bawah.........
Scene masa minggu pertama ada Izaan
Psssttt, masa tu memang Boboboy puluuunnn. Asyik melekat dengan adik dia tuuuuuu. Sat2 adik, sat2 adik, sat2 adik. Masa ni adik dia dok malu-malu kucing, so folloooowww ja atoq abang dia. suruh duduk, dia duduk, suruh tidoq dia tidoq2 ayam. Takleh la adik dia dia tu gerak sikit, dia polok suruh duduk juga2 dekat dia, he3. Ibu yang tengok pun lemaaaaiiih. Tapi biarkan waktu permulaan tu sebab nak bagi bonding adik beradik gitcheeewwww he3
Haaaa, ni adik kena kurung sebab degil tak mau makan kibbles he3
Pssstt, ni kejadian masa 1st day dapat Izaan. Ambl dari pagi, sampai ke malam dia tak nak makan weeeiii. Dok pujuk, do sua2 depan muka pun dia buat deerrrkk jaaaa. Last2 Ibu terus kurung la. Mula-mula kena kurung bising kejap, Ibu bebel petir kata selagi tak mau makan jangan harap dapat keluar, sentot sait. Lepastu mula makan kibbles. Haaaa, pahaaaaam pun. Walaupun makan tak la banyak tapi kurang2 makan la juga kan3
Dalam 1-2 minggu pertama memang Izaan tidur atas sofa sebelah katil abang eh
Enjoying his home made wet food
Pssstt, memang wet food Ibu home made setiap minggu. PCkan dengan Noxxa and frozen. Menu biasanya ayam dan carrot atau ayam dan labu. Pernah few times gantikan ayam dengan ikan, tapi Izaan tak berapa nak berselera. Even kalau compare labu dan carrot, dia suka labu lagi. Kibbles tu pula kadang pakai jenama Whiskas, kadang Pro Diet, dan yang terbaru saya pakai jenama PCG, hairball control
Tempat lepak pertama kesukaan Izaan iaitu tingkap bilik abang eh
Tempat lepak kedua kesukaan Izaan, tingkap di ampaian baju
Psstt, Izaan ni jenis suka merenung keluar jendela he3. Kalau tingkap bilik abang dia (hadapan koridor), atau tingkap bilik Ibu Ayah, taklah risau ka apa ka. Sebab tahu selamat, kerana habis2 pun Izaan hanya sekadar jengui kepala keluar tingkap sikit sahaja untuk ambil angin. Tetapiiiiiiii, jika di tingkap ampaian baju tuuuuu, memang Ibu selalu kena petir si bulus kecik tu hooiiiii. Sebab dulu masa mula-mula memang dia kerap akan terus ke bahagian ampaian yang berlubang2 besi tu haaaaa. Bahayaaaaa laaa kawasan tuuu, jerluih jatuuuhhhhhhh, tingkat 14 hooiiii. Kena petir, kena jentik telinga, kena piap telinga, kena rotan telinga. Dan sekarang dah faham bahasa dah. Kadang-kadang tu cuba juga buat akai, dok lepak atas mesin basuh, dok ushar2 kita dekat hall, atau masa tengah masak dekat dapur. Konooonnn, nak dapatkan green light la kan3. Tapiiii, memang tak dapat la, memang asal dia naik jer atas mesin basuh memang Ibu warning, lajak ja pi keluor tu memang kena dengan Ibu, terus buat muka kedip2 mata, sebek2 mata kuyu, muka tak bersalah dia tu :P
Manja abang eh
Psssttt, ni kalau mai time nak manjaaaaahh dengan abang dia laaa. Mai time depa nak bertumbuuukkkkk, ohoooii. Sungguh bertinju weeeii dua beradik nii, yang adik tu puunn sakan melawan siap pacak tangan dua2 nak tomoi abang dia kalau time gaduh. Selalunya depa akan mulakan dengan dok main kejar2 atau main acilut2 dulu, dah tuuu, dua2 naik syeikh, mulaaaa la nak bertumbuk, bercakor. Dah Ibu petiiiiirrrr baru dua2 duduk diam menikus kejap. Kejaaappp ajeeerr, karang deme dua mula balik
1st time outing
Pssstt, Izaan tu penakut pahit hooiii. Kalau duduk rumah beria sangat nak keluar. Pantang tingkap buka, sakan dok jengui kepala. Pantang pintu buka, berlari keluar dia macam nak pi mana ja. Tapiiii, bila kita bawa keluar, menikus, dok kalut bisiiinnn, peraaakkk. Ni 1st time kami bawa Izaan ronda-ronda dekat pantai QB. Masa mula-mula tu dia memang perak, penakut. Ibu yang pegang and handle, then dia dah calm dow,. So pass la dekat abang eh untuk bawak jalan-jalan. Tiba-tiba ada orang lalu dekat dengan kami, terus dia cakar abang eh. Tuuuuu, Ayah eh dok pujuk abang la tuuu. Nasib baik cakar tak dalam and teruk sangat. Izaan memang takut dengan orang lain, dan akan bertindak agrressive utk melarikan diri. So after this 1st incidents, we are much aware and dah tahu how to handle him la. Tapi Ibu la selalunya yang kena handle anak bulus sekoq niiiiii, sebab Ibu yang paling dia takut kan3 :P
Ni outing kitorang yang kali ke 3 ka empat entah, tak ingat sangat dah
Psstt, biasanya outing akan bawa ke taman permainan atau padang, atau tepi pantai ja tau3
Abang eh melayan adik eh ambil angin petang di korodor rumah
Budak kecik kena marah dengan Ibu
Pssssttt, haaa, time ni pun kena petir, kena jentik telinga, kena piap telinga, kena rotan telinga. Sebabnyaaaaaaa, petang balik kije, Ibu tengok dia dah poo poo and shi shi atas sofa kecil dia hooooiiiii. Geraaaaaammm betul time tu. Ikutkan waktu tu 2nd day tukar pasir kepada tofu tau3. The day efore ok ja dia dok poo poo and shi shi. Boleh pula next day tu dia buat perangai. Haaaaaa, memang mendaoat la dengan Ibu. Duduuukk la keras situ selagi tak kencing berak. Dekat 15minit la juga, baru dia kencing semula. Mukaaa tuuuu dok macma tu la juga. Buat muka kesian diaaaaa. Faham bahasa sebenarnya, tapiiii saja dok cari pasaaaaiii. Memang mendapat la kalau dengan Ibu kan3
Nampaaaaakkk, herlok jaaaaa dok poo poo and shi shi kan3
Mengadaaaaaaaaaaa betuuiiii la anak seketul niiiiii
Si manja Ibu Ayah & abang eh
Ni gambar masa his 1st vaksin last month
Psstt, sekarang Izaan dah complete vaksin. So next just yearly punya sahajalah. And end of this month nak kena spay dia dah. Wardedkan 2-3hri untuk better care baruuu bawa balik rumah. Doakan semuanya baik-baik laaaaaaa. Nanti saya up lagi entry terkini sibulus kecik ni naaaaaa
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment