Zaman dah Berubah | Tusyen & Mengaji Secara Atas Talian
Zaman dah Berubah | Tusyen & Mengaji Secara Atas Talian | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semuaaaaa. Hari ini saya nak kongsi al-kesahnyaaaa si Boboboy belajar secara atas talian. Iyerlah, Boboboy ni dari darjah dua dah terperangkap dengan PKP, PKPP, PKPD segala mak nenek tu haaaaaa. So memang alam persekolahan banyak yang tertangguh dan hanya dirumah sahaja kan3
Sekolah kebangsaan dan juga sekolah KAFA ada juga buat pembelajaran di atas talian, tetapi tidaklah kerap sangat sesi itu dilakukan. Ini adalah kerana, ada ramai murid yang tidak mempunyai akses sempurna untuk belajar atas talian ni tau3. So, belajar atas talian hanya dibuat sebagai melepaskan batuk ditangga sahaja. Nak salahkan cikgu atau pihak sekolah pun tak boleh, kerana faham, mereka juga memikirkan anak-anak lain yang tiada akses tu kan3. Nanti ada sebahagian yang dapat belajar, sebahagian lagi tidak dapat, makanya pabila sudah memulakan persekolahan bersemuka, akan menyukarkan pihak sekolah kerana ada dua kumpulan pelajar pula kan3. So sememangnya semasa dalam tempoh 2-3 tahun PKP, PKPP, PKPD segala bagai itu, persekolahan bagi sekolah kebangsaan dan juga KAFA memang banyaaaaakk yang tertinggal la kan3. Redha ja la. Tapiiiii, kita sebagai Ibu Bapa secara sendiri perlulah mencari alternatif sendiri demi untuk anak masing-masing kan3. Tidaklah boleh hanya mengharapkan sekolah semata-mata kan3.
Makanya pabila Boboboy dah memasuki darjah 4, saya mula memikirkan untuk mencari kelas tambahan dan kelas mengaji bagi Boboboy seketul. Oh, btw, saya mengambil keputusan untuk memberhentikan Boboboy dari kelas KAFA sedari darjah 3. Ini kerana saya tidak berapa yakin pada waktu itu tentang SOP persekolahan KAFA itu sendiri. Dengan Boboboy yang belum vaksin, semestinya saya risau dengan jangkita Covid-19 di kala itu kan3.
Sebenarnya, memang dari permulaan lagi saya tidaklah beria sangat untuk menghantar Boboboy ke sekolah petang KAFA. Ini kerana saya sendiri dahulu pun tidak pernah ke sekolah agama petang. Arwah Opah eh pun tidak menghantar kami adik beradik ke sekolah agama petang. Tetapi kami hanya mengikuti kelas mengaji pada waktu malam sahaja. Ini kerana pada pendapat kami, ianya memenatkan anak-anak. Yang penting adalah belajar mengaji. So untuk Boboboy pun saya plan perkara yang sama. Tetapi pabila arwah Opah eh meninggal, Boboboy terpaksa juga saya hantar ke kelas KAFA sesi petang. Itulah sahaja opsyen yang saya ada untuk Boboboy bagi mengisi waktu sebelah petangnya sesudah habis persekolahan pagi, sementara hendak menunggu saya habis kerja. Setiap hari memang nampak ketara Boboboy keletihan, tertidur di dalam kereta. Balik rumah nak buat homework sekolah pagi lagi. Memang pack la jadual harian weekdays Boboboy.
Alhamdulillah, selepas dunia dilanda Covid-19, dan kita mula kembali untuk menjalani kehidupan seperti biasa, pada waktu itu Allah permudahkan urusan kami dalam mendapatkan Taska/transit untuk Boboboy pada sebelah petangnya, syukuuuuurr. Dan pada ketika inilah saya mula dengan giatnya mencari opsyen kelas tambahan dan kelas mengaji bagi Boboboy seketul secara atas talian.
Kenapa atas talian????? Kerana pada ketika itu saya masih belum yakin dengan pembelajaran secara bersemuka, kecuali bagi sesi persekolahan kebangsaan Boboboy sahaja. Yang lain memang saya lebih prefer atas talian sahaja. Dan sekali lagi Allah permudahkan urusan kami dalam pencarian guru dan ustazah untuk Boboboy. Tusyen Boboboy dengan cikgu dari Sabah tau3. Subjek yang di ambil adalah 4, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik, dan Sains. Manakala bagi kelas mengaji, Boboboy mula dengan Iqra', dan ustazahnya dari Kelantan. Habis Iqra'sambung dengan Al-Quran, dan ustazahnya dari Kedah. Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 2tahun semua kelas atas talian Boboboy ini tau3, dan saya akan terus sambung sehingga akhirnya (tamat darjah 6 dan khatam Al-Quran).
Boboboy semasa kelas tusyennya bersama Cikgu Halim kesokaan eh, he3
Boboboy semasa sesi mengaji Al-Quran dengan ustazah
v
v
v
v
v
v
v
Tuuuuu si bulus kecil tu dok meneman abg eh mengaji he3
~~~ The End ~~~
Alhamdulilah...moga adik dapat belajar dengan baik
ReplyDeleteZaman betul2 dah berubah..semua online sekrg ni