Monday, June 19, 2023

Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebration | January Babies

Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebration | January Babies

Ibu & Boboboy 2023 Birthday Celebration | January Babies | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sekali lagi sebelum meneruskan kepada entry hari ini, saya dengan ini ingin terlebih dahulu memberikan amarah #eh3 amaran #eh3 makluman awal untuk semua, yang mana entry di hari ini merupakan backdated entry yang telah tercetus peristiwanya pada Januari 2023 yang lepas tau3, iaitu hampir 6 bulan yang lepasssssss naaaaa. Apapun, saya ingin memanjatkan kesyukuran dek kerana sebelum memasuki tahun 2024, saya sempat mencoretkan kenangan sambutan ulang tahun kelahiran Januari babiiieeess a.k.a cap Ibu dan anak ini he3 :P. 


Enrty ini akan sedikit panjang dan akan disambung secara bersiri-siri naaaa. Untuk entry kali ini, saya akan ceriterakan dahulu on the day celebration + surpise di Penang serta seterusnya ringkasan tentang cuti-cuti sekupu-kupu di KL. So ajiioooommm layan ceritera bergambar di bawaaahhhh.


Our birthday cake


Psstt, kek design pilihan Boboboy seketul dan kami beli dari kedai kek kesokaan kami. Bukanlah bersecret recipe bagai, tapi kedai kek ni memang Ayah eh selalu beli dari dia kecik tau3. Kedai old-timers giteewww. Pilihan semestinya chocolate sponge cake dgn butter cream. Tapiiii, rasa eh macam aiskrim kek tau kalau kita letak dalam peti ais. Kek & butter cream dia lembut herlok, memang tak muak kalau makan


Keluarga kecil kami, syukur, Alhamdulillah


Sesi suap menyuap cap Ayah dan anak


Sesi suap menyuap cap Ibu dan anak


Psssttt, hat sesi suap menyuap cap Ibu dan anak tu kena blurkan muka Ibu eh. Aternya buruk naaaauuuu, dah la naked face. Ater restoran tu panas naaaauuuu. Lagiii la muka Ibu sememeh teruk, he3. So wajib la kita kasi filter sikiiitttt :P. Seterusnya kita sambung dengan sesi surpriiiseee birthday present pula........
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Birthday present dari Ayah eh


Psssttt, hadiah ni memang wish list dari Boboboy. Sebenarnya tahun lepas Boboboy dah ada satu smart watch, tpi dia rosakkan after few months pakai. So Ibu memang tak bagi Ayah eh beli lagi dah sebab dia tak pandai lagi jaga barang. Walaupun smart watch dia bukanlah yg berjenama, berharga haktuih2 atau riban2, tapiiii still mahal juga la bagi Ibu tau3. So membazir la kalau pakai beberapa bulan terus rosak kan3. So untuk tahun ni memang Boboboy request nak smart watch lagi & berjanji bulan dan bintang akan jaga elok2 bagai, yet still Ibu say no. Then seperti biasa Ayah eh kan soft hearted, so Ayah eh pujuk Ibu utk benarkan Ayah eh beli utk hadiah birthday Boboboy, Ayah eh pun janji bulan dan bintang dengan Ibu yg Ayah eh akan suruh Boboboy janji betul2 untuk jaga smart watch eh. So dapatlah green light dari Ibu he3. Owwhh, btw, sesi memujuk Ayah eh ni di belakang tabir naaaa, so Boboboy memang tak tau. Tu yang jantan kecik seketul tu terkejuut bila Ayah eh tunjuk hadiah birthday eh tu haaaa, he3
v
v
v
v
v

Teruuuusss polok cium Ayah eh, he3


Birthday lunch dengan Kapitaaaaaannnnn


Alhamdulillah his happy faces


Psssttt, setel surprise dari Ayah eh, sambung pula surprise present dari Ibu eh pula....
v
v
v
v
v
v
v
v

Si jantan bulus kecil nan sekoq


Psssttt, iniiiiii pun wish list Boboboy haaaaa. So tahun ni memang dua2 hadiah Boboboy adalah his wish list. Nak ada kucing ni, Boboboy memang dok zikir bertahun-tahun dah, and seperti biasa yg say no adalah Ibu, he3. Apa2 sahaja yg Boboboy nak, or apa2 sahaja perihal Boboboy, kena dapat green light dari Ibu. Sebab Ayah eh ni soft hearted, mudah cair dengan anak seketul eh tu haaaa. Petik apa ja, semuaaaa ok :p. So, Ibu kena jadi penapis laaa kan3, the no person he3. Ok, berbalik kepada perihal si bulus kecil ni, office mate Ibu yg bagi. Asalnya kucing jalanan, office mate Ibu kutip & dah jaga few months. So bila office mate offer, Ibu terus jadi soft hearted dan teringatkan Boboboy. Dia memang teringin sangat nak ada his own cat for years dah. So, rasanya dah boleh cuba this time around. Lepas balik birthday lunch, terus pick up jantan bulus di rumah office mate. Terkejuuuuttt sekali lagi Boboboy seketul tu. Alhamdulillah dia sangat2 happy. Mission accomplished


Terus bawa jantan bulus pergi pet shop beli keperluan
v
v
v
v
v
v
v
v

Si manjjjeeeerrsss bulus


Psssttt, Boboboy namakan adik bulus dia Izaan, sempena nama kucing nabi yg bermaksud taat. Alhamdulillah, sekarang dah semakin besar dan banyak akaaaaallll. Nanti saya akan up entry berasingan untuk corat coret ceritera si jantan bulus kecil tu naaaa. Tunggguuuuuu, he3


Hadiah birthday Ibu eh


Psssttt, haaaa hadiah birthday Ibu ni, sendiri pilih naaaaaaa. Ibu dok tunggu Ayah eh buat surprise present, tapiiiiiii, tiap2 hari Ayah eh tanya Ibu nak apa, Ibu nak Ayah belikan hadiah apa. Sampailah few days sebelum birthday, boleh pula Ayah eh petik dia nak beli baju kelawar utk surprise birthday present Ibu. Tak pattuuutttt kaaan3. Dekat anak jantan seketul, kemaheeennn Ayah eh pilih smart watch maciam2 fungsi. Dekat Ibu, boleh pula Ayah eh nak bedal belikan baju kelawar. Justification yg diberikan, sebab banyak baju kelawar Ibu dah lusuh. Apoooooooooo???!!!! Geram betul tau3. Penyudahnya kenalah juga Ibu spill the tea apa yg Ibu nak, dan terus Ayah eh order. Syukuuuurrr


Alhamdulillah, rezeki bos avelanja kek tiga tingkek sempena birthday


Psstt, kek ni bos avelanjer on Monday, 9 Januari. Dan cap Ibu & anak punya birthday celebration, tak terhenti disitu sahaja, which is we will be having our 3D2N birthday staycation. Staycation kali ini dengan sekupu-kupu si Boboboy. Just nak seronokkan anak-anak ja tema eh. Ayah eh tak ikut dan Ibu & Boboboy pergi KL dengan naik bas sahaja. Ini bukan pertama kali Ibu & Boboboy berdua sahaja ke KL dengan kenderaan awan naaaaa. Saya ada up entry di SINI. Memang kalau berdua, lebih mudah dengan naik bas express, dan semasa di KL kita bedal segala MRT LRT Monorail bagai tu haaa. mudah dan murah jaaaa
v
v
v
v
v
v
v
v

Segalaaaaaa ringkasan aktiviti 3D2N sekupu-kupu birthday staycation 2023


Psssttt, kali ini saya telah memilih Elements Suites at Berjaya Time Square sebagai penginapana kami. Memang BEST. Nanti saya up entry asing untuk full review naaaaa. Secara keseluruhannya aktiviti kami anak beranak selama 3D2N itu ialah spend time dalam bilik hotel (sembang, gosip, main, makan), JJCM (dengan McD la, tepanyaki la, pizza hut la, subway la, food court eh la), layan anak-anak di kolam renang dan juga main di Berjaya Times Square. Haaaa, yang ni pun nanti saya up entry review details secara berasingan naaaaaa. Sebagai penutup bila malam, memang terkedang anak-anak tidur he3. Pagi terakhir sarapan hanya di dalam bilik dengan baki pizza hut malam semalam, dan semestinya mee meggi la kan3. Kami check out dalam 12 tengah hari, and membawa haluan masing-masing. Maka berakhirnya cuti singkat 3D2N sekupu-kupu birthday staycation di KL


Perjalanan kami pulang ke pangkal jalan #eh3 ke Penang
Psssttt, dari hotel, saya & Boboboy menaiki LRT/MRT untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk menaiki bas express ke Penang. Memang selesa sungguh TBS. Cukup kemudahan dan perkhidmatan yang ada disini. Tidak terasa seperti di hentian bas tau3, dah macam di lapangan terbang pula rasanya. Dengan berhawa dingin sepenuhnya, khidmat kaunter dan kiosk tiket yang efisyen, khidmat staff kaunter dan polis batuan yang sangat membantu, kemudahan tempat solat, tandas dan pelbagai kemudahan makanan (food court, restoran dan fast food). Cumanya, saya tidak berpuas hati dengan khidmat di pintu menunggu/keluar sahaja. Entahlah, mungkin staff di pintu menunggu saya itu sahaja yang bermasaalah. Sebabnya bila dia diganti sebentar dengan staff lain, ok ja saya tengok. Bukan apa, cara staff itu mengendalikan situasi nampak biadap dan tidak membantu sungguh. Contohnya terdapat dua situasi berbeza yang mana, pengunjung tersilap/tidak pasti pintu keluar mereka, dan pabila bertanya kepada staff itu, bukan setakat tidak membantu, malahan bahasa yang digunakan bagi saya biadap seolah-olah menampakkan kebodohan pengunjung tersebut. Sedangkan yang bertanya itu golongan warga emas dan rakyat asing. Kalau mereka tahu, takkanlah mereka bertanya kan3. Bukan semua yang menaiki bas itu tahu, proses, prosedur TBS tu haaa. Macam saya pun tak tahu, sebab pertama kali. Tetapiiiiiii, saya terlebih dahulu mendapatkan penjelasan dan bantuan dari kaunter tiket dan juga polis bantuan di atas terlebih dahulu. So saya tahu, kita perlu turun di pintu masuk tertentu untuk terus tiba di pintu menunggu kita. Kemudiannya, kita perlu menunggu sehingga staff penjaga pintu memaklumkan bas sekian sekian, ke destinasi sekian sekian, waktu bertolak sekian sekian, barulah kita bangun dan beratur di pintu untuk diperiksa tiket dan menaiki bas. Terminal bas besar sebegini, sememangnya memerlukan sistem khas seperti ini, bagi memastikan kelancaran. Tetapiiiii, pabila terdapat seorang staff yang tidak membantu seperti ini, ianya akan menimbulkan masaalah. Apa pun syukur kerana saya & Boboboy telah selamat sampai di Penang dalam jam 8.30malam. Sepatutnya lebih awal, tetaaaapiiiii, sangkut jam la pula di jambatan, ada trellar rosak. Kesian Ayah eh menunggu berejam di stesen bas Sg Nibong.



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment