Tuesday, September 15, 2020

Percutian Keluarga Kecilku Di Kala Fasa PKPP | Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Percutian Keluarga Kecilku Di Kala Fasa PKPP | Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Percutian Keluarga Kecilku Di Kala Fasa PKPP | Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa para pembaca semuaaaaaa. Seriously, sekarang ni masa cepat sungguh berlalu. Pejam celik dah hari Isnin, pejam balik celik balik dah hari Jumaat, pejam lagi dan celik sekali lagi dah Isnin semula. Sesungguhnya masa sepantas kilat kan3, dan inilah yang dikatakan akhir zaman. Apa pun kita sebagai umat manusia yang menumpang sementara di muka bumi ini harus teruskan kehidupan yang ada serta menyiapkan diri seadanya untuk alam kekal nanti kan3. 


Hargailah apa adanya ketika ini. Setiap kita punya bahagia yang berbeza, punya ujian yang berbeza kan. Bagi diri saya, keluarga kecil saya merupakan segalanya. Dahulu berempat, sekarang hanya bertiga. Sememangnya terasa pabila Opah sudah tidak lagi bersama, terutama semasa percutian keluarga. Pasti arwah Opah eh teruja kalau dapat pergi Lexis Suites Penang ni, sob3. Dah memang tahu, mesti arwah akan pulun sakan bilik sauna itu dan tidak berhenti-henti melayan cucunya nan seketul berendam dalam pool itu, sob3. Memang pernah plan untuk ke Lexis bersama kakak sekeluarga, tetapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Al-Fatihah Opah, Norsiah binti Dahanan.


Dari entry INI, saya ada menceritakan review tentang Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Makanya untuk kali ini saya akan kongsi pula sesi berjimba-jimba kami 3 beranak semasa percutian 2hari 1 malam di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Ajoomm, layan ceritera bergambar di bawah.


Hanya 3 tempat menjadi pujaan hati kami 3 beranak iaitu kolam renang, bilik sauna dan juga tub mandi

Pssttt, pusing pi pusing mai, pi mai pi mai, ke sana ke sini, tetap 3 lokasi ini yang utama naaaaa he3

Boboboy seketul tu, elok-elok masuk bilik terus pulun kolam renang tau3

Sesajer gatal kenkonon long belated birthday celebration untuk Boboboy seketul di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Pssstt, birthday Boboboy seketul bulan Januari nuuuunnn hoooiiii. Masa tu rakyat marhaen ken, so tak dapat la celebrate dekat Lexis. So dapat la merasa seperti orang kayangan sambut birthday dekat bilik ada kolam renang sendiri kekdahnya, walaupun loooongggg postpond he3. Order bronies dengan family set KFC, celebrate la kami 3 beranak saja dalam bilik di tepian kolam renang Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Alhamdulillah

Boboboy seketul tu asyik usik Ayah eh saja tau3

Pssstt, sakan la anak seketul tu dok berkepit dengan Ayah eh dari siang ke malam. Iyer la, kalau tidak, Ayah eh sibuk kerja. Ni memang 24 jam mengadap muka dia seketul, habis hati la kan3. Ibu ni Boboboy pandang sepiiiii jaaa haaaa weeeiii :P

Mandi buih dalam tub mandi pula

Pssstt, kalau ikutkan anak seketul ni, mahu ja dia Ayah eh teman sama dalam tub mandi tu wweeeeeiiii, he3. Dia ingat muat agaknya, mahu pecah dibuatnya tub mandi tu kalau 2 ketul lelaki kiriman tuhan iols ni masuk bersama-sama he3 :P

Untuk dinner kita Grab Food-kan aja dengan Golden Bowl

Pssstt, dah namanya jika duduk di Lexis Suites Penang, memang tak keluar bilik la jawabnya. Rugiiiii weeeeeeiii. Sepenuh masa luangkan di dalam bilik baru berbaloi-baloi, he3

Ninjiaaaaa hasil sesudah jam 11.00 malam

Pssssttt, Boboboy tak mau lena atas katil. So gigihlah Ibu selitkan side sofa bench tu ditengah-tengah antara 2 katil king size. Makanya Ibu Ayah tidur atas satu katil, Boboboy tidur atas satu sofa bench, dan satu lagi katil king size dan sofa bench kosooooooonggggg

Muka puas hati anak nan seketul Ibu Ayah masa check out dari Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang


~~~ The End ~~~

6 comments:

  1. syoknya sis, geram tengok buih tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan3
      bila mandi buih ni rasa mcm orang ado2 ja kan3 he3

      Delete
  2. yea, bulan doblas ni pun timm akan ke sana, tak sabar. before ni dah try yg pd punya. mmg pelan bilik dia sebijik mcm penang punya.

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada private pool dekat bilik dengan seaview yang mahal tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru feel macam org kayangan ada pool sendiri he3

      Delete

Blog Dekat di Hati