Saturday, December 4, 2021

Mudahnya Bersauna Di Rumah | Sauna Mudah Alih GT Medi+

Mudahnya Bersauna Di Rumah | Sauna Mudah Alih GT Medi+

Mudahnya Bersauna Di Rumah | Sauna Mudah Alih GT Medi+ | Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang sauna mudah alih. Iyerlah badan mak-mak yang dah di dalam kategori 2nd hand ni selaluuuuuuuuuu kena servis. Aternya, kerap bebenor dok hangin satu badan la, tangkap urat la, fenin lalat la, sengal-sengal lenguh-lenguh la. Makanya dengan bersauna ni dapatlah mengurangkan masalah-masalah tersebut, amiiiiiinnn.


Dah lama sebenarnya saya teringin sangat-sangat untuk membeli sauna mudah alih. Kalau diikutkan dalam pasaran memang banyak jenama sauna mudah alih. Jenama yang terkenal pun bersepah-sepah, tetapinyaaaaaaa, harganya memang agak mahal. Sebab itu saya asyik bertangguh untuk membeli sebab harga melebihi rm500. Tetapi, akhirnya semasa PKP, saya terjumpa sauna mudah alih yang jauh lebih murah. Walaupun jenama sauna itu tidak terkenal dan keluar di kaca televisyen ka apa ka, tetapi asal sauna sudeeeeeeehh. Lagipun dalam review shopee tu dah ramai yang beli dan ianya berfungsi dengan baik sahaja. Makanya saya terus beli dan dalam tempoh 5hari saya telah berjaya menerima sauna saya. Sukaaaaaaanyaaaaaa. Meh sini saya share unboxing dan pengalaman saya secara peribadi menggunakan sauna mudah alih ini.


Sekali sampai, nalaaaaaa busat dia punya kotak. Pestime beli barang besar sampai macam ni. Dahlah masa sampai tu Mr Hubby takda, so menonong-nonong sendiri angkat sampai tingkat 14 hooii. Walaupun ada lift, tapi perjalanan itu satu penyeksaan taaaaauuuuu. Walaupun harganya murah, dapat bukan setakat sauna tu sahaja tau, banyaaaaaaaaaakk free gift dari seller




Tadaaaaaaaaaaaa
Sauna mudah alih GT Medi+
Memang puas hati
Memang berbaloi-baloi beli



Kebiasaannya saya bersauna dengan menggunakan patch herb sauna ataupun essential oil
Lepas bersauna boleh terus sapu minyak herba pula
Memang rasa selesa dan ringan badan



Ninjia sesi bersauna
Dari dalam bilik, menghadap tv di ruang tamu
Setiap sesi dalm 20-30minit
Suhu kebiasaannya saya pilih di paras 5 atau 6 sahaja



Setel sauna saya letakkan sahaja begitu
Memang tak kuasa nak lipat-lipat simpan segala tu
Lebih mudah pabila nak guna kekdahnya
Tetapiiii, bagi anda yang tiada ruang untuk menyimpan seperti ini, boleh sahaja lipat sauna ini
Dah nama pun sauna mudah alih, so boleh dibawa kemana-mana kerana ianya boleh dilipat


Kebaikan bersauna :
Proses Detoksifikas
Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan
Melegakan Otot Dan Urat
Merehatkan Minda dan Emosi Serta Mengurangkan Stres
Membolehkan tidur yang nyenyak
Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Mencantikkan Kulit Muka
Membakar Kalori Dan Melangsingkan Tubuh Badan
Membuang Daki Dan Mencerahkan Kulit
Melancarkan Peredaran Darah
Menghilangkan Bau Badan
Membuang Angin Dari Badan
Melancarkan Sistem Pencernaan


Langkah-langkah untuk bersauna :
Lakukan sauna selama 15-30 minit setiap sesi bergantung kepada individu
Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesihatan lakukan sauna 3 kali seminggu
Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna untuk mengelakkan badan terhidrat
Tidak digalakkan makan makanan yang berat sebelum bersauna memandangkan badan kita pada ketika yang sama menggunakan banyak tenaga untuk penghadaman

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan Dengan Bersauna:
Lakukan sauna selama 15-30 minit bergantung kepada individu, kemudian rehat selama 30 minit dan sambung untuk selama 15-20 minit lagi.
Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna untuk memastikan badan tidak terhidrat.
Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.Badan anda akan bertambah langsing!
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda boleh gunakan herba khas untuk bersauna



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment