Wednesday, December 8, 2021

Ho Liao Buffet Dinner | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang

Ho Liao Buffet Dinner | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang

Ho Liao Buffet Dinner | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Kembali lagi dengan entry yang masih berkisar tentang staycation di Royale Chulan Penang (boleh refer entry di SINI). Kali ini saya nak share tentang buffet makan malam yang kami sekeluarga nikmati sewaktu menginap di Royale Chulan Penang, iaitu Ho Liao Weekend Buffet Dinner. Ajiooooonn layan ceritera bergambar dibawah.


Kami di Ho Liao Buffet Dinner, Royale Chulan Penang


Antara barisan buffet line yang ada di malam kejadian :P


Barisan menu pembuka selera (seafoods on ice, pasembor, rojak buah, aneka salad dan buah-buahan)


Pssstt, rojak buah itu memang terangkat. Kami suami isteri memang sukaaaaa sangat3. Kuahnya cukup pekat, pedas-pedas manis, secukup rasa


Barisan menu yang terhidang sebagai menu utama


Pssstt, menu yang terhidang ialah nasi nasi beringin Royale, Bihun goreng Tom Yum, Fish Nyonya style, claypot chicken masala, sup tulang, dan mushroom soup with assorted bread. Boboboy dengan Mr Hubby memang enjoy nasi beringin itu bersama chicken masala. Ibu lebih enjoy menikmati sup tulang tu weeeeiiii. Supnya jenis yang cair-cair tu, bukan yang jenis berempah macam sup mamak tu naaaaaaaa. Sememangnya kuahnya penuh rasa manis daging dan tulang lembu tu tau3. Memang asyik menghirup. Pekena sekali urat-urat serta lelemaks yang melekat pada tulang temulang itu, perrrrghhhhhh layaaaannnnn


Antara menu pencuci mulut selain dari assorted cakes, jellies and pastries


Pssttt, pengat pisang ini adalah menu wajib yang saya harus nikmati setiap kali berkunjung ke Royale Chulan Penang. Cukup lemak, cukup manis rasanya. Peberet ni weeeeeeiiiii. Mr Hubby dok layan hot longan, tak sempat Ibu nak tumpang rasa, dah licin semangkuk he3


Action stall 1 : Rendang Beef Wellington & Pacific Oyster Orange Sabayon


Psssttt, WAJIB cuba tau menu ni. Ini merupakan pertama kali saya merasai kedua-dia menu ini. Bagi peminat oyster, ini merupakan action stall pujaaaaann hati mereka la. Manakan tidak, osyter fresh, ditabur cheese dan dibakar di depan mata, serta terus dinikmati bersama hirisan lemon. Walaupun saya dan suami bukan penggemar oyster, tapi kami berdua excited mencuba menu ini tau3. Bagi menu Rendang Beef Wellington, memang best weeeeiii. Lapisan pastry diluar, kemudiannya ada lapisan beef-loaf dan didalamnya penuh dengan sebuku ketulan daging penuh berjus. Hirisan lebih nipis akan dihidangkan dalam setiap plate untuk dinikmati tetamu


Action Stall 2 : From the Grill (grilled cajun beef, garlic teriyaki prawns, chicken&beef satay, rosemary aussie lamb shoulder, seafoods bakar, jumbo sausage, root vegetables dan ayam percik)
Action Stall 3 : Pasta Corner (pasta, spaghetti, fettucini & penne with choices of sauce;chicken blolognese, creamy carbonara, basil&tomato, also choices of condiments;mushroom, garlic, onion, bell pepper, basil, olive & cheese) & asam laksa


Antara hidangan kami 3 beranak di malam kejadian
 
Pssstt, in total, kami 3 beranak sememangnya enjoooyyyyy malam tu. Meh sini saya nak bagi tips sikit bagi pembaca blog saya ini jika berminat untuk turut sama menikmati Ho Liao Buffet Dinner di Royale Chulan Penang. Kalau hendak diikutkan, buffet spread secara keseluruhannya tidaklah banyak. Tetapi setiap menunya yang ada memberikan impak tau. Maksud saya setiap menu tu memang sedap. Contohnya seperti nasi beringinya, ayam masalanya, sup tulangnya, sup cendawannya, asam laksanya, beef Wellington-nya, oysternya, rojak buahnya, sagu gula melakanya, pengat pisangnya, dan hot longan-nya bersama aneka kek dan jelly. Tetapi sekali lagi, antara kesemua yang saya senaraikan ini, sebenarnya kami sekeluarga paling menikmati menu dari action stall From the Grill, iaitu segala menu bakor-bakor >>>>>> hirisan daging lembu, kambing, seafoods, satay, dan sausage. Daaaaaannnn paling WIN di hati kami suami isteri sah-sah laaaaaa rosemary aussie lamb shoulder tu weeeiiii. Serious memang menu terbaik malam kejadian. Digrill sebentar, secukup rasa sehingga isi daging itu masak sedang-sedang sahaja, dan ini mengekalkan kelembutan, serta memastikan ianya penuh berjus. Dan lapisan lelemaknya ituuuuuu, peeerrrgghhhhhh, bergegar-gegar wweeeiii, sekali sedut, selamat dalam perut. Sememangnya lamb shoulder itu fresh kerana rasanya memang terbaik. Total lost malam tu kami berdua adalah 5 pinggan weeeeeii. 5 pinggan lamb shoulder. Ikutkan hati nak tambah lagi tapi Mr Hubby peringat suruh insooofff sebab nanti BP naik :P


Ninjiaaaaaaa bukti kami 3beranak enjoooyyyyyyyy malam itu :)


Psssstt, walaupun gambor Ibu hanya dapat dilihat dari pantulan imej cermin itu sahaja, tetapi percayalah, Ibu juga enjooooyyyy :P. Sebenornya, cap Ayah & anak tu sedang dok sukat leher siapa yang hilang, akibat dari makan banyak he3


Velanja lagi 2keping gambar keluarga bahagia nan meghah menyalaaaaaaaaa di Royale Chulan Penang


Ni nak bagitau ni weeeeiiiii
Ho Liao Buffet Dinner ni dah FULLY BOOKED untuk 10 Disember 2021
Tapiiii jangan risaaaaauuu, masih ada lagi beberapa kekosongan untuk tarikh 11, 17 dan 18 Disember 2021
Haaaaaaa, tunggu apa lagi weeeeeeiii, lelaju la call dan tempah sesiap
#jangankatasistakpayung

Ho Liao Buffet Dinner
Sri Tanjung Cafe
Royale Chulan Penang
Jumaat & Sabtu
6.30pm-10.00pm
016-3303408
call/whats-app


~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment