Tuesday, December 14, 2021

Aidilfitri 2021 | Berhari Raya Di Kala Fasa PKPP

 Aidilfitri 2021 | Berhari Raya Di Kala Fasa PKPP

Aidilfitri 2021 | Berhari Raya Di Kala Fasa PKPP | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sudah penghujung tahun 2021 baru nak berkesempatan untuk coretkan kisah Aidilfitri keluarga kecil saya. Adilfitri 2021 jatuh pada bulan May, dan ketika itu Pulau Pinang masih di dalam fasa PKPP kan3. Makanya, saya dan suami telahpun mula berkerja di pejabat dan Boboboy belum bersekolah dan masih tinggal dengan pengasuh la. Cuti hari raya Aidilfitri tahun itu kami suami isteri tak ambil extra pun, cukup sekadar cuti umum & hujung minggu selama 4hari itu sahaja. Iyerla, bukannya nak kemana pun, rentas negeri masih tidak boleh dan ziarah kubur pun tidak dibenarkan lagi.


Walaupun ketika itu aktiviti riadah tertentu telah mula dibenarkan, tetapi aktiviti kunjung mengunjung di hari raya masih tidak dibenarkan kan3. Makanya sekali lagi berhari rayalah kami 3 beranak sahaja, dirumah sendiri dan dipenuhi dengan aktiviti menggemberakan keluarga kecil kami. Ajiom layan ceritera Aidilfitri kami yang serba sederhana, tapi penuh bermakna bagi kami sekeluarga.


Foto keluarga di pagi hari raya Aidilfitri 2021


Pssttt, tema tahun ini #teamroyalblue #teamrayapenang


Menu WAJIB di pagi raya


Psssttt, kalau dengan dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk Ibu ni, asal tanya nak Ibu masak menu apa pagi raya, mesti nak NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH. Penang sungguh deme dua ketui ni. Kot mana pun nak nasi tumis juga haaaa. Kalau ikut Ibu, dari kecil bersama arwah Opah eh menu wajib sah2 la rendnang perak dengan nasi impit. Tapinya bila arwah dah tiada ni, menu lebih fokus kepada kesukaan dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk Ibu la. Sebab deme dua yang nak makan kan3. Lepas tu beli la juga lemang nan sebatang, buat habuan rasa2 sahaja


Rezeki di pagi raya, syukur Alhamdulillah


Pssttt, asalnya ada 3mata ja menu kami 3beranak kan3. Tapi rezeki dari jiran, dapat menu lontong+rendang daging minang, dan bihun soto. Makanya meriah juga menu di pagi raya kami 3beranak ni tau3. Jiran rumah saya ni asal orang Indonesia, berkahwin dengan orang Malaysia. Dah berpuluh tahun menetap di Malaysia. Makanya menu lontong dengan soto tu memang thorbaik la hoooiii. Sebenarnya tak cukup semangkuk he3. Tapi malu nak minta tambah :P. Jiran saya ni anak-anak dah besar, dah 2tahun dia tak dapat pulang beraya di Indonesia. Makanya tahun ini dia buat makan-makan dirumahnya. Nak mengubat hati rasanya kerana tak dapat beraya di kampung halaman. Walaupun sebenarnya jamuan raya memang tidak dibenarkan kan3. Kami juga turut dijemput sebenarnya, tapiiiiii kami tak la join sekaki. Cukup sekadar bertukar juadah


Ayah eh seperti biasa WAJIB beli hadiah untuk Boboboy kerana cukup puasa sebulan


Pssstt, selesai menjamu selera di pagi raya, kami sekeluarga terus keluar untuk ronda-ronda. Mula-mula stop untuk beli hadiah Boboboy. Then ronda-ronda ditepian pantai lepak-lepak sahaja


Sesi posim memosim OOTD raya di Persiaran Karpal Singh gitchew :P


Haaaa, ini sesi ronda-ronda di dalam Queensbay Mall pula


Psssttt, tuuuuuu ampa tengok tuuuuuuuu. Dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk Ibu tu, dok romatik, play tourist sangat berjalan berdua-duaan. Tinggal Ibu terkatik-katik sengsorang kat belakang :P


Pantang nampak sushi jantan seketul Ibu Ayah ni tau3


Balik rumah moh la kita ulang makan tido sampai lebam he3



Aktiviti riadah berbasikal cap Ayah dan anak di Persiaran Karpal Sigh pada hari kedua hari raya


Sambung pula sesi ronda-ronda tanpa haluan di Perangin Mall & 1st Avenue


Psssstt, tu tengok tu Ayah sama naik dengan anak dok menyenget rempit ateh motor kecik secoet tu haaaaaaaa he3


Jalan sikit dahaga, jalan sikit penat, ituuuuu ja la kije Boboboy seketul ni tau3


Untuk hari raya ke tiga, hanya aktiviti masak, makan dan tidur di rumahku syurgaku sahaja


Psssttt, oleh karana Ibu masih teringin lontong, dan Ayah eh teringin rendang kerang, makanya Ibu pun gagahkan diri untuk masak sendiri he3. 


Tadaaaaaaaaa, hasil air tangan Ibu eh :P


Oleh kerana lemang nan sebatang di hari raya pertama itu sedap sungguh, makanya repeat order di hari raya ketiga dengan lemang nan 2batang he3


Pssstt, memang cukup lemak dan lembut isi lemang ni tau3. Tuuuuuuu, boleh tengok kepala lemang tu penuh dengan lemaaaakkkssss. Kalau arwah Opah eh masih ada, part kepala lemang tu sah-sah arwah yang pulun dulu tau3


Dah ada lontong, wajibla ada nsi impit keeeenn


Psssttt, haaaaa kebiasaannya sap sap sooiiii nak masak nasi impit noxxa ni wei. 20minit setel, elok jaaaa kembang eh. Tapinyaaaaa kali ini dekat sekerat hari kena dok try and error weeiiii. Nyaris2 tak jadi, nasib baik jadi juga akhirnya he3. Sebab musababnya adalah saya terlupa saya menggunakan beras herba ponni Taj Mahal. Beras yang kanji rendah tu haaaaaaaa. Manaaaaa la nasi impit nak kembang heloookkk weeeeeiiiiii. he3. Jenuh buat berkali-kali baru nak menjadi sikit2. Asal boleh, kira jadi ja la he3



Nikmat dapat makan rendang kerang dgn lemang & nasi impit



Ini hasil air tangan hari raya ke empat


Psssttt, merendang lagi wweeeeiiii. Kali ini dengan rendang ayam. Aternya Boboboy seketul bukan pemakan kerang, makanya Ibu kena masak juga la rendang ayam he3



Ini menu hari raya ke 10


Psssttt, ini misi nak menghabiskan lemang. So dah berapa kali merendang, makanya kali ini kita gue-kan dengan gulai daging kerisik pulaaaaa



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment