Friday, December 31, 2021

Wajah-wajah Kesayangan Ibu Ayah Nan Seketul a.k.a Boboboy | Penutup Enrty tahun 2021

Wajah-wajah Kesayangan Ibu Ayah Nan Seketul a.k.a Boboboy | Penutup Enrty tahun 2021

Wajah-wajah Kesayangan Ibu Ayah Nan Seketul a.k.a Boboboy | Penutup Enrty tahun 2021 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Saaaaaiiittttt, bagi can saaiit saya untuk mencoretkan satu lagi entry terakhir bagi tahun 2021. Kali ni nak tayaaaaanngggg puas-puas wajah-wajah kesayangan Ibu Ayah nan seketul a.k.a Boboboy sepanjang tempoh PKP 3.0 sehingga hari pertama ke sekolah semula. Ajiiooooommmm layaaaannnn


Pelbagai aksi semasa sesi PDPR Boboboy


Psssttt, sila abaikan keseksian Boboboy di dalam setiap gambar itu naaaa. Jenuh Ibu dok censored setiap gambar yang menjolok mata :P. Dah nama pun hampir 5bulan dok PDPR di rumah, makanya macam-macam aksi laaaaa kan3 he3. Dari atas meja, ke atas tilam ke atas lantai. Mana-mana pun Ibu redha asalkan homework seteeeeeelllll


Masih lagi meneruskan rutin sebagai MCS Junior Star


Pssttt, waktu PKP ni la boleh memaksimumkan sesi memasak bersama Abang Brian gitchew. Kalau nak tengok Boboboy beraksi boleh ja klik link SINI (FB page My Cooking Story) ataupun linik SINI (IG My Cooking Story Junior)



Buah hati pengarang jantung Ibu Ayah


Jin pakai toncet #eh3 Boboboy bertoncet


Pssttt, punya laaaa lama duduk rumah, panjang kamahen rambut Boboboy seketul he3


Baru ja beli pool nan seketul demi Boboboy nan seketul


Pssstt, duduk atas langit cenggini laaa nasib eh. Nasib baik muat haaa pool tu di bahagian dapur secoet kami tuuuu. Ngam-ngam ja tau. Jadiiii laaaa untuk gembirakan hati anak nan seketul kan3


Memunggah hanya dibenarkan sekali sekala, sekian :P


Major cleaning adalah wajib seminggu sekalai gitcew


Pssstt, syukur Alhamdulillah, Boboboy dah boleh harap untuk bantu Ibu kemas rumah. Part vacum rumah, part kemas tilam, dah boleh pass dekat Boboboy. Part kemas meja study dengan toys sendiri sah3 la wajib keeeennn. Syukur........


Cabut gigi susu geraham


Psssttt, sepanjang PKP, dah 4biji gigi geraham Boboboy berjaya dicabut taaaauuu. Jantan seketul Ibu Ayah memang penakut pahit cabut gigi sendiri. Sedari dulu memang kalau nak cabut gigi kena pergi dentist. Nasib baik masa PKP klinik buka


Hari pertama dan hari terakhir Boboboy kesekolah bagi sesi 2021


Pssssttt, sebenarnya Ibu tidak dapat membenarkan Boboboy kesekolah masa sesi dibuka selepas PKP 3.0 hari tu. Ini kerana jadual kerja Ibu tidak membolehkan Ibu untuk keluar uruskan Boboboy selepas sesi persekolahan. Alhamdulillah mendapat kebenaran cikgu kelas untuk meneruskan sesi PDPR dirumah sahaja. Tapi pada hari terkahir sekolah, kesian pula Boboboy dah lama sangat tidak berjumpa kawan-kawan. Makanya Ibu ambil cuti dan dapatlah uruskan persekolahan hari terakhir Boboboy.



~~~ The End of Year 2021 ~~~

No comments:

Post a Comment