Ada Apa Dengan Masak Lemak Cili Api | Resepi D' Dapor
Ada Apa Dengan Masak Lemak Cili Api | Resepi D' Dapor | Assalammualaikum dan selamat petang selasa semua. Haaaaa, ada apa dengan masak lemak cili api???? Ada apoooo??? He3. Gini, kesahnya haaaaa. Kami sekeluarga ni walaupun pada dasarnya adalah anak mami mamak bagai, tapiiiiiiii kami sekeluarga lebih menghantui masak lemak cili api berbanding kari gulai segala tu naaaaa. Tiap-tiap hari masak lemak cili api pun tak mengapaaaaaa. Yang hat kari gulai bagai tu, dalam sebulan, sekali dua nak masak pun payah he3.
Seriously semasa di dalam fasa PKP yang lalu, waktu itu memang heaven sungguh, kerana back to back memasak masak lemak cili api. Bermacam-macam jenis menu masakan masak lemak cili api yang saya hasilkan tau3. Ater semuanya dihujung jari, order hat tu, order hat ni, order hat nun, tup tup sampai depan pintu rumah dah boleh masak dah, sukaaaaaanya la haiiii. Rinduuuu bethoolll sewaktu PKP, #ehtetiber :P. Sewaktu itu tidak perlu risau akibat sesudah makan haa, sebab itu la saya bahagia sangat. Iyerlah, kebanyakan menu masakan masak lemak cili api ni kan jenis yang punca sakit urat la, sakit angin la kan3. Dengan pucuk paku eh, dengan petai eh, dengan pucuk ubi eh, macam-macam lagi laaa hooiiii.
Sebenarnya sedari kecil saya memang meminati masak lemak cili api air tangan arwah Opah eh tau3. Kalau masak lemak cili api ka, asam pedas ka, kami dua beradik siap hirup kuah dalam cawan taaauuuu :P. Sekarang menurun ke Boboboy seketul itu. Tapi Boboboy hanya hirup pakai sudu mangkuk ja la he3 :P. Dan saya memang tidak pernah masak sendiri masak lemak cili api, sewaktu arwah Opah eh masih ada. Sebab tiap kali nak makan menu ni mesti nak yang arwah masakkan tau3. Selepas arwah dah tiada, setahun selepas itu baru saya mula measak sendiri menu ini. Biarpun saya tidak pernah masak sendiri waktu arwah ada, tapi saya selalu ada bersama melihat arwah masak, so masih lagi ingat bahan-bahan dan cara-caranya la kan. Sama juga dengan menu ikan cencaru belah belakang dan juga rendang. Memang tak pernah masak sendiri bila arwah masih ada. Syukur semua menu ini sekarang saya boleh masak sendiri untuk keluarga kecil saya. Memanglah tidak sama sedap seperti air tangan arwah. Tak kan pernah sama, tak kan pernah sesedap seperti air tangan mak kita kan3.
Baiklah meh sini saya share resepi serta serba sedikit petua dari arwah Opah eh dalam memasak lemak cili api..............
Bahan-bahan tumbuk (separa lumat) :
cili api (4-6tangkai)
bawang putih (2/3 ulas)
bawang merah (2/3biji)
kunyit hidup (1inchi)
Cara-cara memasak :
~ masukkan bahan tumbuk kedalam periuk, tambahkan sedikit air dan masak sebentar (dalam 10-15minit)
~ kena masak lama sedikit untuk pastikan cili dan bawang itu betul-betul masak, bagi mengelakkan rasa pijor tak masak yang boleh menyebabkan sakit perut tau3
~ kemudian masukkan serai yang dititik, asam keping & daun kunyit (dicarik-carik)
~ sambung masak seketika (dalam 2-3minit)
~ masukkan bahan utama masak lemak (seperti lala, daging salai, itik salai, ikan dan lain-lain)
~ tambah sedikit air untuk masakkan bahan sebati bersama adunan bahan bahan tumbuk tadi (dalam 5-7minit)
~ masukkan bahan tambahan lain jika ada (seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi dan lain-lain)
~ sambung masak seketika lagi (dalam 1-2minit)
~ masukkan santan dan sambung timbuk tanpa henti kuah masak lemak tadi untuk memastikan kuah santan tu tak jadi kepala lemak (bahagian lemak santan terasing dari kuah)
~ semasa proses menimbuk ini, pasti api sedang-sedang sahaja
~ apabila kuah dah menggelegak (anggaran dalam 5-7minit), ini bermakna kuah sudah masak dan boleh dihidang
Pssttt, arwah ada juga pesan, kadang tu selepas dah matikan suis api pun kena sambung timbuk, dan seminit dua, untuk betul-betul nak pastikan kuah tak jadi kepala santan naaaa. Sebab kadang-kadang kuali/periuk tu masih panas kan3. Untuk serai dan daun kunyit tu, kalau takda pun tak apa, tapi kalau dah ada tu, masukkan saja la naaa. Buat penambah aroma gitchew
Masak lemak cili api lala
Itik dan daging salai original Negeri Sembilan
Masak lemak cili api daging salai & petai
Masak lemak cili api itik salai
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment