Thursday, December 22, 2022

Chinese Style Soup | Resipi D'Dapor

Chinese Style Soup | Resipi D'Dapor

Chinese Style Soup | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sedari waktu di dalam fasa PKP lagi saya nak share satu resepi baru yang kami sekeluarga addicted, iaitu Chinese Style Soup. Seriously, memang kami anak beranak menyukainya. Memang amat mudah menyediakannya sebenarnya, dan ianya enak dimakan bersama bihun atau koteow atau dengan nasi. Kalau dengan mee tu macam kureng la sikit. Ini kerana tekstur supnya yang clear soup, makanya agak kosong jika dimakan bersama dengan mee yang teksturnya lebih tebal/anjal & berat. Itu bagi saya sekeluarga la naaa. Tapi kalau dimakan bersama meggi masih ok. Tetapi paling nikmat jika dimakan bersama bihun, koteow dan nasi la naaaaa. Jom layan saya share resepi mudah Chinese Style Soup.


Chinese Style Soup


Bahan-bahan:


Sup:
ayam 1/2 ekor (dipotong dua sahaja)
halia 1-2 inchi (diketuk sedikit)
batang daun bawang/sup
Fish ball, fish cake


Minyak bawang putih:
bawang putih 1-2labu (dipotong dadu)
minyak untuk menggoreng


Cili kicap:
cili api 5-6biji (dipotong kecil)
kicap
minyak (baki goreng bawang putih)


Bahan lain (topping):
sawi atau pak choy (dicelur sebentar dan diasingkan)
daun bawang & daun sup (dipotong halus)
bawang goreng
limau nipis
v
v
v
v
v
v
v
v


Cara-cara penyediaan :

~ masukkan ayam, halia, batang daun bawang/sup serta air (shingga paras ayam tenggelam) kedalam periuk dan masak sehingga jadi stok ayam
~ saya gunakan noxxa ja, so PCkan aja dalam 20minit setel he3 :P (boleh nampak minyak asli dari ayam tu taaauuu & bila buka penutup PC memang semerbak bau eh)
~ sementara menunggu stok ayam siap, boleh terus ke penyediaan minyak bawang putih 
~ masukkan minyak kedalam kuali dan panaskan (secukupnya, so kena agak2 la naa, saya guna dalam separuh paket juga, sebab nanti minyak tu boleh digunakan untuk masak menu lain dan dijamin akan menjadi lebih sedap tau3)
~ masukkan bawang putih dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan
~ angkat dan asingkan, tuangkan sedikit minyak gorengan tadi sehingga bawang itu tenggelam
~ gunakan baki minyak yang sama, goreng sebentar cili api, angkat dan asingkan
~ masukkan kicap dan juga sedikit minyak baki gorengan tadi bersama cili api tadi
~ gunakan lagi baki minyak yang sama, goreng pula bawang merah untuk dibuat bawang goreng
~ setelah stok ayam siap, keluarkan ayam dan asingkan
~ terus masak/reneh sup di atas dapur dan boleh terus perasakan secukupnya (garam, serbuk lada hitam sedikit)
~ boleh juga masukkan kiub ayam atau ikan bilis sebagai penambah perisa kalau suka, tapi saya tak letak sebab suka original flavour dari stok ayam sahaja
~ kemudian masukkan segala fishball dan fish cake (boleh juga goreng asing fish cake & jadikan topping diakhir nanti) dan reneh sebentar sehingga mendidih (dalam 3-5minit)
~ kemudian taburkan sedikit bawang goreng, bawang puith goreng bersama minyak (ini untuk menaikkan rasa dan bau sup itu) dan boleh tutup api kerana sup telah siap
~ carikkan isi ayam dan asingkan, serta masukkan kembali tulang ayam kedalam sup
~ sudah boleh mula dihidangkan dengan semua bahan topping
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Bihun koteow sup chinese style



~~~ The End ~~~

1 comment: