Friday, December 16, 2022

One Of The Lagendary Penang Ori Nasi Kandaq | Makan Best Di Pulau Pinang

One Of The Lagendary Penang Ori Nasi Kandaq | Makan Best Di Pulau Pinang

One Of The Lagendary Penang Ori Nasi Kandaq | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Hari terakhir bekerja untuk minggu ini, dan esok cutiiiiiii, yak yak yeeaaayyy. Seperti biasa mengkala kata tiba hujung minggu, semestinya ianya adalah adalah hari untuk bersama keluarga yang tersayang. Keluar makan angin, keluar cuci mata, keluar membeli belah, keluar makan-makan. Saya suka, saya suka, saya suka, he3.


Sekarang kan cuti sekolah, dan saya tahu raamaaaaiiii yang akan buat ramai di Pulau Pinang ini. Semestinya Penang merupakan destinasi tumpuan untuk percutian kan3, sehinggakan kami orang Penang ni terpaksa memerap dirumah kadang-kadang tu sebab semua tempat penuh ya amaaaatttt :p.


Kali ini meh sini saya share sebuah tempat original nasi kandar Pulau Pinang untuk anda cuba jika menjejakkan kaki ke Penang ni haaaa. Sebenarnya, kalau ikutkan hati, nak peram dan tak mahu share sebab takut nanti akan meneru pakat pi, sampai kami sendiri tak dapat pi he3. Tapiiii, benda baik wajib share la kan3. Itulah tanggungjawab seorang foodblogger gitchew.


Nasi kandar ini asalnya merupakan gerai kereta tolak di tepi jalan yang dibuka berdekatan dengan bangunan pejabat imigresen Pulau Pinang. Dan dari situlah ianya mendapat namanya naaa. Sekarang ini ianya telah berpindah, tapi masih mengekalkan namanya. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.....


Nasi Kandar Imigresen, Lorong Pasar, Georgetown


Psstt, ikutkan gerai ini buka dari pagi naaa, 9pagi kalau tak silap. Dinasihatkan supaya janganlah pergi waktu tengah hari, dia punya beratur tu boleh buat ketar lutut juga naaaa :p. Kami memang kalau nak makan disini timing cun dalam 10.30am-11.30am, macam tu


Tadaaaaaa
Menu 3 beranak
Sete makan tersandaq :P


Pssstt, kami sekeluarga memang menggemari nasi kandar imigresen ini. One of our favourite spot for original Penang nai kandaq la tau3. Kuah dia cukup pekat, pedas, cukup rasa rempah, cukup rasalah bagi kami. Suami sebagai orang Penang, memang dari kecil dok makan nasi kandar ni. Satu sebab rasa, dan satu lagi sebab harganya yang murah. Bayangkan, sekarang ini sebenarnya kebanyakkan kedai nasi kandar sudah mula mengecilkan dan ada juga yang sudah tidak menyediakan ayam goreng whole quarter portion tau3. Sebab harga ayam kan mencanak naik. Tapi di nasi kandar imigresen, ayam eh portion masih sama dengan harga yang masih murah tau3. Tuuuu, sila rujuk gambar menu kami 3 beranak dekat atas tu haaa. Dengan ayam 2 bahagian paha, telur sotong, hati ayam, telur masin, jumlahnya tak sampai RM30 tau3. Kalau mai makn dekat sini kena mabil bawang goreng dengan sambal kelapa dia naaaaaa



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment