Friday, December 2, 2022

Laksa Mamu vs Warong Mee Afasia, Sungai Pinang | Makan Best Di Pulau Pinang

Laksa Mamu vs Warong Mee Afasia, Sungai Pinang | Makan Best Di Pulau Pinang

Laksa Mamu vs Warong Mee Afasia, Sungai Pinang | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Masih lagi entry yang berkisar tentang makanan weeeiiii. Kan duduk di Penang, tak makan, tak Penang la kan3. So sila jangan dok buat heran kalau entry makanan tu back to back, non-stop :P. Dah makan, kena la mokmok, baruuuuu betui-betui Penang nama eh :P.


Baiklah, kembali semula kepada tujuan asal entry kali ini yang berkisar tentang makan best di Penang. Kali ini saya akan ceritera tentang sebuah lagi port makanan original Penang naaaa. Gerai makanan ini terletak di Sungai Pinang. Gerai tepi jalan sahaja, iaitu betul-betul selepas lampu isyarat simpang empat Sungai Pinang tu haaaa. Yang ada Hyundai service centre tu haaaa, iaitu di Jalan Haji Hashim Imam. Alahai kalau nak senang, sila waze sahaja, confirm jumpa naaaaa :P.


Mr Hubby dah makan di gerai ini sedari dari dia kecil lagi tau3, dan saya mula terjebak bersama pabila tangkap cintan cintun dengan Mr Hubby la kan3. Rasanya dalam tahun 2009 macam tu. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti pi pekena makanan dekat situ. Dan setiap kali kami mesti order laksa dan juga mee goreng. Oder satu pinggan/mangkuk untuk setiap satu jenis, kemudian kongsi berdua-dua, romantik sangat keeennn #ehtetiber :P. 


BTW, gerai laksa ni pernah viral taaaauuuu. Pakat kerumun pi laaaaaa time tu kan3. So seperti biasa, orang Penang kena stop pi makan la sekejap sehingga keadaan reda kembali he3. Baiklah ajiom kita teruskan dengan ceritera bergambar dibawah.


Warong Mee Afasia Sungai Pinang


Laksa Mamu Sungai Pinang


Psssttt, gambar penuh gerai-gerai ini terlupa nak snap. Kiranya disini ada gerai laksa, gerai mee dan juga air. Then di bahagian belakang gerai-gerai ni ada beberapa meja kerusi untuk yang ingin dine-ine gitchew. Ikutkan kedua-dua gerai laksa dan mee ni, sekarang, dah diusahakan oleh generasi kedua mereka, kiranya anak-anak mereka la naaa. Tapiiiii, mamu laksa tu masih ada lagi juga kadang-kadang. Mungkin dah terbiasa meniaga, so, even dah sepatutnya pencen, mamu tetap mai nak kerja dekat gerai dia. Untuk laksa, di gerai ini ianya sejenis asam laksa penang naaaa. Kalau nak diikutkan, saya ni tak berapa sangat kalau jenis asam laksa, saya lebih suka jenis laksa lemak atau yang jenis utara yang biasa tu haaaa. Tapi hat mamu ni saya suka la juga sebab meriah dengan topping termasuklah daun pudina, nenas, daun salad, dan bunga kantan. Dari dulu sampai sekarang. Memang tiap kali makan saya akan request extra bunga kantan :P. Lepaih tu, teloq dia sebijik weeeeeiii. Harga 6hengget ja haaaaa. Lepastu untuk mee goreng tu, kita boleh pilih nak basah ka kering. Saya paling suka jenis basah kalau dekat sini. Basah dia tu taklah macam CKT tu haaaa, melaut bagai tau3. Then saya akan request extra pedas. Sedapnyaaaaaa


Ninjiaaaaaa asam laksa dari gerai Laksa Mamu Sungai Pinang


Psssttt, disebabkan kami sekarang ni kerap beli bungkus sahaja, makanya gambar mee goreng selalu nan hadddooooo. Kalau nak diikutkan, kuah laksa dulu jauh lebih pekat, siap ada isi ikan ketui-ketui tau3. Lepastu, untuk mee goreng tu pun saya masih suka, walau rasa tak la sebiji macam dedolu. Dah dulu kan generasi pertama yang goreng, sekarang ni generasi kedua dah, so biasalah lari sikit air tangan eh tu haaaa. But still saya masih akan rekemen untuk anda cuba naaaaa



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment