Monday, March 20, 2023

Ihya Ramadhan Alaf Baru Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

Ihya Ramadhan Alaf Baru Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

Ihya Ramadhan Alaf Baru Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selapat petang semua. Semestinya sekarang kita sudah mula untuk countdown hari-hari terakhir sebelum tibanya Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, umat Islam akan mula berpuasa.


Untuk kali ini saya akan berkongsi tawaran buffet Ramadhan dari Olive Tree Hotel Penang. Mengetengahkan tema bertajuk Ihya Ramadhan Alaf Baru. Wowww, lain sungguh tema eh kan3. Apa yang menarik meh sini kita layan ceritera bergambar saya di bawah.


Pembuka Selera

Barisan pembuka selera, antaranya ialah aneka jenis kerabu dan ulaman bersama sambal, nasi ulam, ikan masin&kering, telur masin, kaunter salad dan juga buah-buahan


Menu Utama

Barisan menu utama yang terdiri daripada nais minyak, nasi putih, kambing masala, daging rendang, masak lemak cili api perut, ayam percik, sambal udang petai, ikan tiga rasa, kacang buncis masak pedal ayam,   pajeri nenas, dan bihun goreng


Pssttt, menambat jiwa ialah masak lemak cili api perut ittuuuuuuuu. Cukup lemak original santan eh, dengan perut yang lembut. Enak dimakan bersama nasi putih ataupun diratah begitu sahaja. Tidak dilupakan juga rendang daging eh, sambal udang petai eh dan juga ayam percik eh. Sememangnya masakan Melayu asli yang diketengahkan pada malam itu, ternyata jelas rasa aslinya tau3. Lemak santan eh, rasa kerisik eh serta ramuan rempah ratus dan cili eh tau3


Kaunter Aksi

Kambing panggang


Nasi Mandy


Pssstt, haaa nasi Mandy ni sah2 la pujaan hati dinda si Boboboy seketul tu kan3. Dinikmati bersama ayam percik


Shawarna


Ikan, udang dan sosej bakar bersama air asam


Bubur lambuk dan sup ekor


Pssstt, sup ekor itu memang dikenang sehingga kini. Lembuuiitt sungguh. Kuah supnya adalah yang clear sup. Terserlah manis asli dari ekor lembu itu di dalam supnya. Memang layan bila dihirup tau3


Tempura prawn with ramen noodles


Ketupat pulut dan lemang bersama serunding ayam dan daging serta tofu bergedil 


Psstt, tofu bergedil itu wajib nikmati tau3. Ngam betul bila dicicah dengan sambal kicap eh tu haaaaa. Isi daging penuh tau3


Sushi dan sashimi


Psssttt, satu lagi menu pujaan hati dinda si Boboboy di malam kejadian. Rasanya dekat 4 pinggan malam itu tau3. Manakan tidak, Ibu dah ambil sepinggan untuk Boboboy, then Ibu bangun ambil sepinggan yang lain kerana lihat Boboboy makan sakan. Elok sampai ke meja dah licin, so letak ja pinggan kedua, Boboboy dok sengih nak lagi. Sayangkan anak, bagi juga yang itu untuk anak la kan3. Ambil pinggan ke tiga, so baru Ibu dapat merasa. Elok Ibu habis, Boboboy pun sama habis his 2nd plate, tak puas lagiiii haaaa. So sambung lagi sepinggan, dan sebelum balik his final plate he3. Suka sungguh Boboboy dengan sashimi & sushi dari Olive Tree Hotel malam tu. Fresh betul, memang cair didalam mulut weeeii


Satay ayam, daging dan gado-gado bersama kuah kacang, serta aneka jeruk buah



Kids corner dengan pilihan menu seperti pizza, wedges, ayam pandan serta pop corn


Pencuci Mulut

Barisan pencuci mulut dengan aneka jenis kek, puding, jeli, serta kuih muih tempatan


ABC, cendol dan aneka pilihan minuman sejuk


Ihya Ramadhan Alaf Baru di Olive Tree Hotel Penang


~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment