Nostalgia Ramadhan Di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang
Nostalgia Ramadhan Di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebuah lagi lokasi wajib untuk buffet Ramadhan best di Pulau Pinang semestinya adalah di Eastin Hotel Penang. Sepertimana yang telah tertera di dalam tajuk entry ini, untuk tahun 2023, Eastin Hotel Penang mengetengahkan tema buffet Ramadhannya dengan nama Nostalgia Ramadhan.
Seiringan dengan tema yang diketengahkan, menu yang ditawarkan semestinya pasti akan menggamit nostalgia anda semua dengan "masakan mak". Satu nilai sentimental dalam setiap insan, air tangan yang sentiasa menjadi nombor satu. Tanpa melengahkan masa lagi, ajiom layan ceritera bergambar di bawah.
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera seperti aneka buah-buahan segar, jeruk buah, kerabu/jelatah, ulam ulaman bersama sambal, rojak buah, salad segar bersama dressing, ikan masin, telur masin serta aneka jenis keropok
MENU UTAMA
Barisan menu utama seperti bubur lambuk, nasi putih, spaghetti aglio olio with prawn, udang asam pedas, sotong masak herba, ketam masak lemak cili api, lala masak manis, mussel goreng halia, kambing varuval, kurma daging, daging masak hitam, burung puyuh masak merah, ayam rendang serai, ayam goreng madu, gulai ayam & ubi, ikan goreng berempah, sambal tempe ikan bilis, kacang buncis goreng dan terpaliiiiiiiiiiiinngggggg istimewa ialah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kari kepala ikan salmon
Pssstt, sah-sah kalau anda menjejakkan kaki anda di Nostalgia Ramadhan Di Eastin Hotel Penang, WAJIIIIIBBB nikmati kari kepala ikan salmon eh tu haaaaaaa. Bapok besar weeiii seketul-seketul kepala ikan tuuuuu. Puas tak terkata bila selesai kokak seketul he3 :P. Bukan itu sahaja tau3, menu lain yang terbaik ialah spaghetti eh, asam pedas udang eh, ketam masak lemak cili api eh, dan kambing varuval eh
KAUNTER KASI
Murtabak mini, roti john, satay ayam dan daging bersama kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit, laksa penang, mee bandung dan mee udang
Ketupat dan lemang bersama rendang ayam dan rendang ekor, dan rock salt baked seabass bersama air asam
Psssstt, suka bethooolll dengan rendang ekor eh tu haaaaa. Cicah bersama lemang memang seperti hari raya Aidilfitri rasanya wei he3. Rock salt baked seabass yang diketenghkan sememangnya unik, lain dari kebiasaanya kerana diberikan sentuhan keMelayuan dengan dicicah bersama air asam, mantaaapppp
Kambing golek rempah kuzi bersama nasi biryani Eastin dan sos lada hitam
Pssstttt, haaaa dah namanya Ramadhan buffet, sah-sah la wajiiiiiiiibbb ada kambing kan3. Gue pula bersama nasi biryani Eastin yang saban tahun dinantikan, peerrgghhhh
Sup gear box bersama roti dan 5 perasa sambal/topping
Psstt, ya Allah, dugaan sungguh laaaaa memuat naik entry review Ramadhan buffet di kala sedang berpusa weeeeeeiii. Dengan dok nampak depan mata sup dengan gearbox sepenuh periuk di atas niiiiii, lagiiiiii laaaaaaa. Dok terbayang-bayang, teringat-ingat semulaaaa. Keenakkan segala lelemaks yang melekat di keliling gear box itu, segala sum-sum yang dihirup dari lubang tetulang gearbox ituuuuuuuu
Shawarma kambing
Pasembur dan cucur udang
Pssttt, menu ni pun wajiiiibb cuba tau3. Kuah pasembur itu pedas, memang kena dengan anak tekak saya secara peribadi. Aneka pilihan item pasembur, antaranya ialah, cucur, ketam, fish ball, ubi kentang, tokua, telur rebus, hot dog, jejari ketam, serta semestinya sayuran wajib seperti timun dan sengkuang
Korean tutti frutti shaved ice, mini donut susu dan wafle bersama aneka jenis topping dan juga aiskrim pelbagai perisa
PENCUCI MULUT
Aneka jenis kek (chocolate orang mud cake, oreo cheesecake, black forest cotton cheesecake, marble cheesecake), puding (cream caramel, jagung, mango), kuih muih Melayu, biskut raya, bubur (pengat pisang, bubur kacang merah), chocolate raspberry bread and butter pudding, banana tart, green tea crispy cream puff, jelly, berries yogurt mouses in glass, dan buah kurma
Pssssttt, sememangnya kuih muih Melayu yang dihidangkan pada malam kejadian memang terbaik. Termasuklah bubur eh tau3
Minuman panas dan sejuk dengan pilihan seperti air bandung, laici, mata kucing, plum, teh tarik, kopi tarik, teh o, dan juga coffee
Psssttt, yang terpahat dihati ialah air mata kucing eh serta teh tarik eh semestinya
Nostalgia Ramadhan Di Eastin Hotel Penang
Pssttt, jangan lepaskan peluang untuk grab early bird promo naaaaa. Dan jangan risau, ada lagi promosi beli untuk 9orang, makan 10orang. So lekas-lekas set dengan sahabat handai, saudara mara, beramai-ramai berbuka puasa di Eastin Hotel Penang
Sambil menikmati juadah, terdapat juga hiburan tradisional gamelan tau3
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment