Thursday, March 16, 2023

Warna Rasa Iftar Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

Warna Rasa Iftar Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

Warna Rasa Iftar Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua pembaca. Coretan hari ini, saya akan berkongsi sebuah lagi tawaran buffet makan malam bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Iyerlah, hanya tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia sekali lagi kan3.


Untuk kali ini, semestinya saya teruja untuk berkongsi tawaran yang pastinya menarik dan wajib anda jadikan sebagai salah satu list pilihan anda bagi Buffet Ramadhan untuk berbuka puasa bersama rakan sekerja serta keluarga tersayang. Tidak lain lagi semestinya ialah buffet Ramadhan dari Royale Chulan Penang. Semestinya saban tahun saya tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Royale Chulan Penang demi buffet Ramadhan eh tau3. Untuk tahun ini, Royale Chulan Penang mengetengahkan tema 'Warna Rasa". Apakah ertinya????? Haaaaa, meh sini saya share dengan pembaca kesayangan semua Warna Rasa yang saya telah nikmati bersempena buffet Ramadhan Royale Chulan Penang, ajiiioooooom kiter............


Warna Rasa Iftar Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang


Pembuka Selera

Barisan pembuka selera yang beraneka warna dan rasa
Antaranya ialah buah kurma, buah-buahan tempatan (nangka madu, mata kucing, oren, buah naga), pasembur,, chicken roll, salmon salai platter, ikan masin,  ikan pekasam, coleslaw, serta  aneka jenis jeruk buah, ulam-ulaman bersama sambal, kerabu, acar, salad & sos dressingnya 

Psssttt, haaaaa ni kalau anda semua nak tahu, si Boboboy seketul tu dok uulaaaanngg la smoked salmon dari awal sampai akhir he3. Memang kesukaan dia pun haaaaa. Tambah smoked salmon di Royale Chulan ni memang fresh & rasa smokey dia tak over sampai menghilangkan rasa original ikan salmon tu tau3. Sebelum ni pernah ja terkena smoked salmon yang terlebih asap dan masin berdengung, terus potong selera. Yang pastinya di Royale Chulan memang sedap3


Menu Utama

Barisan menu utama yang terdiri daripada menu seperti nasi putih, nasi biryani, daging panggang air asam, kambing masak lada hitam, ayam masak rose istimewa, salmon dengan sos krim dill, ikan tenggiri berlado,  ketam masak cili royale, udang goreng mentega, sotong goreng berempah, sambal tumis retak seribu, serta sayur campur


Pssstt, weeeiii ni nak bagitau ni haaaaaa, sedap sungguh laaaaa nasik biryani Royale Chulan ni haaaaaa. Boboboy tu dua kali tambah, dan sebenarnya ikutkan Ibu pun nak join juga dua kali, tapiiiiiii Ibu bawa mengucap sebab kena simpan perut untuk diisi dengan menu-menu lain he3 :P. Soooooooooo, kalau anda berkunjung ke Royale Chulan, wajiiiibb cuba tau nasi biryani eh. Seterusnya menu utama lain yang sememangnya terbaik ialah salmon dengan sos krim dill eh, ketam masak cili royale eh, udang goreng mentega eh, kambing lada hitam eh, daging panggang air asam eh, ayam masak rose eh. Eh, eh, eh macam semua ja saya senaraikan semula he3 :P. Sememangnya semua menu utama yang dibariskan semuanya sedap-sedap belakaaaaaaaaa


Sajian Pondok (Kaunter Aksi)

Pondok panggang corner, laksa Penang dan CKT Penang


Pssstt, haaaaaa, ni pun merupakan hot item di malam kejadian yang menjadi tumpuan ramai tau3. Aneka pilihan ikan, siput, dan sotong yang boleh dipilih dan dipanggang panas-panas untuk dinikmati. CKT Penang di Royale Chulan Penang juga merupakan menu wajib cuba saban tahun bagi diri saya tau3


Pondok gorengan panas (pisang, keledek dan keladi)


Pondok sup dengan sup tulang rawan nusantara dan sup 'double boiled seafood'


Psstt, pilihan hati ialah sup 'double boiled seafood'. Pertama kali mencuba dan terus tertarik hati dengan rasanya. Penuh rasa. Tekstur sup yang agak pekat, dan dipenuhi rasa makanan laut. Enak dicicah bersama roti ataupun terus dihirup begitu sahaja


Pondok chocolate fountain


Pondok bubur dengan pilihan bubur lambuk, bubur kacang hitam, bubur gandum dan bubur kacang hijau


Pssstttt, uniknya hidangan bubur lambuk di Royale Chulan Penang kerana ianya memecahkan tradisi bubur lambuk yang pada kebiasaannya berwarna putih tau3. Bubur lambuk di Royale Chulan Penang berwarna kekuningan sedikit tau3. Rasa rempahnya sedikit berbeza dari kebiasaan, ini memberikan satu plot twist dari segi rupa, warna dan rasa. So sila cuba sendiri naaaaaa


Pondok ayam shawarma


Pondok satay ayam & daging bersama nasi impit & kuah kacang


Pondok kambing panggang


Psssttt, sedap weeei, memang sedap tak terkata kambing golek di Royale Chulan Penang ni. Isi penuh jus, kulit rangup kriuk3, memang layan sungguh bila dinikmati panas-panas, sehinggakan tidak sedar sudah habis 2 pinggan :P


Pondok ABC, cendol dan aiskrim



Pencuci Mulut

Barisan pencuci mulut, antaranya termasuklah puding roti, sago gula melaka, aneka agar-agar dan puding, tart coklat karamel, pavlova, krim karamel, tartlet buah-buahan, aneka kek, pastri & kuih muih tempatan, serta koktel buah-buahan & nata de coco. Dan saban tahun, selama bertahun-tahun pabila ke Royale Chulan Penang ini, pencuci mulut idaman kalbu saya adalaaaaaaahhhhhhhh....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kek pandan layer


Pssttt, dan tahun ini ada lagi satu perisa layer kek iaitu, kek coklat layer. Puuuuuunnnn sedaaapppssssss. Saya suka, saya suka, saya suka he3


Minuman Panas & Sejuk

Barisan minuman sejum (air kacang soya, air rossel, wintermelon, calamansi, honeydew) dan minuman panas (kopi tarik, teh tarik serta coffee&tea)



Tadaaaaaaaaaaaaaaa, antara pilihan hati di malam kejadian



So, apa tunggu lagiii????
Tempah awal bagi mengelak kesesakan #eh3, tempah awal untuk mendapatkan harga tawaran istimewa ni haaaaa
Jangan kata mak tak payung naaaaaaaa



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment