Meraikan Aneka Rasa Hidangan ke-Melayu-an Di Spoon, G Hotel Kelawai | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang
Meraikan Aneka Rasa Hidangan ke-Melayu-an Di G Hotel Kelawai | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Kurang dari sebulan, kita akan bertemu sekali lagi dengan bulan mulia bagi semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan ya Karim. Sesungguhnya masa berlalu sepantas kilat. Semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat memenuhinya dengan penuh kerberkatan bersama keluarga yang tersayang, Amin.
Selain merupakan bulan yang senantiasa dinanti-nantikan untuk mengumpul pahala, bulan Ramadhan juga semestinya sinonim dengan bulan yang penuh meriah dengan rezeki makanan yang melimpah ruah. Sewaktu inilah, umat manusia akan disajikan dengan pelbagi peluang untuk menikmati makanan sama ada di bazar Ramadhan, di masjid, di acara berbuka puasa serta yang paling dinanti-nantikan semestinya tawaran buffet Ramadhan kan3.
Bagi tahun ini, G Hotel Kelawai, di Spoon cafe-nya, turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan bulan Ramadhan, dengan menawarkan aneka rasa hidangan Melayu di Buffet Ramadhannya. Ajiom bersama-sama saya berceritera secara bergambar tentang tawaran menu yang ada, yang pastinya akan menggoda sanubari citarasa anda.
Aneka ulam-ulaman, sambal, ikan masin, nasi kerabu, gado-gado, salad bar bersama condiments & dressing, jeruk buah, serta buah-buahan segar
Pssstt, mengkala kata ada buah nangka dan juga mata kucing, memang wajib saya nikmati tau3. Sememangnya setiap kali berkunjung ke buffet Ramadhan, buah-buahan inilah yang saya nanti-nantikan
Menu Utama
Barisan menu utama terdiri daripada spaghetti aglio olio, nasi putih, nasi hujan panas, , ayam tandoori, puyuh masak madu, kambing kuzi, daging masak hitam, sambal udang, ketam masak kam heong, ikan masin nenas masak lemak, kentang masala, pajeri terung, tofu telur dalam sos crabmeat serta aneka jenis pizza
Pssttt, nasi hujan panas dengan ayam tandoori itu membuatkan Boboboy seketul tu tambah dua kali tau3. Ibu pula sehingga kini tidak dapat melupakan ketam kam heong dan juga puyuh masak madu. Tidak dilupakan kambing kuzi itu tau3. Wajib nikmati jika berkunjung ke buffet Ramadhan G Hotel Kelawai ini tau3
Pencuci Mulut
Aneka jenis pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih muih Melayu, kek, puding, kastad, bubur, swiss roll, rojak buah, ais krim serta chocolate fountain
Psstt, untuk bahagian ini, star for the nigh adalah durian cheesecake serta rojak buah tau3
Minuman Panas & Sejuk
Coffee & tea serta aneka jenis minuman buah
Barisan gerai aksi yang diletakkan di kawasan outdoor Spoon, iaitu gerai shawerma, teh tarik & teh masala, aneka jenis sup (ayam, daging & kambing) bersama roti benggali, kudapan panas-panas (pisang goreng, ubi keladi goreng, pakoras, cucur udang), ABC & cendol, char koay teow, mee kari, bakar-bakar/panggang (pais ikan, ayam bbq, beef steak, sosej & jagung) dan semestinya kambing golek bersama sos lada hitam, brown sauce serta minted yogurt
Psssttt, haaaa, untuk gerai aksi, sah2 la kaunter panggang/bakar-bakar yang menjadi pilihan kan3. Kambing golek itu, beef steak itu serta pais ikan eh memang thorbaeeeeeekk. Bukan itu sahaja, saya turut berulang-alik :P ke gerai teh (teh tarik & teh masala), gerai mee kari & CKT tau3. Jangan lupa nikmati taaaauuuu, dijamin tidak menyesal
Beberapa jenis pilihan menu yang dapt di cuba di malam kejadian
Psstt, ish3, memang teringat-ingat sungguh laaaaa semua menu ni weeeiiii
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment