Thursday, July 13, 2023

Astaka Rope Walk Georgetown | Makan Best Di Pulau Pinang

Astaka Rope Walk Georgetown | Makan Best Di Pulau Pinang

Astaka Rope Walk Georgetown | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry saya kali ni masih lagi tentang makanan yeeeerrr. Aternya dalam pending list memang bertingkek-tingkek pending entry makanan weeeiiiiii. So mengkala kata dok mai kerasukan nak up entry, kita kasiiiii up sebanyak mana yang mungkin kan3.


So kali ini saya nak share satu lagi port makan best di Penang iaitu Astaka Rope Walk @ Lorong Kulit di Georgetown Penang. Astaka ini memang dibuka dari awal pagi dan sedari dulu2 ianya memang menjadi port untuk orang tempatan Penang bersarapan tau3. Macam-macam pilihan makanan ada, anda cuma perlu datang ke sini dan mai pilih, mai pilih, mai pilih, ikut anak tekak masing2 he3.


Dalam banyak-banyak menu yang ada di Astaka Rope Walk ini,  untuk entry hari ini saya akan share beberapa gerai dan menu masakan yang menjadi kesukaan saya dan keluarga sedari dahulu naaaaa. So ajiom layan ceritera bergambar di bawah. 


Gerai Sinar Bintang


Pssstt, killer menu eh ialah Hokkien Mee dan Char Koay Teow
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaaaa, the CKT pojaan hati saya dah berbelas tahun



Hokkien mee 


Pssttt, gerai ini sebenarnya mula diusahakan oleh Ibunya, seorang mualaf (chinese muslim), dan sekarang ianya sambung diwarisi oleh anak perempuan dan anak lelakinya pula. Taste wise, sah2la yang dedolu lagiiiii sedaap kan3. Tetapi, yang sekarang pun sedap juga


Tosai & apom manis
Nasi Ayam


Pssstt, haaa, nama dua-dua gerai untuk menu di atas ni saya dah lopaaaaa, he3. Gerai nasi ayam ni kalau tak silap Diana Alisa Nasi Ayam. Kalau tak silap la nooooo. Sebab ada a few gerai nasi ayam di dalam astaka ni. Gerai nasi ayam yang saya selalu makan ni selang sebuah sahaja dari gerai Sinar Bintang (CKT) tu haaaa. Untuk tosai dan apom manis pula, untuk makluman semua, dalam astaka tu ada satu ja gerai yang jual tosai dan apom manis naaaaa. So pergi ja ke astaka, pusing seround, pasti jumpa he3. Tapiiiiii, nak warning sesiap, untuk gerai tosai ni kena sabar menunggu sama naaa, sebabnya tukang masak dan tukang ambil order, seorang wanita sahaja. Saya memang suka rasa apom manis dan tosai eh. So, setiap kali datang mesti makan yang ni. Tak percaya???? Ninjiiiiiiaaaaaa..........
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tosai & apom manis
Roti bakar telur gegar


Psssttt, bukti selalu pekena apom manis dan tosai Astaka Rope Walk, he3. Yang untuk menu roti bakar telur gegar tu dari gerai Honeys Corner. Gerai ni betul-betul depan a.k.a bertentang dengan gerai  Sinar Bintang (CKT)


Redzuan Nasi Ayam, Lorong Kulit Georgetown
v
v
v
v
v
v

Tuuuu nampak dop nasi ayam tapau hat Boboboy dok pulun tuuuuu


Pssstt, gerai nasi ayam ni bukan di dalam Astka tu naaaaaa. Gerai ni di bahagian depan pejabat TNB, dekat corner, depan Rope Walk tu haaaa. Dekat situ ada beberapa gerai lain, seperti Gerai kuih-muih & goreng2, mee goreng mamak, dan nasi lauk. Gerai nasi ayam ni pun dah lamaaaaa tau3. Dari saya mula-mula kenal Rope Walk, memang dok ada dah. Cumanya dok rasa macam owner dok bertukar. Tapiiiii rasanya masih sama. Mungkin tak serupa tapi sama he3. Sebabnya, gerai nasi ayam ni, dia punya killer menu adalah ayam eh tu jenih goreng naaa. Jenih celup tepung goreng rangup kriuk-kriuk tu haaaaa. Portion nasi dan ayam dari dulu sampai sekarang memang selambaaaakkk. Harga dedolu rasanya dalam RM3.50, sekarang dah jadi RM5.00. Muraaahh la dengan portion selambak tu weeeii. Ikutkan boleh makan dua orang tau3. Rasa pun sedap naaaa 




~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. Banyak2 negeri..Penang la yang belum pernah sampai lagi ...hahahah XD

    ReplyDelete