Nasi Dalca Ayam Negro | Makan Best Di Penang
Nasi Dalca Ayam Negro | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Lagi-lagiiiiiii nasi dalca kan3. Aternya dah nama pun duduk Penang kan3. Entry ini berkesinambungan dari sneak peak DI SINI.
Saya pun dah pernah up entry tak Penang la kalau tak makan nasi dalca kan3. Sooooo, tak pelik la kalau memang saya dok kerap up entry tentang nasi dalca naaaaaaaa. Meh sini kita flash back antara previous entry yang dah saya up iaitu Nasi Dalca Kassim Mustafa, kemudian Pak Din Nasi Dalca, dan terkini ialah Nasi Dalca Rahim, Nasi Dalca Bawang & Kedai Makan Ceri. Setakat ni saya hutang entry details Nasi Dalca Briyani, Bayan Lepas ja lagi.
Untuk kali ini saya akan share satu lagi lokasi best nasi dalca di Penang iaitu Nasi Dalca Ayam Negro yang terletak di Georgetown. So, ajiioooom layan ceritera bergambar di bawah.
Our choosen menu di Nasi Dalca Ayam Negro
PSssttt, ni al kisah yang terjadi pada bulan ramadhan yang lepas naaaaa, dan sila abaikan nasi briyani Subaidah hasil tapaun ituuuuu. Fokus kepada menu yang di dalam pinggan sahaja naaaaaa
Nasi dalca eh bersama telur rebus
Ninjia ayam negro eh
Kuah dalca
Kurma kambing
Psssstt, secara totalnya kami sekeluarga memang suka dengan nasi dalca eh tuuuu. Memang aim akan repeat, tapi sehingga kini belum berkesempatan :P. Selain nasinya, kami suka dengan menu kurma kambing dan juga kuah dalca dia. Untuk ayam negro dia tu, tak berapa kena dengan tekak kami anak beranak. Bukanlah tak sedap ka apa ka, tapi bagi kami taklah special sehingga teringat-ingat gitchew. Ianya seperti ayam masak kicap ja pun sebenarnya. Tapiiiii rasa nasinya dan kurma kambing dia memang teringat-ingat jugalah. Sebab tu memang plan nak repeat. Lagi satu yang buat nak repeat sebab nak try menu-menu lain yang ada dekat sini seperti murtabak singapore, roti tisu, mee goreng dan lain-lain (yang saya dah terlupa :P)
Popia basah
Pssst, hat ni complimen menu by the owner naaaa, siap bersama dengan buah kurma tau3. Memang besor gedabak tau popia eh. Taste wise ok la, but not to my liking sangat la
~~~ The End ~~~
Salam
ReplyDelete