Buffet Ramadhan Citarasa Bayview Hotel Georgetown Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang
Buffet Ramadhan Citarasa Bayview Hotel Georgetown Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Ajiom kita meriahkan lagi bulan Ramadhan kita dengan menikmati juadah berbuka bersama dengan yang tersayang di Bayview Hotel Georgetown. Meh sini saya kongsikan apa yang menarik untuk anda semua nikmati pabila berkunjung ke sini. Ajiiooom layan ceritera bergambar dibawah
Barisan buffet line yang ada di Buffet Ramadhan Citarasa Bayview Hotel Georgetown Penang
PEMBUKA SELERA
Barisan menu pembuka selera seperti aneka kerabu dan acar (kerabu daging, kerabu kacang botol, acar mentah), salad bersama dressing & condiments, serta aneka jenis keropok (ikan, udang)
Aneka jenis sushi, lemang, aneka jenis ulam bersama sambal, nasi impit, serunding dan juga cucur udang
Pssttt, sah-sah inilah port kesukaan bagi peminat sushi kan3. Dan lemang itu sememangnya secukup rasda. Dimakan begitu sahaja pun dah memang layaaannn tau3. Cukup lemak eh, manis masin eh, bau pulut yang semerbak
Pizza sambal sardin dengan petai, popia goreng dan wantan ikan
Pssstt, haaaa wajib untuk cuba pizza sardin petai itu tau3. Waaajiiiibbbbb. Kalau tak nanti menyesaaaaalll
Pasembur dengan kuah kacang
MENU UTAMA
Nasi Briyani, Chef Faizal gulai kepala ikan salmon, ayam cili kering, ayam geprek, daging harimau menangis, udang vindaloo, sayur campur, dalca sayuran dan telur goreng hancur bersayur
Psssstt, terpaling sedap pabila menikmati nasi briyani bersama kepala ikan salmon itu. Ohhoooiiii, sememangnya kepala ikan itu tersangatlah segar. Menghirup lelemaks yang melekat di kepala ikan itu nikmat dunia sungguhlaaaaa
KAUNTER AKSI
Kambing golek
Satay ayam bersama kuah kacang, nasi impit, bbq sausage ayam, penang char koay teow, penang white curry mee, serta ikan bakar bersama air asam
Pssstt, tak sah la kalau yak nikmati CKT itu kan3. Menu lain yang sama wajibnya adalah white curry mee itu. Saya suka, saya suka, saya suka3
Mua Chee
Aneka jenis kek (kek fruits flan, kek coklat moist, kek strawberry), cream caramel, puding mangga, aneka jeni kuih tradisi Melayu (kuih talam gula melaka, kuih jagung), cekodok, keropok lekor, cream puff, bubur kacang hijau, aneka jenis buah-buahan potong, serta jelly longan
Pssstt, yang paling terkesan di hati adalah jelly longan ituuuuuuu. Terbaik sungguhlahaaaaaaa
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment