Chup! Bukak Posa Dulu Di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang
Chup! Bukak Posa Dulu Di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Kita teruskan lagi perkongsian 'Best Buffet Ramadhan Dinner di Penang untuk tahun 2024' ini naaa. Kali ini, saya akan berkongsi sebuah lagi port wajib anda bersama yang tersayang dalam menyemarakkan bulan Ramadhan anda. Tidak lain dan tidak bukan, semestinya Eastin Hotel Penang.
Tema yang disajikan pada tahun ini adalah Chup! Bukak Posa Dulu. Haaaa, sooooo cathcy tema eh haaaaaaa kan3. Terasa terpanggil untuk mengetahu lebih lagi kan3. So, ajiioooomm bersama saya, kita lihat serba sedikit perkongsian sewaktu malam media preview buffet Ramadhan di Eastin Hotel Penang.
Wajah terbaruuuuuuuuuu Swez Basserie, Eastin Hotel Penang
Psstt, memukau sungguh hiasan dalaman terbaru coffee house Eastin Hotel ni tau3. Warna yang dimainkan menampakkan keseluruhan ruang lebih luas, sejuk mata memandang dan simple yet elegant tau3
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera yang terdiri daripada aneka jenis salad dan kerabu, aneka ulam ulaman bersama sambal, aneka jenis acar, aneka jenis jeruk buah, ikan & telur masin, ketupat, lemang,serunding ayam&daging, rendang ekor, rendang ayam, tempura sushi serunding ayam, Indonesian tauhu sumedang, rojak buah, dan mezze platter
Pssttt, ohoooiii rendan ekor itu memang menjadi kegilaan saban tahun tau3. Bertambah enak pabila dinikmati bersama lemang mahupun ketupat palas itu. Pertama kali menjumpai menu yang diberi nama mezze platter, an semestinya ianya wajib dicubai gitchew
MENU UTAMA
Kambing panggang Kabsah
Pssttt, sebuah lagi menu yang menjadi tumpuan para pengunjung saban tahun. Terdapat dua jenis pilihan sos untuk dinikmati bersama kambing dan juga nasi kabsah itu tau3
Spaghetti asam pedas dengan kupang, kari kepala ikan, pesamah dagiing, burung puyuh masak merah, gulai ayam kampung, kambing varuval, daging lada hitam, thai gai yang chicken, asam pedal tetel, ayam rendang tok, rendang telur puyuh, mussel berlado, lala masak serai, sotong sambal tumis, terung sambal petai, masak lemak petola fucuk dan suhun, sayur tempe goreng jawa, dan dalca telur
Psssttt, nampak dak kari kepala ikan ituuuu???? sah3 la dengan sekali pandang anda semua akan tahu ianya juga merupakan menu wajib Eastin Hotel Penang kan3. Pekena sebiji kepala pun dah boleh tersandar tau2, he3. Berbaloi2
Rock salt baked seabass with thai green sauce
Ikan bakar kuah percik
Pssttt, kedua-dua menu ikan ini juga wajib untuk dinikmati naaaa. Satu dengan sentuhan tempatan iaitu versi kuah percik, dan satu lagi dengan sentuhan ala-ala thai gitchew. Kedua-duanya pasti memikat selera
KAUNTER AKSI
Satay ayam & daging bersama kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit
Sup gearbox, tulang, perut dan daging bersama roti serta aneka sos topping
Pssstt, haaaaaa sebuah lagi menu wajib semestinya ialah kaunter sup ini. Siapa pun yang singgah pastinya akan terpikat weeeiii. Manakan tidak, aroma kuah sup yang panas2 memenuhi ruang, ditambah dengan segala gear box, tulang, isi daging dan juga perut yang disajikan di hadapan mata anda, pastinya akan membuatkan anda tegoda tau3. Wajibbbb, memang wajib untuk anda nikmati tau3
Pasembor
Korean Pancake
Indonesain es teler with coconut pandan syrup
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis kek, puding, jeli, mouses, bubur, kuih tradisi melayu, biskut raya, aiskrim, serta buah-buahan segar
Minuman panas dan sejuk
Terdapat juga ersembahan gamelan secara life untuk halwa telinga para pengunjung sambil menjamu selera
Hasil rembatan di malam kejadian, he3
Buffet Ramadhan, Chup! Bukak Posa Dulu di Eastin Hotel Penang
v
v
v
v
v
v
Haaaaaaa, khusu untuk para pembaca blog aryshafayyadh blogspot, ninjiaaaaaaaa kod voucher untuk potongan 10% naaaaaa. Jangan kata mak tak payung gitchew. Jangan tunggu lama-lama, sila dengan kadar segera redeem kod voucher dan tempah buffet ramadhan di Eastin Hotel Penang
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment