Friday, March 22, 2024

Buffet Ramadhan Selera Sempoi Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang

Buffet Ramadhan Selera Sempoi Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang

Buffet Ramadhan Selera Sempoi Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Masih lagi di dalam fasa perkongsian, port Best Buffet Ramadhan 2024 di Penang. Dan kali ini, sebuah lagi lokasi wajib saban tahun untuk anda semua dan saya juga semestinya, untuk menikmati juadah berbuka puasa yang enak bersama keluarga dan sahabat handai semestinya adalah di Olive Tree Hotel Penang.


Mengetengahkan temanya untuk tahun ini, dengan "Selera Sempoi". Terkedu seketika tatkala saya melangkah masuk ke Sukkah Coffee House tau3. Tediaaaa haaiiihhhh, memang meriah sungguh. Tidak cukup dengan kaunter aksi didalam, berderet-deret haaaaa pondok action stall dekat bahagian depan tau3. Haaaaaa, tentu anda semua sudah tidak sabar untuk melihat sendiri apakah yang itimewanya Buffer Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang ni kan3. So, ajiiioooom kita laya ceritera bergambar dibawah.


Selera Sempoi Buffet Ramadhan di Sukkah Coffee House, Oilve Tree Hotel Penang


Barisan buffet line yang bertingkek-tingkek dari dalam coffee house sehinggalah keluar tau3


PEMBUKA SELERA

Barisan pencuci mulut yang terdiri daripada menu seperti tauhu sumbat, rojak buah, gado-gado, aneka ulaman bersama sambal, ikan dan telur masin, aneka jenis kerabu, salad bersama drssing dan condiments, caesar salad, ketupat lemang bersama serunding ayam&daging, aneka jenis sushi serta aneka jenis jeruk buah
Pssstttt, sehingga kini masih teringat-ingat caesar salad itu weeiii. Wajib untuk anda nikmati tau3. Saya siap tambah 2kali haaaaa. Memang tepat sungguh kombinasi gravy, salad, parmesan cheese serta croutons ituuuuuu



MENU UTAMA

Menu utama terdiri daripada nasi mandy kambing, nasi putih, nasi minyak, prawns garlic herbs, sotong masak lemak, Singaporean chilly crab, seabass sour lime sauce, lamb osso bucco, rendang daging, ayam masak merah, kailan ikan masin, bubur lambuk dan sup ekor


Pssstt, seriously untuk section ini setiap satunya sedaaaakkkkkssss la hhoooooiiiiii. Tapi terpaling peberet adalah nasi mandy ituuuuu. Memang layan sungguhlah pabila dinikmati bersama rendang daging serta udang herbs ituuuuuu. Sup ekor pun thorbaeeeekkk weeeeiii


KAUNTER AKSI

CKT serta lontong goreng


Pssstt, sedaaappp, sedaaapp, sedaaappp. Dua-dua tersedapsss nak matik weeiii he3. Lontong goreng itu pertama kali menikmatinya, tapi tetaaapp layaaann sebab sedap3


Satay ayam&daging bersama nasi impit, timun bawang potong dan kuah kacang, serta bakar-bakar section bersama air asam


Pssttt, saya sukaaaaa sangat2 satay ayam dan daging di Olive Tree Hotel ni tau3. Nak tahu sebabnyaaaaa???? Sebab dalam satay ayam dan daging ini, ianya meyelitkan bahagian lemak/kulit diantara isi itu tau3. Baruuuuulah betul2 satay namanya. Chef pun cakap hal yang sama tau3. Satay sebenarnya memerlukan lapisan lelemak atau kulit au3. Ini untuk memberikan minyak original kepada saty itu serta memastikan ke-juicy-an satay tersebut, haaa, gitchheeewwwww


Kambiinggg bakar


Kaunter stemaboat


Pssttt, memang menjadi atara kuanter terpanas di malam kejadian tau3. Bukan sahaja disebabkan ianya memang memasak atau menyediakan menu steamboat anda panas2, ianya juga kerana ini merupakan kaunter yang ramai peminat tau3. Semua pakat serbu kaunter steambot s=dek kerana memang ianya sangat unik dan sepanjang saya ke buffet Ramadhan, belum lagi berjumpa kaunter aksi begini. So bila dah jumpa wajib laaaaa toraiiiii kan3. Dan sememangnya ianya tidak mengecewakan lgsung. Pilihan bahan steambot yang pelbagai seperti aneka jenis bebola, ketam, pepahat, scallpos, udang, dumplings, hot dog serta aneka sayuran, yang boleh dimakan bersam mee, meggi atau pun bihun, serta terdapat dua jenis pilihan kuah iaitu, sup ataupun kari. Bertambah enak jika turut dinikmati bersama 3 jenis sos topping eh tu haaaaa


Kebab ayam


Kawah section


Pssstt, kemaheennn weeeiii, ada kawah section haaaaa. Memang seronok sungguh pabila melihat menu section ini. Dengan menu seperti kambing daging, itik kelantan, dan ayam rempah. Weeeeiii cravings satisfied sungguh pabila menikmati itik kelanta itu tau3. Cicah bersama lemang atau ketupat sememangnya layaaaaaannnnn sungguh


Bubur manis kaunter dengan pilihan seperti bubur pulut hitam, bubur kacang hijau dan pengat pisang


Kids corner dengan aneka pilihan candies, ayam pandan, spaghetti bolohnese, potato wedges, aiskrim, pop corn, serta terdapat juga kudapan didalam balang tin (biskut, wafer dan lain-lain)


Sah3 la section ini menjadi port kesukaan anak2 kan3. Dengan segala kudapan yang mearik, terutama si pop corn ituuuuuuuuu


Buah-buahan segar seperti nangka, mata kucing, buah naga, delima anggur, tembikai, oren sunkis, strawberry, epal dan pisang


Pssstt, memang ini merupakan kaunter buah yang terpaling menarik dan beraneka yang pernah saya lihat tau3. Dengan segala ukiran yang berseni sungguuh dan cantik ituuu. Dengan tawaran jenis buahan yang memang bertingkek-tingkek ituuuuuuuu. Suka, sukaaaaa, sukaaaaaaaa


Kaunter minuman panas dan sejuk


Psstt, menarik sungguh kerana selain ada teh tarik kaw2, terdapat juga milo panas tau3. Minuman sejuk dengan aneka pilihan air balang



PENCUCI MULUT


Aneka barisan pencuci mulut adalah seperti panna cotta, buah kurma dan dried fruits, chocolate fountain, aneka jenis kek, aneka jenis puding dan jelly, aneka jenis kuih tradisi Melayu, serta ABC semestinya


Tediaaaaa, seperti biasa kalau ke Buffet Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang, tak sah la kalau tidak bertingkek-tingek segala pinggan mangkuk cawan gelas semua tu kan3





~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment