Mai Makan Buffet Dinner di Courtyard by Marriot Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang
Mai Makan Buffet Dinner di Courtyard by Marriot Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Untuk meraikan ketibaan bulan Ramadhan tahun 2024, Courtyard by Marriot Penang telah mengadakan satu buffet makan malam yang bertemakan Mai Makan. Bertemakan citarasa tempatan, buffet ini menjanjikan sebuah pengalaman kulinari yang menampilkan pelbagai hidangan menu yang terkenal. Sabar- sabaaarrrr, jangan risau, semestinya saya akan berkongsi dengan para pembaca kesayangan apakah yang menarik tertarik dan kebaboooommm di Mai Makan Buffet Dinner di Courtyard by Marriot Penang. So, ajiioooommm kita layan ceritera bergambar di bawah.
Hiasan dalam, serta sitting area di Penang Kitchen, Courtyard by Marriot Penang
Tediaaaaa menu-menu di section pembuka selera sahaja dah bertingkek-tingkek kan3
Pssstt, meh sini saya senaraikan jenama-jenama #eh3, jenis menu di bahagaian pembuka selera ini. Antaranya adalah seperti aneka jenis ulama segar bersama sambal (sambal belacan, cincalok, budu, sambal bilis tempe), aneka jenis kerabu (kerabu suhun, kerabu daging, kerabu ayam ala thai, kerabu perut,kerabu mangga, jelatah), tauhu sumbat dan pasembur lautan bersama kuah kacang, rojak penang, sotong kangkung, aneka jenis ketupat palas (pulut, kacang, pulut hitam) bersama serunding daging & ayam, soto ekor sapi berempah, cream of mushroom, serta aneka jenis keropok (ikan, udang). Yang terpaliiinngg shedappsss dan terpahat di hati ialah sotong kangkung dengan rojak buah ituuuuuu. Ya Tuhaaaaann, gravy eh memang thorbaik la. Tuuuu, dia punya mushroom soup tu pun bukan kaleng-kaleng weeeiii. Freshly made dengan aroma dan rasa asli cendawan memang menyengat dan memikat selera
MENU UTAMA
Barisan menu utama termasuklah kari ketam bungan & nenas Bali, mussels masak lemak cili api, udang kapas sambal tumis petai kampong, asam pedas ikan pari Melaka, ayam bunga kantan, daging lada hitam, nasi goreng kampung, dan nasi putih
Psstt, jangan pandang enteng tau nasi goreng kampung ituuuuu. Sekali makan boleh buat bertambah he3
gao prawn masala curry, tandoori chicken, puyuh daging bercili, dhal tadka, sayur campuran pulau mutiara serta last but not least adalah lamb shank biryani woooooo
Pssstt, haaaaa, hat ni memang sah2 la itu lamb shank briyani yang nombot syatuuuuuuu kan3. Memang layan habis pabila dinikmati bersama ayam tandoori dan kari udang masala tu tau3. Menjilat sehingga kesiku kalau boleh :P
KAUNTER AKSI
Oyster omelete in the hoouuussseee weeeiiii
Pssstt, cravings satisfied sungguh pabila dapat menikmati oyster omelete di Courtyard by Marriot Penang ini tau3
Pizza kaunter dengan chunky chicken satay pizza dan beef pepperoni with mushroom pizza
Pssttt, haaaaaaaa, section ini pun terbaik juga weeeiii. Memang thorbaeeekk laaa. Pizza-nya dibuat panas-panas untuk menjanjikan kerangupan kerak doh, kelembutan roti doh, dan juga ketarikan topping cheese itu senantiasa di paras terbaik. Asal letak habis, asal letak habis, so chef memang tak henti-henti uli dan bakar pizza di malam kejadian he3
Kaunter aksi outdoor dengan aneka bakar-bakar seperti satay ayam & daging, ikan, dan lamb chop, bersama aneka senia sos seperti mushroom sos, black pepper, air asam, mint sauce
Kaunter lok lok
Pssstt, haaaaa, memang betul-betul locak delight punya menu tau3 di Mai Makan Buffet Dinner, Courtyard by Marriot Penang. Lok-lok ini sah2 la wajib dinikmati kalau nak merasai vibes Penangnites itu kan3
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis pastries. kek, puding, jelly, kuih muih tradisi Melayu, cream puff, cream brulee, pengat labu, pengat pisang, chocolate fountain, aneka perisa dodol. aneka jenis jeruk buah, aiskrim serta aneka jenis buah-buahan segar
Pssstt, ceerrrrr la tengok segala kek puding jelly eh tu haaaaa. Punyaaaalah santek sampaikan sayaaanngg nak makan weeeeiiii. Tu terpaling tak boleh dilupakan adalah sago gula melaka ittuuuuu. Memang terangkat habis, dinikmati sejuk2 weeeeiii. Lagi satuuuu aiskrim durian eh. Bukan durian biashe biashe taaaauuuu, musang king woooooooooooooooooo
Minuman panas dn sejuk seperti bandung cincau, soya, asam boi dan teh tarik
Tadaaaaaa, antara menu pilihan hati di malam kejadian
Pssstt, so janganlah tunggu-tunggu lagi, kita sudahpun memasuki minggu kedua Ramadhan kan3. Segeralah membua tempahan anda untuk buffet Mai Makan Buffet Dinner, Courtyard by Marriot Penang. Nikmatilah bersama rakan taulan, sahabat handai serta keluarga, dan saudara mara
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment