Buffet Ramadhan Di Timur Coffee House, Ascott Gurney Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang
Buffet Ramadhan Di Timur Coffee House, Ascott Gurney Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Walaupun di hari Rabu dah sudah ber WW tat sait, tetapi tetaapppp akan sambung dengan entry Best Buffet Ramadhan 2024 di Penang. Jangan rissaaaauuuu. Saya tahu ramaaiii yang menantikan entry ini kan3.
Makanya untuk kali ini saya akan share pula buffet Ramadhan dari Ascott Gurney Penang. Lokasi buffet diadakan semestinya di Timur Coffe House-nya la kan3. Jangalah kita membuang masa lagi, ajiioom layan ceritera bergambar apa yang menarik di Buffet Ramadhan Timur Coffee House, Ascott Gurney Penang.
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selara yang terdiri daripada menu seperti seafood on ice, aneka jenis ulam-ulaman bersama sambal, aneka jenis kerabu, tauhu sumbat dan gado-gado bersama kuah kacang, rojak buah, salad bersama condiments&dressing, aneka jenis buah-buahan segar serta aneka jenis keropok bersama sos
Pssstt, memang layan sungguhlah tauhu sumbat dengan gado-gado itu. Kuah kacang terangkat kekdahnya haaaa. So wajib cuba naaaaa
MENU UTAMA
Untuk barisam menu utama, ianya mengetengakan menu lauk seperti ayam goreng berempah, ikan bakar ala Portugis, daging rendang kampung, sotong goreng paprik, udang masak gulai nyonya, sayur lodeh, tempe sambal ikan bilis, pajeri Bombay, kacang buncis masak kalia, dan tauhu telur masak Ma-Po
Psstt, kesukaan tekak semestinya si kuah lodeh itu. Terasa seperti Hari Raya pabila dimaka bersama dengan rendang tau3
KAUNTER AKSI
Ayam panggang
Murtabak ayam dan daging
Pasta corner
Psstt, pilihan aneka pasta seperti spaghetti, penne dan fusilli bersama pilihan sos blognese dan carbonara. Pilihan di tangan anda dan chef akan masak panas-panas untuk anda nikmati, gitcheewww
Satay ayam dan daging bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang potong
Kaunter sup
Psstt, aneka pilihan sup iaitu gear box, tulang, daging, dan juga perut. Enak dimakan begitu sahaja ataupun dicicah bersama roti
Terdapat juga bubur lambik, lemang, ketupat bersama serunding
Pilihan minuman panas dan sejuk
Psstttt, tudiiiaaaaa, live woooooo teh tarik dan kopi tarik anda tau3. Memang sedaapppsssss weeeiiii, confirm berulang ke sini tau3
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut termasuklah aneks jenis bubur, aneke jenis kuih muih tradiri Melayu, bread butter pudding, aneka jenis kek, cream puff, jelly dan puding, serta jeruk buah
Kaunter aiskrim Nestle
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment