Monday, March 3, 2025

Vouk Gegar Bazaar Ramadhan Buffet Dinner di Vouk Hotel Suites | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang

Vouk Gegar Bazaar Ramadhan Buffet Dinner di Vouk Hotel Suites | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Sebuah lagi lokasi pilihan untuk buffet Ramadhan Best di Pulau Pinang, sah2 la di Vouk Hotel Suites naaaaa. Mengetengahkan konsep dan tema unik yang diberi nama Vouk Gegar Bazaar Ramadhan. Yang mana konsep ini menampilkan konsep bazaar interaktif seolah-olah berada di bazaar Ramadhan yang sebenar.


Disusun dengan teliti oleh pasukan kulinari Vouk Hotel Suites yang diketuai oleh Chef Azlin. Kepelbagaian menu yang ditampilkan dari hidangan autentik ala kampung sehingga ke pencuci mulut klasik Ramadhan. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah untuk gambaran lebih jelas keistimewaan Vouk Gegar Bazaar Ramadhan Buffet Dinner di Vouk Hotel Suites.


Vouk Gegar Bazaar Ramadhan Buffet Dinner di Vouk Hotel Suites, Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang


PEMBUKA SELERA

Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis ulaman bersama sambal, ikan masin, kerabu, rojak buah, ketupat lemang bersama serunding, aneka jenis kurma bersama jeruk buah tempatan, serta aneka jenis kuih muih goreng-goreng tempatan (seperti samosa, karipap, cucur badak, keropok lekor, cucur udang, dan ayam pandan)


MENU UTAMA

Barisan menu utama yang menampilkan menu tradisi asli Melayu yang pastinya menambat selera para pengunjung. Antaranya seperti rendang tok, ayam percik, asam pedas ikan, kangkung goreng belacan, dan kailan ikan masin.


KAUNTER AKSI

Nasi Kambing yang menampilkan dua menu nasi bersama kambing golek


Sup gear box, sup tulang dan sup tulang merah


Stesen grill yang menampilkan menu seperti satay ayam dan daging, otak-otak, ikan bakar, sosej grill, ayam grill, dan lamb grill.


Pasembor


Aneka mee dan koe teow goreng longgok


Shawarma ayam


Laksa Penang


Lok lok


Apom balik


Murtabak


PENCUCI MULUT

Barisan pencuci mulut yang menambat selera sesiapa yang memandang yang menampilkan menu terbaik seperti aneka jenis kek, puding, kuih muih tempatan, bubur, lai chi kang, aiskrim, buah buahan tempatan dan ABC


MINUMAN PANAS DAN SEJUK

Aneka minuman sejuk dengan pelbagai jenis air balang serta minuman panas sepeti teh tarik dan kopi tarik


Vouk Gegar Bazaar Ramadhan 

Lokasi : Vouk Hotel Suites Penang

Tarikh : 2 - 3 MAC 2025 

Masa : 6.30pm - 10.00pm

Harga : RM88nett (dewasa), RM78nett (warga emas), & RM68nett (kanak-kanak)



~~~ The End ~~~

0