Thursday, March 6, 2025

Ramadhan Nostalgia Senandung Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang

Ramadhan Nostalgia Senandung Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang

Ramadhan Nostalgia Senandung Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Eastin Hotel Penang sekali lagi di tahun ini dengan meriahnya menawarkan buffet makan malam sempena Ramadhan yang diberi tema Ramadhan Nostalgia Senandung. Telah bermula pada 3 Mac 2025 dan akan terus berlangsung sehingga 28 Mac 2025. Jika di Pulau Pinang, semestinya ini adalah merupakan top list lokasi untuk berbuka puasa tau3. Ini semestinya dek kerana segala menu yang ditampilkan memang terpaling meriah saban tahun serta menjanjikan menu terbaik dan pastinya akan memikat selera setiap pengunjungnya. Makanya ajiomla bersama-sama saya untuk melihat pengalaman peribadi saya sewaktu malam media previewnya baru-baru ini.


PEMBUKA SELERA


Barisan pembuka selera seperti aneka jenis kerabu, salad bersama condiments dan dressing, aneka ulam-ulaman bersama sambal&acar, aneka jenis jeruk buah tempatan, cheese platter, tauhu sumbat, lemang dan ketupat bersama serunding dan rendang, aneka jenis ikan masin/kering, rojak buah, caesar salad serta bubur lambuk



MENU UTAMA

Barisan menu utama antaranya ialah ketam masak lemak nenas, udang masak diraja, asam pedas tetel, telur ikan ala mamak, rendang telur puyuh, gulai ayam kampung bersama ubi kentang, mussel kam heong, daging dendeng, kari kepala ikan salmon, wok fried broccoli with prawn, chicken lasagna serta spaghetti asam pedas bersama kepah, kambing varuval, lamb shoulder with thai basil chimichurri, sotong sambal tumis, sambal tumis udang petai, tandoori burung puyuh, dan oxtail osso buco, 



KAUNTER AKSI

Kaunter satay ayam & daging, taco lamb, ikan bakar kuah percik, char koay teow, laksa Penang dan mee udang


Kaunter rock salt baked Yamyeong
chicken drumstick, salt dough seabass with thai basil cihimihurri, dan ikan pari bakar bersama air asam


Kaunter ayam & daging penyet


Kaunter sup gear box


Kaunter kambing panggang & kabsah lamb shank bersama lada hitam


Taiwanese tapioca ball with soya milk pudding and grass jelly


Pasembur dan cucur udang


Kaunter apom balik & waffle



PENCUCI MULUT

Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis kek, puding, jelyy, buah-buahan, kuih muih tempatan, kuih raya, aiskrim, dodol, buah kurma, serta bubur


Barisan pilihan minuman panas dan sejuk seperti air balang, kopi, teh, teh tarik dan nescafe tarik


Ramadhan Nostalgia Senandung

Lokasi : Eastin Hotel Penang

Tarikh : 3 - 28 MAC 2025 

Masa : 7.00pm - 10.00pm,

Harga : RM148nett (dewasa), RM128nett (warga emas), & 50% off (kanak-kanak)



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment