Wednesday, March 5, 2025

Warna Rasa Ramadhan Buffet Dinner di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang

Warna Rasa Ramadhan Buffet Dinner di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang

Warna Rasa Ramadhan Buffet Dinner di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua para pembaca. Hari ini ajiom kita sambung lagi lokasi buffet Ramadhan best 2025 di Penang. Sudah bertahun-tahun memang Royale Chulan Penang akan menjadi pilihan hati saya tau3. So untuk tahun ini semestinya tidak terkecuali la kan3. Tetaaapiiiiiiiii, tahun ini jaaauuuuhhhh lebih bombastik dan thorbaeeekk weeeii. Itu mengikut citarasa dan pengalaman peribadi saya semasa malam media preview eh baru-baru ini. Baiklah, tanpa melengahkan masa, ajiom kita layan ceritera bergambar di bawah................


PEMBUKA SELERA

Barisan menu pembuka selera seperti aneka ulam-ulaman bersama sambal, warung rojak buah-buahan Aak Amil, aneka jenis kerabu dan salad cik Izzah


MENU UTAMA

Barisan menu utama seperti Nasi Mandy kambing, nasi putih, gulai kawah daging utara, sambal ketam daun bawang, ayam percik kelantan, sotong goreng kunyit, kambing lada hitam berhalia, ikan tenggiri masak lemak tumis, kupang stim ala Thai, udang kari kapitan dan sayur campur cendawan tiram



SAJIAN PONDOK

Pondok warung goreng Teluk Bahang dengan barisan menu goreng panas-panas seperti bawal perak goreng rangup, ayam goreng berempah dan sotong celup tepung bersama sos pencicahnya prik nam pla sos dan sos cili Thai


Pondok bakar-bakar dengan menu seperti ikan pari, ikan kembung, talapia, kupang, udang, sotong, siput gong-gong, dan kekapis bersama sambal pendas mani dan air asam sebagai pencicahnya


Pondok kambing golek "gelek-gelek" dengan menu terhangat saban tahun iaitu kambimg panggan peraparn Timur Tengah bersama sos lada hitam dan pudina


Pondok satay Mat Samim dengan satay ayam dan daging bersama nasi impit, kuah kacang, timun, dan bawang potongnya


Pondok laksa dan mee udang Pak Ann


Pondok roti canai Abang Long Firdaus, heritage burger dan roti john


Pondok nasi ayam Chef Yong dengan pilihan ayam goreng dan juga ayam kukus


Pondok istimewa Pulau Pinang dengan barisan menu mee goreng mamak, koay teow basah, bee hoon tom yam dan maggi goreng utara


Pondok semangat Raya dengan barisan menu wajib di pagi raya iaitu rendang ayam, serunding, ketupat palas dan lemang


Pondok kedia runcit Pak Rohim yang menggamit kenangan dengan jajan legend seperti tam-tam, super ring, mamee monster, appollo, twisties, popo maruku, biskut atap, biskut ikan, biskut rokok, biskut mary, biskut surat cinta dan choco bear


Gulai kawah nalaaaaaaaa besor ni memang menggamit para pengunjung


Sup 4 bintang Chef Hafeez dengan sup tulang rawan (urat keting, paru, perut, daging tetel), sup ayam berempah, sup Szechuan dan sup ayam berkrim bersama roti benggali



PENCUCI MULUT

Barisan menu pencuci mulut yang memang meriah seperti di Hari Raya dengan barisan menu seperti aneka goreng-goreng bersama sambal kicap dan sos (pisang, keladi, keledek, cucoq kodong, cucoq ikan bilis, dan karipap), aneka kuih muih tradisi, aneka jenis bubur, menara coklat KOMTAR, dessert mat Salleh (creme caramel, orange butter cake, chocolate cake, swiss rolls), ais kacang Royale, cendol, serta aiskrim


Barisam minuman panas dah sejuk dengan air balang 7 benua, teh tarik, nescafe tarik, kopi dan juga teh


Warna Rasa Buffet Ramadhan 

Lokasi : Royale Chulan Penang

Tarikh : 2 - 30 MAC 2025 

Harga : RM128++ (dewasa), RM88++ (warga emas), & RM68++ (kanak-kanak)



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment