Santapan D'Jazz | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang
Santapan D'Jazz | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Kita telahpun memasuki hari yang ke dua hari ini kan3. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan kita dapat menyempurkan amalan berpuasa dengan sebaiknya, amiiinnn.
Baiklah, seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelum ini, tidak sah jika aryshafayyadh blogspot tidak berkongsi dengan pembaca kesayangan, lokasi-lokasi menarik untuk berbuka puasa kan3. Walaupun tahun ini agak terlewat sedikit saya memulakan perkosngian, tetapiiiii, jangan risaaaauuuu, barisan lokasi yang akan saya mula kongsikan semestinya akan menarik perhatian anda, InsyaAllah.
Baiklah, untuk entry hari ini saya mulakan perkongsian dengan Jazz Hotel Penang, yang mana bersempena dengan Ramadhan 2025, pihak hotel menampilkan tema buffet Ramadhannya yang diberi nama Santapan D'Jazz. Haaaa, ajiom kita layan ceritera bergambar tawaran menu yang menarik dan menambat selera semua...........
Hiasan dalam di Feast at Jazz (cafe)
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera semestinya dengan menu seperti seafood on ice, salad bersama condiments&dressing, ulam-ulaman bersama aneka sambal, aneka kerabu, acar, nasi impit, ketupat pulut, kuah kacang, serunding, serta aneka jenis keropok
MENU UTAMA
Barisan menu utama seperti sup ekor bersama roti benggali, nasi putih, nasi kabsah, roasted chicken meditrranean stye, kari kambing bersama ubi, daging masak berempah, udang goreng pedas, sautee squid egg viral, dan kari dhall sayuran
KAUNTER AKSI
Oden station
Notty John station
Carving station
Shawarma station
Grill & live cooking station (menu panas2, CKT)
Psstt, pilihan menu grill yang pelbagai seperti otak-otak, udang, sotong, sosej, slipper lobster. Menu masakan panas seperti ikan pari&telur ikan, masak lemak cili api, asam pedas, dan juga semestinya char koay teow. Yang menariknya pilihan jenis CKT disini tau3, yang mana pengunjung boleh memilih CKT kambing, CKT kerang, CKT sotong, ataupun campuran kesemuaaaaa ini tau3
Aksi live Kunafa cheese merupakan menu istimewa di Santapan D'Jazz
PENCUCI MULUT
Aneka pilihan minuman panas dan sejuk seperti teh tarik, teh tarik badam, coffee & tea, laici asam boi, bandung, jagung, manggi, oren, dan detox water
Santapan D'Jazz
Lokasi : Feast at Jazz, Jazz Hotel Penang
Tarikh : Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (bermula 7.3.2025 sehingga 30.3.2025
Masa : 7.00pm - 10.00pm
Promosi early bird : RM89nett (limited voucher)
Harga : RM119nett (dewasa), RM99nett (warga emas), & RM59nett (kanak-kanak)
Selain dari menawarkan buffet makan malam istimewa sempena Ramadhan, Jazz Hotel Penang turut telah merencanakan beberapa program lain di sepanjang bulan mulia ini tau3. Antaranya ialah Bazzar D'Jazz: Drive-Thru Takeaway yang mana akan mengembalikan menu istimewa Biryani Lamb Shank-nya, program agihan bubur lambuk, serta tawaran harga menarik bagi bilik penginapan. So jangan tunggu lagi, segeralah menikmati segala barisan tawaran ini bersama yang tersayang.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment