Senja @ Lili di The Millen Penang, Autograph Collection | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang
Senja @ Lili di The Millen Penang, Autograph Collection | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sebuah lagi hotel berprestige di Pulau Pinang, iaitu The Millen Penang, Autograph Collection. Pertama kali menjejakkan kaki ke ruangan lobi hotel sudah cukup membuatkan mata saya tidak berkedip tau3. Sememangnya reka bentuk serta dekorasi yang ditampilkan memang di dalam kelas tersendiri.
Bertambah teruja pabila diberi peluang untuk room tour tau3. Terus gugur jantung melihat keindahan setiap satu bilik yang ada tu tau3. Nanti di akhir entry ini saya share untuk tatapan anda naaaaaa.
Sebagai permulaan entry, meh sini saya share dahulu tawaran dari Senja @ Lili di The Millen Penang, Autograph Collection bersepena dengan Ramadhan ni. Ajiom layan ceritera bergambar di bawah.
Reka bentuk serta dekoarai ruangan Senja @ Lili di The Millen Penang, Autograph Collection
Menu yang dihidankan terus ke meja anda
Pssttt, antara menu yang ada adalah seperti nasi putih, nasi briyani, asam pedas ekor lembu, gulai itik salai lemak cili api ala negeri Sembilan, kari ikan signature Lili, ayam panggang pedas pucuk paku, terung bakar sambal madu, bawang putih, dan gulai pucuk paku
Interactive dining sections
Pssttt, barisan menu di sections ini adalah seperti pembuka selera, kaunter aksi, serta pencuci mulut. Antara menu yang ditampilkan adalah seperti aneka jenis kerabu, kudapan, jeruk buah Penang, ulaman bersama sambal, pasembur inspirasi Padang Brown, asam laksa Balik Pulau, bubur lambuk, make your own nasi ulam, carving section (kambing golek), Balik Pulau Durian creme brulee, puding gula Melaka, aneka kuih muih tradisioal, bubur kacang hijau, sago mempelam, kurma, buah-buahan, ais kepal, aiskrim tingkap, aneka jenis kudapan, teh&kopi tarik serta aneka jenis air balang
Senja @ Lili
Lokasi : The Millen Penang, Autograph Collection
Tarikh : 3 - 30 MAC 2025
Harga Weekdays : RM188nett (dewasa), RM148nett (warga emas), RM98nett (kanak-kanak)
20% diskaun untuk kumpulan (5orang dan keatas)
Seterusnya, ajiiooommm layan sneak preview bilik, interior serta facilities (kolam renang, gym, bilik mesyuarat, dan grand ballroom) yang ada di The Millen Penang, Autograph Collection
v
v
v
v
v
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment