Iftar Istimewa Ramadhan Buffet Dinner di Bayview Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang
Iftar Istimewa Ramadhan Buffet Dinner di Bayview Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pejam celik pejam celik kita sudah memasuki minggu terakhir Ramadhan. Sungguh pantas masa berlalu kan3. Tetaappiiiiiiii, jangan risaaaauuuu. Masih sempat lagi jika anda ingin menikmati juadah istimewa sempena berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai tersayang. Enrty kali ini saya akan share tawaran Iftar Istimewa Ramadhan Buffet Dinner dari Bayview Hotel Penang. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.
Barisan pembuka selera antaranya adalah seperti aneka jenis salad & dressing, aneka jenis kerabu, aneka jenis keropok goreng, cucur lekor, aneka jenis sushi, pasembor dan kuah kacang, ketupat dan lemang bersama serunding, aneka jenis ulam bersama sambal, sup cendawan bersama roti bawang putih, sup ekor, pisang goreng, popia goreng dan lobak goreng
MENU UTAMA
Barisan menu utama seperti Penang nasi briyani kukus dengan telur, daging harimau menangis, ayam goreng istimewa, udang goreng dengan daun kari, lontong sayuran, Chef Faizal kari kepala ikan Salmon, kapitan ayam, telur dadar, sayur campur masak cendawan dan nasi putih
KAUNTER AKSI
Kaunter kerabu Thai betik muda pedas dan masam
Kaunter BBQ (kambing bakar berempah, sosej ayam dan satay ayam) bersama sos bbq, ladan hitam dan pudina
Barisan pencuci mulut termasuklah menu seperti buah-buahan tempatan, aneka jenis kek, puding dan jeli, kuih sri muka, kuih lapis, sago gula melaka, cream caramel, dan bubur kacang hijau
ABC dan juga aiskrim
Seleksi minuman panas dan sejuk
Iftar Istimewa Ramadhan Buffet Dinner
Lokasi : Bayview Hotel Penang
Tarikh : 13-16 MAC 2025, 20-23 MAC 2025 DAN 27-19 MAC 2025
Masa : 7.00pm - 10.30pm,
Harga : RM118nett (dewasa), RM98nett (warga emas), RM78nett (kanak-kanak)
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment