Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang
Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semua. Alhamdulillah kita telah memasuki minggu kedua Ramadhan 2021, dan hari ini merupakan Ramadhan ke 7. Untuk makluman semua, hari ini juga merupakan hari pertama bermulanya Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang tau3.
Saya telah berpeluang untuk merasai terlebih dahulu suasana di malam Media Preview Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang pada hari pertama Ramadhan yang lepas. Pada malam tersebut, majlis bertambah meriah apabila pihak pengurusan Ixora Hotel turut menjemput anak-anak yatim untuk turut merasai kegembiraan berbuka puasa. Syukur Alhamdulillah.
Baiklah, tanpa melengahkan masa, ajoomm saya kongsikan bersama anda semua serba sedikit perkongsian menu dan masakan yang terhidang di malam kejadian.
Seperti biasa, belanja dulu gambar cap Ibu dan Boboboy di di malam Media Preview Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang
Pengalaman Kulinari Pelbagai Yang Pasti Menggembirakan | Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang
Pengalaman Kulinari Pelbagai Yang Pasti Menggembirakan | Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang | Pihak Ixora Hotel Penang menawarkan pelbagai menu masakan yang semestinya akan menggembirakan hati para pengunjung bersempena dengan Aneka Citarasa Buffet Ramadhannya. Team kulinari diketuai oleh Chef Mok Tai Heng, yang mempunyai pengalaman lebih dari 48 tahun. Untuk melihat lebih lagi apakah yang menu-menu menarik, ajooommm layan ceritera bergambar dibawah.
Barisan buffet indoor dan juga outdoor di Ixora Hotel Penang bersempena Aneka Citarasa Buffet Ramadhan
PEMBUKA SELERA
Terdapat buah kurma, aneka biskut raya, aneka jenis kerabu, seafood deli, sambal ikan bilis dengan kacang goreng, salad&condiments, aneka jenis jeruk, keropok ikan dan papadom, serta aneka ulam-ulaman bersama sambal
MENU UTAMA
Nasi Putih
Sambal Nyonya Udang
Ikan Masak Assam Pedas
Daging Masak Kicap
Daging Masak Kari
Ayam Masak Madu
Sambal Kacang Buncis Dengan Tau Kua
Braised Taiwanese Cabbage With Bean Knots
Psssttt, semestinya kesukaan Ayah eh & Boboboy seketul ialah nasi hujan panas bersama dengan ayam masak madu itu. Lagi satu kesukaan Boboboy ialah ikan masak assam pedas. Dua kali tambah, sedap Boboboy seketul meratah ikan itu tau3. Ibu pula mememang tak makan nasi, hanya ratah2 lauk shja. Ibu sangat menyukai menu sambal kacang buncis dengan tau kua dan sambal nyonya udang
Bubur Lambuk Makanan Laut
Soto Kambing Mamak
Psssttt, kedua-dua menu ini merupakan kesukaan Ibu dan Ayah. Memang layan sungguh soto kambing mamak iu tau. Ini kerana lelemak yang terapung-apung tu weeeii. Dengan sukacitanya saya mencedok lelemak itu, dan slurp3 dimakan panas2 bersama kuah soto, memang layaaaaaannnnn
KAUNTER AKSI
Shawarma Ayam
Kambing Golek bersama Sos BBQ dan Sos Pudina
Psssstt, satu lagi menu HIT dimalam kejadian. Serasi dimakan bersama sos BBQ dan pudina. Gabungan yang meletops, sehingga 3 pinggan kami suami isteri menikmatinya he3
Penang Assam Laksa
Psssttt, yang ini puuuuuun sedapssss. Memang sedap sungguh. Sejujurnya saya bukan peminat asam laksa. Kerana saya lebih meminati laksa utara atau laksa Kedah. Tetapi Penang Assam Laksa ini berjaya menambat hati saya. Kuahnya yang sedang2 sahaja rasa masamnya, memang kena dengan tekak saya. Begitu juga dengan suami. Saya siap meratah kuah sahaja semangkuk taaaauuu, he3
Pasembur
Thai Tomyam Ikan Nyok-nyok
ABC
PENCUCI MULUT
Aneka jenis kuih muih, bubur kacang hitam, kek, puding, tart, creme puff dan juga jelly
Aneka jenis minuman sejuk (sirap bandung, soya, kurma, laici dan oren) dan panas (kopi dan teh tarik)
Psssttt, sejujurnya kaunter kopi tarik dan teh tarik ini dekat 4 kali saya ulang tau3. Memang umph sungguh kedua-dua menu air panas ini tau3
Aiskrim Malaysia pelbagai perisa
Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixoral Hotel
Penang
19 April - 10 May 2021
7.00pm - 10.00pm
RM88nett (Adult), RM58nett (Child)
Lokasi
Ixora Hotel Penang
Contact
04-382 8888
Laman sesawang
Facebook
Instagram
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment