Friday, April 2, 2021

Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang

Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang

Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca blog KiSaH kAsEh. Masih lagi dengan tema Ramadhan Buffet Dinner. Dikali ini saya akan membawakan pula tawaran yang disediakan oleh The Vouk Hotel By The Blanket.


Untuk makluman semua, The Vouk Hotel sekarang ini di bawah pengurusan baru iaitu The Blanket, dan ianya merupakan pengurusan yang sama dengan Bahang Bay Hotel. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, pihak pengurusan telah mengadakan satu majlis doa selamat dan malam Media Review Buffet Ramadhan di The Vouk Hotel, Alhamdulillah. Semoga dengan ini, semuanya akan diberkati dan membuka pintu rezeki yang lebih luas, amiiiinnnnnn.


Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, ajoooommm bersama-sama saya melayari ceritera pada malam kejadian. Semoga serba sedikit perkongsian saya ini akan memberi manfaat kepada para pembaca (cheewaaaaahh, macam memberi ucapan penutupan majlis pula :P).


Cap Ibu dan anak seketul di Malam Media Review Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket

Kombinasi Yang Baharu Dan Juga Yang Lama | Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket 

Kombinasi Yang Baharu Dan Juga Yang Lama | Ramadhan Buffet Dinner Di The Vouk Hotel By The Blanket | Serasi dengan pengurusan yang baharu, Ramadhan Buffet Dinner di The Vouk Hotel By The Blanket ini, semestinya menampilkan citarasa baharu yang lebih fresh. Tetapiiiiiii, ianya masih juga tetap mengekalkan citarasa signaturenya yang lama. Kombinasi ini menjadikan menu yang ditawarkan sempena Buffet Ramadhan Dinner semestinya akan lebih menggamit selera pengunjung. Dengan ini, seterusnya saya akan berkongsi dengan anda semua tawaran-tawaran menarik dari The Vouk By The Blanket, sempena Ramadhan Buffet Dinner pada tahun 2021 ini.

PEMBUKA SELERA

Dimulakan dengan seleksi pembuka selera iaitu aneka buah-buahan segar, kurma serta pulut dan lemang bersama serunding

Pssstttt, kurma dah sah-sah la wajib dikala berbuka puasa kan3. Memang layan, tambahan kalau kurma yang segar macam ni tau3. Yang pulut dan lemang tu hoooooooiiiii, mengancam sungguh. Cukup lemak, cukup liun isinya wei. Dah macam dihari raya ja rasa pabila menikmatinya. Boboboy seketul cukup suka, tapi anak seketul tu menikmatinya begitu sahaja, Ibu pula layan dengan gulai kawah, perrrghhhhh TERBAIK. WAJIB anda cuba tau.

Aneka kerabu, ulam-ulaman serta samba pencicah



MENU UTAMA

Nasi Briyani dan nasi putih

Ayam Masak Bawang

Rendang Daging

Psssttt, haaaaaa hat ni pun WAJIB anda nikmati tau3. Serius memang sedap sungguh rendang daging ni tau3. Saya rasa kelebihannya kerana kesegaran santan dan kerisik yang digunakan. Ini kerana memang seolah-olah air tangan tok-tok kita tau rendang ni. Original dan traditional. 

Ikan Asam Pedas

Udang Masak Telur Asin (atau nama glemer eh Salted Egg Prawn, haaaa githceeewwww)

Telur Dadar

Lodeh Jawa

Braised Broccoli and Mushroom



GERAI AKSI

Gerai Sup Gear Box D'Vouk

Psssttt, ini merupakan SIGNATURE DISH The Vouk Hotel taaaauuuu. Tak namanya ke Buffet Ramadhan Dinner di The Vouk Hotel la kalau tak pernah menikmati Sup Gear Box eh ni taaaauuu. Aduuiiilaaa, ni saya sambil dok buat enrty sambil dok teringat. Bagi tekak saya secara personal, saya sangat menyukai rasa supnya. Tidak terlampau berempah, sedang-sedang elok sahaja. Seimbang rasa sup bersama isi daging, ekor serta gear box itu tau3. So semestinya WAJIB anda cuba.

Gerai Laksa 'Mak Tok' bersama gerai Ais Kacang

Psstttt, sedap weeeiii laksa niiiii. Saya suka, saya suka, saya suka. WAJIB cuba juga naaaaaaaa.

Gerai Kambing Bakar

Gerai Marinated Chicken with Spice

Pssttt, Boboboy seketul menyukai menu ini. Dalam kesekejapan sahaja habis satu set menu ni tau3. Tak sempat Ibu nak gigit secoet buat habuan rasa-rasa, he3

Gerai Murtabak Ayam & Daging

Kaunter Tepanyanki dan juga Satay (ayam, daging, & ikan)

Psssstttt, tepanyaki juga WAJIB cuba. Sedap, sedap, sedap. Kami 2 beranak siap tambah hoooiiiii, he3

Gulai Kawah Daging Cik Tipah

Kaunter Bubur Lambuk Tok Abah bersama kaunter Char Koay Teow



PENCUCI MULUT

Aneka jenis kek, puding, jelly serta kuih muih tempatan

Gado-gado

Chocolate Fountain

Aiskrim

Bubur pulut hitam

Pau dan dim sum

Ninjiaaaaaa, segala pinggan mangkuk, gelas cawan kami dua beranak di malam kejadian

Ramadhan Buffet Dinner di The Vouk Hotel By The Blanket

Harga
RM75 nett(dewasa), RM45.00 nett(kanak-kanak)

Promosi 'Early Bird' (sehingga 14 April)
RM65nett, RM35.00 nett(kanak-kanak)

*kanak-kanak dibawah umur 6th PERCUMA

Untuk tempahan:
WhatsApp 60 17-409 8713
emel resv.vouk@gmail.com

Laman sesawang

Facebook

Instagram



~~~ The End ~~~

2 comments: