Selera Ramadhan Di Hotel Royal Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang
Selera Ramadhan Di Hotel Royal Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum, Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat petang semua pembaca setia blog kesayangan. Alhamdulillah, hari ini kita telah memasuki hari kedua Ramadhan. Masih awal, tetapi sekarang ni pejam celik, pejam celik ja, tup2 dah sampai ke Ramadhan hari yang ke 30 dah kan3.
Berkesinambungan dari entry-entry sebelum ini, kali ini saya akan kongsi pula Buffet Ramadhan di Hotel Royal Penang dengan temanya Selera Ramadhan. Sesssuuuaaaaii sangat dengan tema eh, memang berselera sungguh kami tiga beranak di Malam Media Preview Buffet Selera Ramadhan di Hotel Royal Penang. Manakan tidak, sudah 2 tahun saya menantikan untuk REPEAT buffet Ramadhan di Hotel Royal Penang ni tau3. Walaupun pihak hotel ada menyediakan perkhidmatan delivery, dan pick up untuk menu masakan hotelnya, tapiiiiiii, VIBESnya tidak sama taaauuu. Makan di restoran hotel baru feel taaaaaauuuu. Mau tak menggeletis kami sekeluarga bila dapat tahu tahun ini berpeluang kembali ke Hotel Royal Penang, he3. Seghonooookkkkk tak tau nak habaq gitchew :P.
Baiklah ajooommm saya belanja anda semua menu-menu yang telah menghantui saya selama 2 tahun lepas (sebabnya last saya dapat menikmat buffet Ramadhan di Hotel Royal Penang pada tahun 2019)
Malam Media Preview Selera Ramadhan Di Hotel Royal Penang
Lebih Dari 100 Hidangan Masakan Melayu Asli | Selera Ramadhan Di Hotel Royal Penang
Lebih Dari 100 Hidangan Masakan Melayu Asli | Selera Ramadhan Di Hotel Royal Penang | Sememangnya sedari dulu lagi signature menu masakan di Hotel Royal Penang ini adalah menu Melayu Asli. Terdapatlah juga sedikit sentuhan fusion, dan juga elemen masakan cina, india dan mediteranean. Untuk buffet berbuka puasa Selera Ramadhan pada tahun ini, pihak Grove Brasserie Restaurant, Hotel Royal Penang menyajikan lebih daripada 100 hidangan masakan Melayu Asli taaaaauuuuu. Nak tahu lebih terperinci jooommm layan ceritera bergambar di bawah.
Eeehhhhhhhhhh, tunggu sekejaaaaappp. Ni saya bukan nak suruh anda para pembaca yang bawak bertabah sebelum scroll melihat segala jenis menu masakan dibawah ini tau3, saya sendiri yang perlukan ruang untuk bawak bertendang #eh3, bertenang sebenornya, sebelum saya menyambung dengan entry review ini. Peerrrggghhh, tu laaaaaa, semua orang ingat yang seronok2 sahaja kalau jadi food blogger, dok review makan sana sini, tang bab kesusahan, kehazaban yang kami tanggung kena lihat sama ya :P. Inilah hazab yang kami terpaksa tanggung, ketika mengedit dan membuat entry food review dikala berpuasa. Peeerrrgghhh, entry kali ini sememangnya mencabar keimanan diri weeeeeeeiii. Seolah2 terbau2 jaaaa masakan itu semua, he3.
Tediaaaaaaaaaa, barisan buffet di dalam dan di luar Grove Brasserie Restaurant, Hotel Royal Penang
Psssstttt, punya banyak la menu yang hendak dijamu, sehingga tak cukup ruang dalam, ruang luar hotel terus digunakan he3 :P
PEMBUKA SELERA
Terdiri daripada aneka jenis kerabu, ulam-ulaman serta sambal, begedil, rojak buah, pesembor, telur kuah kacang, ikan masin/kering, telur masin, papadom dan keropok ikan, jeruk buah-buahan, ketupat palas dan serunding
Pssssttt, apa nak dikata lagi wweeeeiii, air tangan Chef-chef Hotel Royal Penang yang diketuai oleh Chef Rozairy Roslan memang tidak dapat disangkal langsung. Setiap satu kerabu itu, setiap satu jenis sambal itu sememangnya klasik rasanya. Macam masakan tok2 dan mak2 gitchew
MENU UTAMA
Ekor Lembu Masak Merah
Psssttt, menu ini merupakan antara yang WAJIB saya cuba setiap kali berkunjung ke sini tau3. Tidak pernah lagi saya jumpa di tempat yang lain
Gulai Perut Lembu
Daging Masak Kerutup
Ikan Senangin Masak Lemak Belimbing Buluh
Psssttt, kalau nama eh masak lomak cili api air tangan Chef Rozairy Roslan, sedaaaaaapppppp. Tak pernah tak sedap, kecuali sedaaaappp memanjang he3
Udang Sambal Petai
Sayur Campur
KAUNTER AKSI
Kaunter Nasi Briyani & Dhalca Kambing
Psssstttt, ninjiaaaaaaaa. Ninjiaaaaa nak habaq mai ni weeeeiiiii (eh tiber cakap Penang :P). Inilah menu bintang langit ketujuh yang saya sekeluarga nantikan bertahun2, saban tahun. Akhirnyaaaaaaaaa, setelah 2 tahun, dapat semula feel menikmati menu ini di Grove Brasserie Restaurant, Hotel Royal Penang, sempena buffet Ramadhan 2021. Alhamdulillah, cravings satisfied. WAJIB, WAJIB dan WAJIB anda nikmati disini, Makanya WAJIBlah anda datang ke Grove Brasserie Restaurant, Hotel Royal Penang, sempena buffet Selera Ramadhan 2021
Psssttt, sedap jugaaaaaaaaa tau3. Memang kick betul rasa kuahnya. Saya sanggup request semangkuk lagi kuah sahaja untuk ku hirup seperti sup, he3, sekian :P
Kaunter Sup dan Bubur Lambok
Psssstt, suami seketul saya meminati rasa sup serta bubur lambuk ini
Kaunter Shawarma (Kebab Ayam)
Kaunter CKT
Psssstttt, pun samaaaaa, sedaaaapppp. Bau hangit2 tu yang kick tu haaaaa tau. So WAJIB cuba sendiri
Kaunter Kambing Golek, Satay dan Ikan Bakar
Pssstttt, Adududuuuuuuuuuu, menjejes air liur seorang food blogger Penang dah haaaaa. Kambing itu, ikan bakar itu, tidaaaaaaaaakkkk. Ni dah sampai tahap nak lari terus ke Hotel Royal Penang weeeeeii. Nasib baik minggu depan akan REPEAT. So, buat masa sekarang cuma urut dada suruh bawa bertendang #eh3 bertenang. Semoga terus diberi ketabahan untuk terus berkongsi rasa dan pengalaman bersama para pembaca. Dan seterusnya membuatkan para pembaca pun kerasukan seperti saya diketika ini he3 :P. Sejujurnya, perapan kambing itu yang sedang-sedang sahaja, tetapiiiiiii itulah kelebihannya. Hilang bau mahupun rasa hamis kambing, yang ada cuma isi yang berjus, lembut dan haruman keenakan kambing itu. Wangi taaauuuu bau haruman kambing tu, haaaaaa. Tambah bila dicicah bersama sos lada hitam dan mint, memang thoorrrbaaaaiikk
PENCUCI MULUT
Aneka jenis kuih muih traditional, kek, puding, jelly, pavlova, tapai, pengat pisang, serta buah-buahan segar
Psssttt, sekali, sekali lagiiiiiii weeeiii, setiap satu dari kuih muih traditional yang disajikan di dalam barisan menu pencuci mulut ini sememangnya sedap. Sungguh original dan klasik rasa setiap satunya tau3
Aiskrim
Antara pilihan hati kami 3 beranak di malam kejadian
Psssttt, ni antara ja naaaaaa, bukan semua :P
Selera Ramadhan di Royal Hotel
Penang
16 Paril - 11 May 2021
7.00pm - 9.30pm
RM78nett (Adult), RM38nett (Child), RM65nett (Senior Citizen)
Lokasi
Royal Hotel Penang
Contact
04-2267888
Laman sesawang
Facebook
Instagram
Antara promosi lain sempena Ramadhan 2021 dari Hotel Royal Penang
~~~ Then End ~~~
No comments:
Post a Comment