Dandy Modern Food | Makan BEST di Penang
Dandy Modern Food | Makan BEST di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebenarnya kalau nak diikutkan, terdapat banyaaaaaakkk pending list review makan best di Penang yang saya nak kongsikan dengan para pembaca semua. Tapiiiiinyaaaaaaa, dah nama pun blogger separuh masa, macam-macam kekangan yang membuatkan ianya terus tergendala. Ada yang diluar kawalan atau tidak disengajakan dan ada yang disengajakan, he3.
Satu contoh yang abadi sedari dulu adalah kemalasan diri sendiri ini haaaaaaaa :P. Iyerlaaaa, untuk membuat entry, perlu dimulakan dengan memilih, menyusun dan mengedit segala gambar yang ada, barulah boleh disusuli dengan membebel secara pentaipan #eh3 ada ka perkataann ini :P? penulisan. Ini seeeeeemuaaaa perlukan mood. Kalau dah mood itu kelautan dalam, memang malas la jadinyaaaa kan3 he3. Hanya digagahkan juga diri untuk menghabiskan entry review, yang sememangnya merupakan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Dah terima task review, kenalah tunaikan tanggungjawab kan3. Profesionalism kena dijaga walaupun malas macam mana pun. Bila tiba entry personal, mulaaaaa la asyik bertangguh :P.
Baiklah, sementara mood dok mariiiiiii, meh sini saya nak kongsi pengalaman kami 3 beranak menikmati hidangan makan tengah hari di Dandy Modern Food. Sebenarnya dah lamaaaaa saya teringin untuk mencuba masakan di restoran ini, tetaaapiiiiiii asyik bertangguh kerana memang dok nampak dan rasa seperti restoran ini untuk orang ado-ado :P. Kami ni yang rakyat marhaen takuit la sikit keeennn, he3. Bila agak2 poket sedikit tebal dan ada keyakinan, barulah terjah Dandy anak beranak haaa, gitchew. Ajooommm, layan ceritera bergambar saya, pengalaman menikmati menu masakan di Dandy Modern Food.
Dandy Moderm Food, Arena Curve, Bayan Lepas
Psssstt, Dandy di Penang ni ada dua outlet. Satu di dalam Queensbay Mall, dan satu lagi di Arena Curve. Untuk terjahan kali ini, kami anak beranak memilih outlet di Arena Curve sebab lebih mudah untuk parking kereta dan terus ke restoran. Lagipun saya lihat disini restorannya lebih besar dan lebih cantik rekabentuk dan hiasan dalamannya he3. Sebenarnya pada permulaan saya agak keliru restoran Dandy ini konsep menunya adalah apa. Western ka, local ka, apa ka. Cumanya memang pertama kali tertarik untuk mencuba adalah kerana terlihat barisan kek dan pencuci mulut di dalam restorannya (di QB mall). Setiap kali ingin mencuba, penuh. Then, Ayah eh bagitau ada outlet dekat Arena Curve, so lajuuuuu la ajak kan3, he3. Haaaaaaa, berbalik kepada konsep menu asal di Dandy, setelah menelaah FB page dan Websitenya (haaaaaa, buat background chek :P), barulah tahu konsepnya adalah berasaskan modern Mediterranean cuisines.
Tadaaaaaaaa, our choosen menu for that day
Psssstt, makanan tu memula kami order 2 sahaja, lepastu barulah Ayah eh kata nak tambah satu lagi, sebab tu la gambar mula2 tu ada 2 plates of foods sahaja. Yang order tambahan lambat sikit sampai
Our beverages : Double Choco Frappe, Lychee Iced Tea, and Purple Kissed Iced Tea
Psssttt, tiga-tiga air sedapsssssss. Range harga air standard la untuk restoran ala-ala orang ado-ado ni kan, dalam RM9-RM16 secawan/segelas
The Mighty Chicken Burger, RM25
Pssssttt, ini menu pilihan Boboboy seketul. 2 ketul chicken patty, chicken ham, dengan cheddar cheese dan sayur-sayuran. Side dia bagi fries dan tomato salsa. Sedap di tekak anak seketul itu. Nasib baik Ayah eh sempat rasa semulut, sebelum licin dihabiskan anak seketul itu he3
Dandy Beef Shawarma Rice, RM21
Psssttt, ini menu pilihan Ibu. Menu ini didatangkan dengan long grain rice, beef shawarma, garlic sauce, muhammara sauce, tabbouleh salad, dan sup sayur. Nasi tu memang sedap, cumanya bagi kami suami isteri, hirisan daging itu agak kering dan tidak berjus. Rasa enak daging fresh itu ada, cumanya memang dry. Tidak pasti sama ada overcooked ka apa ka. Sos tu pula saya meminati garlic sauce yang berwarna putih itu
Dandy Kebab, RM25
Psssttt, ini menu pilihan Ayah eh. Menu ini kita boleh memilih 2 side dish dan juga 1 sauce. Kami memilih long grain rice, roasted potato, dan black pepper sauce. Seriously wei, memang sedaaaaaapppp gila shish kebab itu taaaaauuuuuu. Kalau nak dibandingkan dengan beef shawarma, macam langit dengan bumi haaaaaa. Penuh berjus isi shish kebab itu tau3. Sehingga kini saya boleh rasa wangian dan jus memenuhi rongga mulut setiap kali menikmatinya. Ini merupakan menu WAJIB ORDER kalau ke Dandy
Baiklah, dipengakhiran lawatan sambil belajar #eh3 lawatan kami 3 beranak di Dandy Modern Food, Arena Curve ini, bolehlah dikatakan berpuas hati. Pertama sekali sememangnya selesa dan layanan mesra pelanggan. InsyaAllah akan repeat, cumanya tidaklah boleh kerap-kerap sangat kerana bagi saya secara personal harga makanan dan minuman agak pricey. So seperti yang telah saya perkatakan di awal tadi, bagi rakyat marhaen seperti kami, sekali sekala boleh la kan3. Cumanya yang pasti next visit akan repeat shish kebab itu, dan try others menu pula, InsyaAllah.
~~~ The End ~~~
Xpernah makan lagi sini..duk lalu sedia... Dia more to arabic cuisines kan sini...
ReplyDeletehaah maciam modern arabic gitchew
Delete