Thursday, April 22, 2021

Hotel Sentral Seaview, Penang | Weekends Short Vacation

Hotel Sentral Seaview, Penang | Weekends Short Vacation

Hotel Sentral Seaview, Penang | Weekends Short Vacation | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Rasanya sudah agak lama tidak berkongsi al-kisah percutian keluarga di dalam blog kesayangan ini kan3. Iyerlah, dengan keadaan semasa yang sentiasa tidak menentu dek wabak Covid-19 ini, segala percutian pun tergendala. 


Ketika cuti sekolah baru-baru ini (di bulan Mac 2021 yang lepas), pada permulaannya Ibu Ayah memang tak plan untuk bercuti kemana-mana. Iyerlah, Penang masih lagi dalam fasa PKPB. Rentas negeri sah-sah la tidak boleh. Dalam negeri sendiri pun asyik tertunda percutian kerana sememangnya hotel di Penang sentiasa penuh, terutama pada hujung minggu. Tambahan lagi pada waktu cuti persekolahan. Ayah eh berkerja di Batu Feringhi, so dia memang maklumkan memang jalan jam dan dapat dilihat dengan jelas banyak kereta parking di tepi-tepi jalan, yang menandakan hotel penuh dengan penghuni. Makanya Ibu Ayah sepakat untuk tidak kemana-mana sewaktu cuti seminggu persekolahan. 


Itu perancangan pada peringkat awal naaaaaaaa. Pabila menghampiri penghujung cuti sekolah, tiba2 Ibu terdetik, eh, kesian pula anak seketul tu tak kemana. Rumah saudara mara pun tak ada nak ziarah ka apa ka. Makanya terus riki Ayah eh, dan dalam kesekejapan sahaja Ayah eh kata cari mana-mana hotel mampu milik untuk weekends short vacation anak beranak. So, setangkas kilat, di petang Jumaat itu Ibu cari dan terus booked Hotel Sentral Seaview. Makanyaaaaaaa, balik rumah terus pack baju dan Sabtu check in. Ajooommm layan gambar berceritera dibawah.


Sakaaaaaaaannn bercanda ditepian pantai dua ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu ni tau3

Psssttt, seawal jam 9am kami sudah keluar rumah, dan bersarapan terlebih dahulu, dan seterusnya terus ke Hotel Sentral Seaview. Ibu mendaftar siap-siap walaupun tahu belum boleh check in. Ini supaya mudah nanti by the time utk check in just collect kunci sahaja. Setelah settle pedaftaran, terus menuju ke pantai. Masa diwaktu itu dalam 10.30pagi. Ibu cari port bentang saperah di bawah rimbunan redup pokok. Makanya mulalah scene-scene bercanda tepian pantai dua beranak itu. Ibu peratiiiiiiii ja dari kejauhan. Jeles pun ada, bahagia pun ada. Mix feelings bak kata omputih he3 :P.

Tak sampai sejam dah terpacak dua ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu tu

Pssstttt, al-kisahnya, tengah dok syok-syok cap Ayah dan anak itu dok bercanda, tetibaaaaaaaaa Boboboy ternampak sekor anak ketam kecil secoet yang dah mati hanyut dibadai ombak. Teruuuiiiihhh pacak bangun laaaaaa. Dasar penakut pahit oooiiiii jantan kecil Ibu Ayah itu :P. Ayah terus kutip ketam itu dan buang ke atas pasir pantai. Diajaknya anak seketul sambung bercanda, tak maaaaauuu dah weeeeeeeii. Sentut teruih he3. Macam-macam Ayah pujuk, ajak mandi semula, tetap tak jalan. Aduuiii la anak. Waktu diketika itu sudah menghampiri 11.30pagi, makanya Ibu terus ajak sambung di kolam renang hotel
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sambung di kolam renang hotel

Psssttt, pada mulanya hanya ada beberapa orang sahaja lagi guest yang masih mandi di kolam renang hotel itu. Akhirnya bila menghampiri jam 12 tengah hari hanya tinggal dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk Ibu sahaja weeeeeeiiiii. Heaven sungguh la dua ketul cap Ayah dan anak tu.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tuuuuuuuuuu, nampak dak muka bahagia diorang berdua :P

Last sekali siap belanja gambar posing senyum nampak gigi haaaaaaa :P

Psssttt, makanya kali ini lagiiii sakan dua beranak tu berendam dan bercanda. Sehingga dalam jam 1.30 tghri, Ibu telah berjaya mendapatkan kunci bilik. Makanya sudah tiba masa check out dari kolam renang untuk check in masuk bilik, haaa gitchew

Makan tengah hari kami 3 beranak yang dah siap di tapau sebelum datang ke hotel, nasi ayam

Pssssttt, selesai menjamu selera, terus sambung landing2 dan berehat. Lebih kurang jam 4petang Ayah eh dah kena keluar untuk bekerja sebentar (buat Grabfood). Makanya cap Ibu dan anak ja la sambung landing2 dan berehat di dalam bilik hotel
v
v
v
v
v
v
v


View dari balkoni bilik, partial seaview

Sesi berendam keseorangan Boboboy di sebelah petang

Psssttt, dalam lebih kurang jam 6petang, Ibu dan Boboboy turun ke kolam renang semula untuk sesi berendam sekali lagi. Kali ini, Boboboy keseorangan. Makanya hanya mandi di kids pool section. Itu pun sekejap sahaja, kerana semakin lama semakin ramai, so Ibu decide cukuplah, takuit pula ramai2 keeeennnn. Boleh elak kita elak kekdahnya. Sebelum naik ke bilik, lepak lobby sekejap kerana Ibu nak order makan malam dengan food panda
v
v
v
v
v
v
v
v
Makan malam 3 beranak dibilik hotel dengan McD dan Empire Sushi

View dari balkoni bilik pada keesokannya harinya, hujaaaaaannn di awal pagi

Psssttt, bila hujan, tak dapatlah nak mandi kolam renang, so frustlah anak seketul tu kan3. Tapinya Alhamdulillah dalm 9.30am, hujan dah berhenti, cuma mendung awan berarak berlalu githcew. Makanyaaaaaaa, Ayah eh layan la lagi anak seketul tu berendam
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Ibu seperti biasa, peratiiiiiii ja dari jauh :P

Pssstt, tapi akhirnya dari perati sahaja, Ibu pun turut terjun join berendam dengan 2 ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu tu haaaaaa. Ada la dalam 30minit. Jadiklaaaaaaaa kan3 :P. Ayah dan anak tu sambung lagi, lebih kurang dalam jam 11 pagi dah kena check out kolam renang kerana umat manusia mula bertambah he3. Balik ke bilik hotel, kemas barang, mandi, dan check out awal. Ini kerana nak makan tengah hari pula, sebab dah mula lapar kerana pagi hanya makan baki sushi semlm dan keropok2 jajan sahaja :p. Makanya berakhirlah penginapan 1 hari 1 malam di Hotel Sentral Seaview, Penang.

Psssttt, untuk bilik saya tak mau review sebab not in my choosen list kalau nak menginap disebabkan bilik dia na. Kalau next time repeat pun disebabkan harga yang murah bagi hotel yang ada kolam renang dan pantai. Ikutkan hotel lain di kawasan yang sama jauh lebih mahal kekdahnya. So in total OKlah untuk menginap sekadar semalam untuk quick and short weekends vacation



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment