Citarasa Global Buffet Dinner Di The Prestige Hotel | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang
Citarasa Global Buffet Dinner Di The Prestige Hotel | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semua. Syukur Ya Allah, kita bakal menyambut Ramadhan pada esok hari. Sungguh teruja untuk menyambut Ramadhan kali ini tau3. Mungkin kerana di tahun lepas, sepenuhnya Ramadhan di sambut dirumah. Untuk tahun ini, kita berpeluang untuk menyambut secara norma baharu.
Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi satu lagi lokasi yang boleh dijadikan pilihan untuk berbuka puasa bersama yang tersayang, keluarga dan juga sahabat handai. The Prestige Hotel, Penang pada tahun ini mengetengahkan tema Citarasa Global bagi buffet makan malamnya bersempena Ramadhan. Seperti yang semua tahu, The Prestige Hotel merupakan sebuah hotel mewah 5 bintang yang terletak di tengah bandaraya Pulau Pinang iaitu Georgetown. Kalau dilihat dari segi rekabentuk luaran hotel itu sendiri, memang terserlah ciri-ciri kemewahan, klasik dan class tersendiri. Jika dijengah ke ruangan hiasan dalam hotel lagiiiiiiii laaaaaa terpana, terpukau dan terkaku, haaaa, gitchew.
Tetapi, usah risau, usah bimbang, ini kerana bersempena Ramadhan, pihak The Prestige Hotel akan menawarkan buffet makan malam pada harga yang pasti mampu milik. Nak tahu lebih lanjut, ajooooommmm layan ceritera bergambar saya dibawah ini.
Utara Selatan Timur Dan Barat Disatukan Bersama | Citarasa Global Buffet Dinner Di The Prestige Hotel
Utara Selatan Timur Dan Barat Disatukan Bersama | Citarasa Global Buffet Dinner Di The Prestige Hotel | Sememangnya anda tidak perlu risau untuk menikmati hidangan makan malam di The Prestige Hotel, Penang, kerana pihak pengurusan hotel memastikan keselamatan serta keselesaan pengunjungnya di tahap tertinggi. Keutamaan diberikan di dalam pematuhan SOP Covid-19. Dengan itu kerjasama semua pengunjung adalah juga penting bagi memastikan kejayaan pematuhan SOP ini dapat dilaksanakan sepanjang masa. Antaranya pastikan anda tidak bergejala jika ingin dine-in, imbas kod My Sejahtera dan periksa suhu sebelum memasuki premis, sentiasa mematuhi penjarakan sosial semasa duduk serta ketika ingin mengambil juadah di barisan buffet, sentiasa menggunakan pelitup muka/face mask apabila bangun dari tempak duduk, serta sentiasa memakai sarung tangan pakai buang yang disediakan ketika ingin mengambil juadah. Dengan kerjasama dan pematuhan dari semua pihak insyaAllah, kita dapat memutusan rantaian Covid-19 dan juga dapat menikmati kehidupan di dalam norma baharu.
Baiklah, dah cukup rasanya saya membebel kan3 :P. Ajooommm, saya bawa anda semua merasai serba sedikit pengalaman saya di malam Media Review Citarasa Global Buffet Dnner di The Prestige Hotel, Penang.
Barisan buffet yang ada
Pssstt, untuk tahun ini, pihak The Prestige Hotel menampil sedikit kelainan kerana barisan buffetnya dibahagikan kepada indoor dan outdoor. Yang mana indoor merupakan barisan menu pembuka selera dan juga pencuci mulut. Barisan buffet outdoor pula merupakan menu utama dan juga kaunter aksi. Ini pada firasat (ceceeeewwaah) saya, untuk memastikan penjarakan sosial lebih terjamin
PEMBUKA SELERA
Assorted maki sushi, salad and condiments, four angel bean salad, tuna salad nocoise, jeruk buah buahan, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan budu, fish ball tomyam soup, mixed vegetable soup, dan pasembur
MENU UTAMA
Singapore Seafood Fried Mee Hoon
Roasted Potato
Steam Rice
Sambal Udang
Pssstttt, sedap dan rasanya lain dari versi sambal yang biasa itu tau3. Tekak saya merasai seolah-olah terdapat elemen bahan yang berbeza di dalam sambal udang ini tau3. Seperti rasa bungan kantan, dan sememangnya ianya menaikkan rasa dan memberi kick kepada menu ini. Slurp2 saya menghisap kuahnya serta permukaan kulit udang itu sendiri. Manis udang dengan keenakan kuahnya sememangnya ummpphhh. WAJIB cuba tau
Daging Dendeng Berlada
Psssttt, ini juga merupakan menu pilihan hati saya. WAJIB cuba
Italian Roasted Chicken
Sayur Campur
Bubur Lambuk
KAUNTER AKSI
Roasted lamb leg&ribs
Psssttttt, ninjiiiiaaaaa weeeeeiiiii. Memang terbeliak biji mata pertama kali bertetang mata dengan menu ini tau3. Saya secara peribadi, ini merupakan pertama kali melihat begitu meriah lamb ribs dihidangkan sebegitu rupa. Kebiasaannya hanya seketul dua sahaja tau, tetapiiiiiii, di The Prestige Hotel ni, sampai 4KETUL lamb ribs naalaaaaaa punya besar. Mahu tak terbuntang biji mata he3. Memang terselah ke--kurlaaasssss-an hotel ini kan3. Mengeletis nak mula menikmati hoooiiii. So bagi peminat kambing, terutamanya bahagian lamb ribs, WAJIB untuk ke The Prestige Hotel, Ramadhan nanti taaaaaauuuuuu
Satay ayam dan daging bersama nasi impit, kuah kacang, hirisan timum dan bawang
Murtabak ayam
Nyonya Curry Mee
Psssttt, ini juga merupakan pusat paksi fokus saya di malam kejadian. Bau gravy Nyonya Curry Mee, itu sesungguhnya memang menusuk kalbu weeeeeeiii. Dan sememangnya rasanya juga memang cukup menambat selera tekak saya secara peribadi. Cukup rasa rempahnya dan rasa lemaknya. Bertambah enak pabila dinikmati bersama bebola ikan dan taufu itu tau3. WAJIB anda cuba
Nasi Ayam
Psssssstttt, ninjiaaaaaa menu pooojaaaaannn hati Boboboy seketul iaitu Nasi Ayam. Sungguh beraroma nasi ayam ini, enak walaupun dimakan begitu sahaja. Ayam panggangnya juga rangup diluar lembut berjus di dalam. Tuuuuuuuu sila tengok warna keemasan kulit ayam itu, memang santeeeekkk kan3
PENCUCI MULUT
Aneka pencuci mulut seperti kurma kek, puding, jelly, buah buahan, bubur kacang, kuih muih, biskut dan wafer
Minuman panas dan sejuk bersama aiskrim potong
Tadaaaaaa, kami dua beranak di malam Media Review Citarasa Global Buffet Dinner di The Prestige Hotel, Penang. Masa ini Ayah eh belum sampai tau3
Tadaaaaaaaaa, the damages of that night, Alhamdulillah
Citarasa Global Buffet Dinner
The Glasshouse, The Prestige Hotel Penang
Tel : 04 217 55888 ext. 8024
No comments:
Post a Comment