Thursday, November 10, 2022

Steamboat & Grill Di Rumah | Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Main Masak-masak

Steamboat & Grill Di Rumah | Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Main Masak-masak

Steamboat & Grill Di Rumah | Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Main Masak-masak | Sekali lagi dek kerana PKP, saya turut terjebak dengan aktiviti steamboat & grill dirumah sepertimana saya terjebak dengan pelabai aktiviti makan, makan, makan yang lain yang mana saya sudah share dalam entry sebelum-sebelum ni haaaa :P. Aktiviti steamboat & grill dirumah ni pun saya pernah share dalm WW sebelum ini, di SINI.


So kali ini saya nak sharekan kronologi serba sedikit sejarah keterjebakkan kami sekeluarga dengan aktiviti lagha #eh3 riadah ini. Sememangnya sedari baby lagi Boboboy tu minat sungguh dengan steamboat & grill, sebabnya dia boleh main masak-masak sendiri gitcheewwww. Walaupun pada hakikatnya Boboboy seorang yang penakut pahit, sebab dia memang sensitif bila percikan grill tu terkena tangan dia, tapi dia tetap enjoy bila melakukan aktiviti main masak-masak steamboat & grill tu tau3. Pantang tanya nak buat steamboat & grill ka dak, pasti jawapannya adalah NAAAAAAKKK, he3. Kalau nak diikutkan memang semua ahli keluarga saya meminati steamboat & grill ni haaa, baik saya sendiri, arwah Opah eh, mahupun Ayah eh. Dan turun ke Boboboy sebagai penyambung warisan :P.


Zaman dedolu, opsyen yang ada untuk steamboat & grill hanya di restoran la kan3, seperti Seoul Garden tu haaaa. Memang one off our favourite spor for steamboat & grill yang dijamin halal la. Dimasa itu pun, memang limited sangat pengusaha restoran Melayu yang menjalankan perniagaan seperti itu tau3. Kami pernah sanggup ke KL semata-mata nak bersteamboat & grill di sebuah restoran Melayu tau3. Di Penang masih tiada masa tu, dan saya mengidam pregnantkan Boboboy :P. Kemudiannya, tular pula restoran steamboat & grill yang diusahakan oleh org Melayu kita di Cameron Highland nuuuuunn. Sebab memang minaaaattt kan3, gigih laaa kami sekeluarga pergi juga weeeii. Masa tu Boboboy dalam 3/4tahun macam tu. Memang dia enjoy sungguh. Sejuk-sejuk, main masak-masak steamboat & grill memang layaaaaannn he3. Selepas itu barulah mula ramai pengusaha Melayu kita mengusahakan restoran steamboat & grill halal di Utara, termasuklah Penang, Kedah, Perlis. Makanya, berbahagialah kami sekeluarga, sudah tidak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati steamboat & grill gitchew.


Sewaktu PKP melanda, sah-sahlah tidak dapat menikmati makan di restoran bagai kan3. Dengan hanya terperap dirumah, dan semua dihujung jari, makanya semakin kerap scroll FB dan laman web jualan atas talian. Terus terserempak dengan benda viral 'ODEN', makanya mulaaaaaa rindu nak steamboat bagai tu kan3. Then dapat offer satu job review, laman web belian atas talian juga. Haaaaaaaa, makanya, terus come across set Nakada Electric BBQ grill & steamboat yang boleh digunakan dirumah. Lelaju order, tak sampai seminggu dapat. Terus yak yak yeeeeeaaayyyy he3. Maka bermulalah aktiviti lagha #eh3 riadah steamboat & grill dirumah. So ajiiooomm layan, beberapa sesi steamboat & grill dirumah yang sempat saya snap gambar sedari awal dahulu sehingga yang terkini.


Oden yang viral ituuuuuuu :P


Simple grill & steambot items untuk kami 3 beranak


Tediaaaaaa, Boboboy enjoy his steamboat & grill


Pssstt, tu sila tengok Boboboy tu siap ber'sweater lagi haaaaaa dok steamboat & grill. Sebenarnya dia siap berglove hokeyh. Haiii la anak seketul. Punya tak tahan sakit bila grill tu terpercik-percik sedikit kena tangan ka, badan dia tu tau3. Kalau kena tu, dia punya jerit aduduuuuuiii, he3. Perapan bahan grill mak buat sendiri, ikut suka hati. Kebiasaannya perapan honey oyster dan juga blackpepper la kan3. Pernah juga pakai perapan beli, yang jenama Adabi tu, yang spicy korea ka apa entah, tapi tak kena dengan tekak kami anak beranak, so sekali ja pakai yang tu. Untuk kuah steamboat tu, pada permulaannya pakai perencah Oden viral tu la kan3. Ada try 2 ke 3 jenis perencah berbeza, tapi tiada satu pun yang kena dengan tekak kami. Terlebih pedas, terlebih MSG, terlebih masin. Macam-macam hal :P. Dah la satu paket tu mahal, tak sedap pula tu. Adududuuuu


Ini sesi steamboat dengan sup chinese style, setelah patah hati dengan perisa Oden entah apa-apa :P


Pssttt, dah nama pun sup chinese style buatan sendiri, so sah-sah la sedap keeeennn :P. Memang perisa asal sup tidak pedas, dan Boboboy enjoy tanpa was-was. Untuk Ibu Ayah, kami tambah chilli oil, garlic oil dan crispy garlic crunch la bagi lebiiihhh kick gitcheeww. BTW, setiap kali steamboat & grill wajib ada steamboat mix pack tu haaaaa. Sebab mudah kan, dalam satu pack dah ada beberapa jenis bebola kan. Cuma perlu tambah aneka sayuran sahaja lagi, cukuuppp. Dan untuk item grill wajib ada daging atau kambing atau kedua-duanya, ayam, serta seafoods (sotong/udang/lala)


Sesi kali ini kami try kuah steamboat viral perencah asam pedas + tomyam


Psssttt, asal ada kuah steamboat viral ja, saya akan cuba he3. Saja la kan3, nak pelbagai gitchew. Kali ini, viral dalam FB, ramai orang share cara mudah buat kuah oden sendiri dengan menggunakan perencah asam pedas Adabi dan juga perencah tomyam. Saya cuba guna perencah Adabi, untuk asam pedas, dan untuk tomyam saya guna yang cap thai punya he3. Dan hasilnya menjadiiii weeeii. Memang jauh lebih sedap dari yang kita beli perencah oden siap tu haa. Cukup pekat, cukup pedas, cukup rasa. Cumanya agak pedas la bagi Boboboy. Dia boleh makan, tapi kuah tu dia tak dapat hirup sangat la. Tapi dia suka juga tau3, so memang lulus la perisa kali ni he3


Ni cubaan yang terkini, sekali lagi versi kuah oden viral iaitu sup siam + asam pedas + tomyam + pati kiub ayam


Psssttt, yang ni pun luluuuussss wweeeeiii. Perbezaan yang saya dapat katakan ialah lebihan rasa masam (dari perencah sup siap) memberikan kick berbeza


Kiranya ianya sudah melebihi 2 tahun saya bersuka ria dengan aktiviti lagha #eh3 riadah steamboat & grill dirumah ini tau3. Bagi saya memang berbaloi saya beli Nakada Electric BBQ grill & steamboat itu tau3. Ianya tahan sehingga sekarang. Sememangnya memudahkan, dan rekemen untuk anda juga membeli sebiji untuk mengisi masa bersama keluarga. 



~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. uish sedap steamboat, cantik nya tempat masak steamboat tu nak kena belikan satu gak ni

    ReplyDelete