Wednesday, February 16, 2022

Baruuuuuu Nak Cobaaaaaa | Wordless Wednesday #5/2022

Baruuuuuu Nak Cobaaaaaa | Wordless Wednesday #5/2022 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Di tahun 2022, cap Ibu & Boboboy baruuuuuu nak molaaaaa try & error teknik tabungan duit kaler-kaler gitchew. 1st mont success dah, 2nd month ni seloooowww sikit pulop dah. Doakan kami istiqamah naaaaaaaaaaaa.......



Tabungan warna warni tahun 2022



~~~ The End ~~~

0

Sunday, February 13, 2022

Restoran Kakak Bising | Makan Best di Penang

Restoran Kakak Bising | Makan Best di Penang | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Dalam dok berehat bersama keluarga tu, meh sini saya layoq satu lagi port makan best di Penang untuk tatapan sekeluarga anda, he3. Nama habis unik tau gerai yang saya nak share ni >>>>>>>>>>>>>> Restoran Kakak Bising. Haaaa, unik keeeeennnn. Kalau nak tahu apa yang sedap, apa yang best, apa yang unik di sini ajiiooooooomm kita layan ceritera bergambar di bawah.


Inilah dia Restoran Kakak Bising ittteeeewwwwww


Pssstttt, ianya bukanlah restoran mewah bagai naaaaa. Lebih kepada kedai di tepi flat kos rendah di bawah teduhan pokok yang merimbuunnn gitcheewww. Dah kenapa nama kedai ni Restoran Kakak Bising???? Haaaaa sebabnya ada kakak bising laaaaa, sebab tu nama dia macam tu, he3. Owner kedai ni seorang kakak yang mulutnya sentiasa biiiiisssiinggg. Haaa, mengkala kata anda pergi makan disitu, baru anda akan tau, tahap mana bising, bila bising, kenapa bising, macam mana bising segala tu la. Nasihat saya just jadikan ianya sebagai tontonan dan halwa telinga dan nikmatilah makanan di atas meja anda, he3. Sebenarnya sudah berbelas tahun juga saya sekeluarga makan di sini. Dari mula-mula operasinya dulu, owner a.k.a kakak bising tu yang tukang masak/goreng sehinggalah sekarang sudah bertukar tangan kepada 2 orang adik lelakinya. Jika hendak diikutkan, makanan yang terkenal disini adalah nasi sup, bihun/ko teow sup, nasi goreng (ayam/daging/udang) dan juga CKT (ayam/daging/udang) eh. CKT eh jenis yang kering naaaaaa, bukan jenis berair/berkuah bagai tu. Waktu operasi adalah dari jam 10am sehingga habis, dan kebiasaanya dalam tengah hari (sebelum jam 1pm) dah licin lincau dah semua weeeeiii. Ikutkan dekat sini ada beberapa buah gerai lain, yang menjual minuman, masakan thai, nasi kandar dan juga goreng-gorengan ringan. Tapi saya tak berapa sangat dengan makanan gerai lain tu. Cumanya dulu sebelah kedai kakak bising ni ada gerai tomyam yang memang BEST. Timing gerai tomyam ni lari sikit dari kak bising, ianya mula tengah hari sampai ke malam. Jadinya jika waktu pagi memang akan makan dekat kakak bising, untuk lunch atau dinner baru akan makan dekat tomyum. Tapinyaaaaaa, sedari mula PKP, kedai tomyum itu tak buka dah sehingga sekarang. Mereka asal Thailand, dok rasa balik sana, tak mai-mai dah. Dan sekarang dah ada orang lain ganti buat kedai tomyum tu, tapi kami belum cuba lagi la


Ninjiaaaaa menu repeat kami setiap kali ke Restoran Kakak Bising


Pssstt, kami sekeluarga memang hantu dengan nasi goreng ayam dan CKT Restoran Kakak Bising. Dedulu dalam CKT ada kerang, then kita boleh pilih tambahan daging/ayam/udang. Tapinya sekarang dah tak dak kerang, sob3. Lagi satu, saya paling suka masa kakak bising yang buat menu tu tau3, kiranya air tangan asal gitcheeeww. Bila turun ke adik-adik lelaki dia, kadang ok kadang tak berapa ok. Ni kalau nak dibandingkan dengan hasil air tangan kakak bising la tau3. Tapi still OK la ditekak saya, sebab tu saya masih repeat. Part nasi goreng dia pun sama juga, tapi tak la seketara macam CKT tu. Dulu walau nasi goreng dia memang jenis nasi goreng kosong, tapi dalam dia tetap ada telur sedikit. Sekarang ni pula, memang betul2 kosong, he3. Tapi rasa masih sedap la. Yang menambahkan kesedapan menjilat jari adalah ayam goreng eh yang rangup dan juga sambal belacan pedas berdesing ittteeewww. Memang tak boleh berhenti jika mula makan weeei. Lagi satu yang menjadikan Kedai Kakak Bising ini tumpuan kerana harganya yang marhaen gitchew


~~~ The End ~~~

0

Saturday, February 12, 2022

Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Ujian & Rahmat Dari Allah

Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Ujian & Rahmat Dari Allah | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebenarnya sudah agak lama saya teringin berkongsi ceritera tatkala Mr Hubby disahkan menghidapi penyakit Diabetes Type 2. Lebih kepada untuk memahat kenangan buat diri sendiri dan mungkin boleh juga dijadikan rujukan untuk para pembaca. Walau jika tidak banyak, diharap walau sedikit pun ianya tetap boleh memberikan manfaat kan3. Makanya saya beri amaran siap-siap naaaa, entry ini akan penuh dengan kata-kata yang panjang berjelaaaaaaaaaaaa, he3.


Baiklah, kisahnya bermula pada tahun 2021. Dalam bulan April macam tu. Mr Hubby kerap mengadu mudah berasa penat, hilang selera makan, kerap buang air kecil dan sentiasa berasa dahaga. Tidak kira diwaktu siang, mahupun malam. Pada ketika itu kami berasakan kerana Mr Hubby kerap minum air, makanya kerap la buang air kecil kan3. Kemudian kerja harian Mr Hubby juga melibatkan fizikal, sebab itu dia kepenatan. Dan bila dah penat dan minum air banyak, maka Mr Hubby jadi kurang berselera untuk makan la kan3. Saya pun ketika itu cubalah pelbagaikan menu masakan, nak bagi Mr Hubby berselera makan. Sebenarnya, Mr Hubby memang makan, cumanya makan sekadar untuk mengelakkan rasa lapar sahaja, dia macam takda nafsu. Teringin nak makan itu ini, tapi bila makan, tak banyak. Semakin lama semakin ketara semua simptom itu (mudah penat, sentiasa dahaga, kerap buang air kecil, hilang selera makan). Dan paling ketara diwaktu malam, sehinggakan tidur terganggu kerana sekejap-sekejap kena bangun buang air kecil dan minum air. 


Sehinggalah pada penghujung April, Mr Hubby sendiri menyuarakan hasrat untuk serah diri buat full medical check up. Saya ketika itu masih belum syak apa-apa yang serius. Selepas check up, Doktor maklumkan esok baru boleh tahu result dan klinik akan call semula untuk consultation. Tunggu punya tunggu tiada panggilan. Saya pun telefon la ke klinik dan dimaklumkan result mungkin lagi sehari. Makanya saya suruh mereka call saya jika dah dapat result. Esoknya tu dalam waktu tengah hari, semasa saya di pejabat, saya dapat panggilan. Doktor yang call saya terus dari his personal handphone number. Doktor bertanyakan suami saya ada bersama saya ka, saya maklumkan suami kerja asing. So Doktor terus kata kena call dan ajak Mr Hubby ke klinik SEKARANG. Tak boleh tunggu petang sikit ka, malam sikit ka apa ka. SEKARANG juga saya kena bawa suami ke klinik untuk consultation kerana dia baru sahaja terima report full medical check up Mr Hubby. Masa itu, saya jadi blur, macam di awang-awangan. Pelik mungkin, tak faham pun mungkin. Terus terdiam, tak terkata. Doktor panggil, tanya saya masih di dalam talian ka. Baru saya respon kembali, ya. Saya mula bertanya kenapa sebenarnya ni. Saya perlu tahu serba sedikit kerana saya dan suami perlu maklumkan pihak majikan untuk emergency leave ka apa ka kan3. Then Doktor terus maklumkan result full medical check up Mr Hubby sangat2 tidak cantik, semua tak kena, Mr Hubby boleh collapse at any time. Haaaaaa, meremang terus bulu roma, terketar2 tangan dan lutut dah. Doktor maklumkan kena consult face to face untuk further action. Then saya terus cakap ok. 


Selepas tu saya terus call suami. Bagitahu report dah keluar, dia kena datang ke ofis saya SEKARANG dan kami berdua kena ke klinik, Doktor dah panggil. Dekat sejam jugalah baru suami sampai dan kami terus ke klinik. Bila masuk bilik Doktor, muka Doktor serius. Terus dia buka report dan terang satu2. Memang result darah dan air kencing Mr Hubby, berterabur semua. SEMUA ya. Bukan setakat reading glucose dia, segala reading ion la, potasium la, choloestrol la, entah apa lagi entah, semua dalam paras reading BAHAYA, tunggang terbalik habis. Rasanya macam hemoglobin reading ja yang ok. Untuk makluman, bacaan gula dalam darah dari report tu stated 32.4 weeeeiiiiii. Doktor maklumkan report dapat lambat, sebab dia suruh lab repeat semula test semalam sebab tak percaya 1st report yang lab hantar. Tu yang jadi lewat sehari tu. Doktor sangat concern yang suami bukan sahaja ada diabetes, tapi apa yang doktor paling risau adalah, ada perkara lain yang menyebabkan diabetes itu tinggi sehingga tahap itu, dan penyebabnya adalah yang lebih serius. It can be his pankreas, kidney, atau lain-lain. Seperkara lagi, apa yang Doktor maklumkan, dengan bacaan seperti itu, macam mana Mr Hubby masih boleh bekerja seperti biasa dan masih boleh berdiri dengan sendiri. Sepatutnya dengan reading seperti itu Mr Hubby memang dah collapse dan sudah terbaring lembik longlai dah. Doktor memang betul-betul rasa HAIRAN.


Dengan itu, sebagai langkah seterusnya Doktor menasihatkan Mr Hubby untuk to be warded that instant juga, tak boleh tunggu2. Ini kerana Mr Hubby perlu melalui details check up di hospital bagi mengenalpasti punca dan penyakit sebenar (yang lain jika ada la). Jenuh Doktor dok pujuk Mr Hubby weeeeeeiii. Mr Hubby senyap tanpa sepatah kata, cuma geleng. Saya pun dah mula la nak menitik air mata, kutahan juga Jebat oi. Saya turut sama pujuk Mr Hubby untuk setuju dan dengar nasihat Doktor. Untuk makluman, kami dengan Doktor ini dah dekat 10 tahun dah tau3.  Sedari Mr Hubby mula bekerja dengan IWK, memang kami sekeluarga hanya akan pergi untuk mendapatkan rawatan di 2 buah klinik panel sahaja. Satu yang inilah, iaitu Klinik Pearl, dan satu lagi Klinik Sri Pinang & Surgery. Dan jika di Klinik Pearl, kami hanya akan check up dengan owner klinik iaitu Dr. Kanthan atau Dr Saravanan. Manakala di Klinik Sri Pinang & Surgery pula kami hanya akan check up dengan owner klinik iaitu Dr Ganesh. Memang tak akan pergi check up dengan Doktor ganti atau selain dari 3 org Doktor ini, atau ke klinik panel yang lain. So bagi saya Doktor ini memang tahu condition kesihatan Mr Hubby yang sebelum-sebelum ini. Atas sebab itu dia risau. 


Akhirnya, setelah lebih sejam consultation, Mr Hubby pun berikan persetujuan dan Doktor proceed dengan refferral letter. Plannya nak ke Pantai Hospital Penang. Taaaapiiiiiii, elok keluar dari klinik, dan nak naik motor, terus Mr Hubby kata TAK MAHU warded. Berkerut dah muka saya herot-petot time tu. Dok peluk pujuk, hampir2 nak meraung menangis geram dan sedih tepi jalan dah time tu. Mr Hubby pujuk dan tenangkan, baru dia terang, dia nak kami proceed untuk 2nd opinion di Klinik Sri Pinang & Surgery dulu. Kalau yang kali ni pun suruh warded, then only dia setuju. Dia kata time tu la macam tu kan3 :P. So, kami terus ke Klinik Sri Pinang & Surgery. Niat nak jumpa Dr Ganesh la, tup2 kaunter pendaftaran kata petang tu Dr Saravanan, shift Dr Ganesh dah habis. Terkejut dalam kegembiraan kami dua orang, he3. Sebenarnya, kami agak lama tak dapat berjumpa Dr Saravanan di Klinik Pearl, memang syak dia dah berhenti, cumanya tidak tahu dia ke mana. Rupa-rupanya ke Klinik Sri Pinang & Surgery. Setel pendaftaran, tunggu Dr. Saravanan, tup2 Dr Ganesh masuk. Dia baru habis shift dekat klinik so just nak clear table dia ja sebelum balik. Dia nampak kami suami isteri, terus dia panggil masuk bilik consultation. So saya pun terus cerita semua dari A sampai Z (dari mula rasa tak sihat, ke medical check up, ke keputusan check up dan suggestion Dr Kanthan, dan akhirnya ke decline decision Mr Hubby), dan Doktor check semula result medical report. Doktor bagitau sememangnya result tu teruk dan membahayakan Mr Hubby. Dia juga setuju dengan Dr. Kanthan untuk suami proceed warded for further details check up. So dia tanya sekali lagi suami mahu ka tak mahu, dan suami masih kata tak mahu warded. Dr Ganesh ni pun lama dah dengan kami sekeluarga, so dia kata, boleh kalau tak mahu warded, tapi kena proceed dengan medication diabetes untuk turunkan dulu paras gula yang terlampau tinggi tu. Then only kita tengok tentang masalah yang lain pula. Saya dan suami setuju dengan cadangan tu. So Dr. Ganesh inform, just tunggu Dr Saravanan sekejap, bincang pula dengan dia, dan esok pagi Dr Ganesh akan jumpa Dr. Saravanan untuk discuss medication apa yang sesuai sebagai permulaan. So bila kami jumpa Dr. Saravanan, saya ulang sekali lagi segala yang saya cerita dengan Dr. Ganesh, dari A sampai Z, bagi medical check up report dan bagitau apa yang Dr. Ganesh cakap segala. Dr. Saravanan setuju untuk proceed diabetes medication dahulu, dan esok dia akan call semula untuk prescribe ubat. Kedua-dua Doktor (Dr. Ganesh & Doktor Saravanan) memang tenangkan saya, suruh saya jangan risau, bagitahu diorang akan sama-sama cuba tolong Mr Hubby, walaupun Mr Hubby decline untuk warded dan dapatkan rawatan di hospital. Baruuuuuuuuuuuu la perasaan saya lega dan dapat bawak bertendang bertenang sekejap.


Bermula dari hari itu, iaitu hari pertama dapat tahu baacan gula Mr Hubby 32.4, memang saya dah TOTAL CUT  & FULL STOP semua pengambilan gula (dalam makanan mahupun minuman) untuk Mr Hubby. Terutama gula putih, susu pekat, coklat, buah-buahan, dan apa-apa sahajalah yang ada kandungan gula. Pada hari itu juga saya terus beli Stevia dengan office mate untuk Mr Hubby. Ini kerana main concern dengan Mr Hubby adalah dia memang tak boleh tak minum benda berwarna dan manis. So Stevia is the best on the spot solution la kan3. Actually dah lama nak belikan stevia untuk Mr Hubby, tapi dok bertangguh, last2 dah jadi macam ni, lajuuuuu pula beli kan3. Itulah, kita tak akan menghargai kesihatan sehingga kita diuji, sob3.


Pagi esoknya tu, Klinik call maklumkan untuk datang sebelah petang bagi medication consultation dengan Dr. Saravanan. Kami berdua bekerja seperti biasa pada hari berkenaan, makanya balik dari kerja baru kami bersama-sama ke klinik. Syukur dah setel bab ubat. Doktor bagi ubat untuk tempoh seminggu, dan akan buat pemeriksaan untuk meneliti tahap keberkesanan dan kesesuaian ubat dengan Mr Hubby.


So dari hari kedua, bermulalah tugas saya untuk deep research tentang penyakit diabetes, kesannya, what does and don't, dan lain-lain. Saya juga mula bertanya dengan saudara mara dan kenalan yang menghidapi penyakit ini untuk lebih memahami. Ikutkan nak betul-betul faham dekat 2 minggu juga weeeiiii. Memang ianya merupakan satu UJIAN pabila suami didiagnose dengan diabetes Type 2, tetapi kami suami isteri juga melihat perkara ini sebagai RAHMAT dari Allah kerana memberikan kesedaran awal dan melorongkan untuk kami menjumpai jalan penyelesaian. Sememangnya, Allah tidak akan menguji umatnya di luar kemampuan umat itu kan3. Untuk next entry saya akan share pula perubahan dari segi gaya pemakanan dan kehidupan kami sekeluarga demi menjadikan bacaan gula Mr Hubby ke paras yang lebih baik. So, kalau sudi tungguuuuuuuuuu naaaaaa.



~~~ To Be Continued ~~~

0

Friday, February 11, 2022

Superior Hill View Room, Bayview Beach Resort Penang | Ibu & Boboboy Birthday  Staycation

Superior Hill View Room, Bayview Beach Resort Penang | Ibu & Boboboy Birthday  Staycation | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari, hari Jumaat penuh barakah. Sememangnya semakin lama, masa itu sepantas kilat. Baruuuuu ja rasa memasuki tahun 2022, tup2 sekarang dah memasuki bulan kedua tahun 2022 dah haaaaa. Sekarang ini kes Covid-19 semakin mencanak-canak dek kerana gelombang Omicron. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, amiiinnnn.


Baiklah, sebenarnya entry hari ini, saya nak review tentang birthday staycation Ibu & Boboboy pada bulan Januari yang lepas. Boleh rujuk entry INI. Dan kalau nak diikutkan, Bayview Beach Resort Penang ini merupakan salah sebuah hotel yang kami sekeluarga minati dan akan pilih jika inginkan family staycation. Dari masa arwah Opah eh ada lagi dah mula stay dekat hotel ni. Antara sebabnya adalah kerana harga yang mesra rakyat marhaen macam kami, serta segala kemudahan serta lokasinya. Saya juga pernah buat review sebelum ni di SINI dan SINI. Kiranya time tu Bayview Beach Resort ni masih dengan carpet flooring eh, gabak besor side sofa eh dan kerusi pelestik di balkoni eh :P. So kali ini merupakan 1st time la kami kembali ke Bayview Beach Resort setelah ianya refurbish gitchew. Ajiom layan review personal saya untuk tahun 2022.


Bayview Beach Resort Penang


Our choosen room untuk kali ini adalah Superior Hill View Room


Pssttt, untuk pertama kali kami melangkah masuk kedalam bilik, our 1st impression is ssssoooooooooo spaciooouuuuuusss. Serius luas ya amat bagi kami 3 beranak he3. Mungkin kerana kami dapat bilik bahagian corner kot, tu yang besar sangat2 tu. Siap ada 2 balkoni weeii. Satu dekat bahagian katil dan satu lagi dekat bahagian tandas. Perbezaan bilik sekarang sesudah di-refurbish, antaranya adalah flooring eh dah tukar kepada vinyl, sofa dah jadi long side sofa bench, dan kerusi meja balkoni adalah lebih cantik (jenis yang macam anyaman rotan tu haaaaa). Cumanya yang agak kurang sesuai skit ialah jarak antara katil dan tv tu haaaa, jaauuuuhhh sangat laaaaaa. Bagi wanita rabun yang tidak suka memakai cermin mata seperti saya ini, memang sukkaaarrr mononton ketika melanding di atas katil, jenuh jegil biji mata he3.


Ini view bahagian bedding, sesudah saya tukar sedikit susun atur di dalam bilik dengan memindahkan long side sofa bench ke sebelah katil


Pssstttt, lagiiiii la nampak bilik tu luas kan3. Sofa tu untuk Boboboy, katil untuk Ibu & Ayah he3. Ni kalau datang sini ramai-ramai pun boleh tau3. Bawak toto, hampaq ja dekat that spacious ruang depan katil tu haaaaaa. Boleh muat 3-4 ketul toto lagi tu taaaauuuu. Punya la luuuaaasss.


Ini view bahagian wardrobe, toilet dan 2nd balkoni


Ninjia details view toilet eh


Yang ni kids pool


Yang ni bahagian adults pool dengan combination jacuzzi pool, sunken bar pool dan meditation pool


Pssttt, memang luuuaaaaasss ya amat bahagian pool ni. Siap ada bahagian kolam yang amat dalam kalau tak silap 9ft rasanya. Standard adults pool dekat mana-mana hotel kebiasaannya dalam 3-4ft ja kan. Saya tengok bahagian kolam yang dalam tu pun seriat dada wei. Bahagian tu memang telah ditanda dengan tali sebagai peringatan kerana bersambung dengan adults pool biasa tu. Semasa stay saya tu meditation pool tutup


Yang ni bahagian theme park pool



Akhir sekali ninjiaaaaa bertingkek-tingkek gambar, wajah2 kegembiraan Boboboy yang sekali sekala terselit wajah Ayah eh yang enjoy riang ria aidlifitri ber-poolin session sepanjang 3H2M di Bayview Beach Resort Penang


Psssttt, boleh nampak dak warna air kolam untuk theme park pool tu yang mula-mula tu ijau kuning ja keeeennnn??? Itu sebabnya pada hari pertama kami check in, water pump pool tu rosak. Elok dah dalm tengah hari sedikit baru pihak hotel maklumkan diorang telah setel repair, dan akan ambil masa untuk warna kolam tu bertukar jernih semula. Alhamdulillah on 2nd day of our stay, memang warna air kolam dah ok dah


Kalau nak diikutkan sebelum ini, di Bayview Beach Resort Penang ada juga playroom untuk anak-anak yang dipanggil Kids Play Land. Saya pernah review di SINI.  Cumanya visit kali ini saya terlupa terus bab playroom itu, so tak dapat la nak share current condition ka apa ka. Saya pun tak sure Kids Play Land itu masih ada ka, sudah tiada ka, memang ada tetapi tidak dibuka kepada pengunjung lagi ka, atau ada dan memang dibuka kepada pengunjung, he3. 


Secara TOTALnya kami memang berpuas hati setiap kali menginap di Bayview Beach Resort Penang. Memang sedari dulu lagi. Sebenarnya, jika nak dibandingkan sekarang harganya lebih murah berbanding dulu. Jika anda rujuk entry review saya sebelum ini, rate yang saya dapat untuk stay semalam ada yang RM300++ ada yang almost RM200. Itu pun bagi saya secara personal ianya yang terpaling murah bagi beach hotels di Penang tau3 pada ketika itu. Untuk kali ini saya booked 3H2M (bilik sahaja) melalui Agoda, hanya dalam RM375.00 sahaja. Ikutkan hotel dekat beach di Penang ni, semalam pun rate bilik boleh dekat RM400.00 dah taauuuuuu. Yang ni saya dapat rate untuk 2 malam, so bagi saya memang berbaloi-baloi la kan jika menginap disini bersama keluarga. And of course saya akan REPEAT lagi stay disini, InsyaAllah.



~~~ The End ~~~

0