Thursday, February 3, 2022

#tb Birthday Ayah Eh Tahun 2021 | October Baby

#tb Birthday Ayah Eh Tahun 2021 | October Baby

#tb Birthday Ayah Eh Tahun 2021 | October Baby | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sebenarnya saya nak kongsi sambutan hari ulang tahun kelahiran saya bersama Boboboy Januari baru-baru ni haaaaa. Tetapiiiiiiii, dalam dok belek-belek segala gambor, baru perasan yang tahun lepas (tahun 2021) saya belum lagi up entry birthday kami anak beranak. Satu entry birthday tahun lepas pun tiada rupanyaaaaaaa. Dahtu bila dicari-cari gambor sambutan birthday pada bulan Januari 2021 (birthday saya & Boboboy la kan3), satu gambor pun tak jumpa. Nan hadoooooooo weeeiiii. Semua tempat cari dah, dalam external hard disk, dalam handphone, dalam PC ofis, dalam labtop, semuaaaaaaaaaaa tiada, sob3, sob3, sob. Sedih sangat2 taaauuuu. Ikutkan pada Januari tahun lepas, 8 haribulan, Ayah eh buat surpise untuk Ibu dengan hantar birthday chocolate balloon dekat ofis. Then kami sekeluarga keluar makan malam. Seterusnya pada 12 haribulan, turn birthday Boboboy, Ayah eh beli kek Baskin Robbin dan belanja lunch dekat Pizza Hut pula. Simple celebration tapu penuh bermakna, dan frust sangat-sangat sebab sebijik gambar kenangan pun tiada, son3, sob3, sob3.

Nasib baik terjumpa juga gambor birthday celebration Ayah eh pada bulan Oktober 2021. Makanya adalah lebih baik saya share siap-siap di dalam blog kesayangan sebagai kenangan di masa depan. 



Celebration bermula tengah malam pabila telah memasuki tanggal 15 Oktober 2021


Psssttt, Ayah eh memang balik buat Grab Food lewat malam. So balik-balik Ayah eh akan terus mandi dan salin baju segala. Haaaaaa, time tu la Ibu & Boboboy set pasang lilin atas kek (yang Ibu sorok dalam peti ais :P). Elok Ayah eh keluor bilik terus Boboboy nyanyi Happy Birthday dekat Ayah eh, he3. Then sesi polo-polok cium anak beranak, barulah supper dengan kek SC dua ketui he3


Birthday lunch, Ayah eh request Pizza Hut 


Pssstt, tak taaauu la pasai pa tahun 2021 tu kami anak beranak soka makan Pizza Hut untuk birthday he3 :P Ater birthday Boboboy pun sama kan3, Nasib baik untuk birthday Ibu lain sikit, Ibu pilih makan ikan bakar


Birthday staycation, kita repeat Lexix Suites lagiiiiiiiiii


Pssstt, dah pernah review dah di SINI. Sebenornya main factor pilih Lexis sebab pool dalam bilik la kan3. Tapi setelah beberapa kali menginap disini, rasanya lepas ini akan skip sementara. Maciam dah boring pula he3. Tambahan pula stay kali ini, dalam bilik kami ada semut charlie weeeiii. Ye la staycation kali ni betul-betul selepas PKP 3.0, saya faham mungkin kerana bilik lama tidak digunakan. Cumanya rasa frustrated tu tetap ada. Saya tak la report atau komplen, kerana kalau diikutkan yang kami jumpa sepanjang siang, dan malam stay di situ tak sampai 5ekor. Tapiiiiiii, masih bahaya sebenarnya kerana ni bukan semut merah ka, semut hitam ka, ni semut charlie. Jika terkena kepada anak-anak mahupun dewasa boleh mendatangkan kesan yang teruk. Nasib baik kami anak beranak memang perasan dan sentiasa alert pabila di kawasan kolam. Alhamdulillah, tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini sepanjang staycation, syukur


Aktiviti 3 beranak dari mola check in smpai check out, kiranya berendam pool, makan, berendam bathtub, makan, sauna, makan, berendam lagi, makan, sauna lagi, makan, landing-landing, makan, berendam lagi, makan, sauna lagi, makan, dan ulaaaangg sampai abang Jamil mampos :P check out, he3. Haaa, lopa nak bagitau, kami dapat early check in, dalam 11.30am dah boleh masuk bilik dah, then saya request utk late check out, dalam 1.00pm. Kiranya puas la dapat lebih masa gitchew, he3.


Ini menu kudap-kudapan untuk birthday staycation 2H 1M di Lexis Suites Penang


Psssttt, yang takdak dalam gambar ialah menu nasi briyani ayam tandoori dengan naan cheese ayam tandoori dari Kapitan Majlis. Kami tapau siap-siap sebelum check in dan makan sebagai menu lunch dan dinner


View dari bilik kami


Sarapan pagi di tepian pool


Sesi penghabisan sebelum check out


Psssttt, mengkala kata dengan Boboboy Ibu Ayah ni keeeennn, 24/7 pun dia tak akan jemu dan penat berendam hoooooiii. Time tu Ibu Ayah dah surrender hokeyh :P. Bebetui lagi 15 minit nak check out baru laaaaaa anak seketul pueh ati berendam. So sharp 1pm, kami semua check out, dan berakhirlah birthday celebration untuk Ayah eh, Alhamdulillah


~~~ Then End ~~~

2 comments:

  1. hi. BW sini. meriahnya sambutan birthday Ayahnya. yang penting Boboboy hepi berenang sepuas hati. alamak, tak best plak kat part Charlie tu

    ReplyDelete