Apom Tosai Kampung Rawa | Makan Best Di Penang
Apom Tosai Kampung Rawa | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Dah nama pun saya duduk di Pulau Pinang, syurga makanan kan3, sudah semestinya la topik yang menjadi topik utama pastilah port makan best kan. Sila bertabah la yaaaa kalau singgah di blog saya asyik2 bab maakkkaaannnn ja he3. Kalau nak diikutkan terlampau banyak lagi port makan BEST di Penang yang saya nak share dengan para pembaca. Dari port sarapan pagi, ke port makan tengah hari, ke port minum petang, ke port makan malam dan juga port makan lewat malam. Kebanyakkan port makan best yang selalu saya dan family pergi adalah yang ORIGINAL Penang tau3. Kiranya bukanlah tempat-tempat viral tu haaaaa. Sebenarnya, kebanyakan port makan yang selalu dok viral tu, orang Penang memang tak pi pun ataupun dulu pernah pi, tapi bila viral dah tak pi dah, he3.
Oklah, kali ini saya nak share port makan best untuk sarapan pagi. Memang sedari husband kecil lagi dah makan disini. Saya sebagai bukan orang asal Penang, bila dah kenal dengan husband la baru mula makan disini (dah berbelas tahun yang lalu). Ajiom layan ceritera terperinci di bawah ini.
Gambar gerai
Psstttt, gambar ni ja yang jumpa sbb terdelete gambar full gerai sekali tempat makan. Sebenarnya gerai ini terletak di dalam astaka di hadapan bangunan JKP di jalan Sungai Pinang. Betul2 di tepi jalan. Ampa waze sajia senang cita he3. Dah nama pun Apom Tosai Kg Rawa kan3, sah2 la itu menu yang ditawarkan. Secara terperinci menu yang ditawarkan adalah terdiri daripada pelbagai jenis apom (biasa, manis, telur, telur cheese, pisang), pelbagai jenis tosai (biasa, telur, ghee), idli, vadai dan masala vadai. Selain itu, di dalam astaka ni ada juga pilihan gerai makanan yang lain tau3. Ada mee/bihun/ko teow longgok, ada roti jala, ada ko teow thn'g/sup, ada nasi lemak & lemuni.
Kesokaan kami 3 beranak jika ke gerai Apom Tosai Kg Rawa
Psssttt, paling terpahat di hati adalah vadai dengan tosai dia weeeiiii. Seriously tak kan dapat jumpa dekat tempat lain vadai seperti di sini tau3. Rangup krispy lapisan nipis luar vadai tu, then isi di dalamnya lembuuuiiiiitt. Keenakan rasa dia tak payah cakap la sah2 la sedap nak matik kan3 (bagi saya sekeluarga la nooooo). Memang licin semedang setiap kali angkat dari kuali tau3. Kemudian tosai dia jenis macam home made. Yang dok makan dirumah sendiri. Sedari saya kecik, setiap kali raya (aidilfitri ka aidil adha ka) saya pasti kerumah pakcik saya di Taiping, untuk menikmati tosai tau3. Dah berapa tahun PKP, tak dapat balik beraya, so terubat la rindu dengan makan tosai di gerai Apom Tosai Kg Rawa ni tau3. Tosai yang disediakan bukanlanh jenis yang lebar dan rangup nipis macam di restoran mamak yang besar2 tu haaaa. Ni jenis yang lapisannya agak tebal dan ianya lebih lembuutt dan bukanlah rangup semata-mata. Paling heaven apabila di makan bersama kuah signaturenya. Tu nampak dak di dalam gambar di atas tu yang bekas aluminium dengan 4 ruang tu. Haaaaaa, tu la bekas kuah eh. Ada kuah gulai ikan masin, kuah dalcha, kuah kelapa/chutney (merah & putih/hijau). Lagi satu kalau ampa perasan dalam talam makan aluminium yang dihidangkan jika dine-in di sana, mereka akan letakkan juga gula tau3. Mr Hubby bagitau memang pesen orang Penang makan macam tu. Kiranya cicah tosai/vadai/apom dengan kuah dan juga gula. Tapi saya memang tak pernah makan macam tu he3. Cukup dengan kedua-dua chutney dan sedikit gulai ikan masin, memang menjilat jari weeeiiii, he3.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment