Ibu & Boboboy 2022 Birthday Celebration | January Babies
Ibu & Boboboy 2022 Birthday Celebration | January Babies | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat penuh berkat. Semoga semua para pembaca sentiasa di dalam lindungan dan Rahmat Allah Taala, amiiiinnn.
Baiklah berkesinambungan dari entry sebelum ini, meh sini kita sambung lagi ceritera birthday celebration. Kali ini dengan al-kisah sambutan birthday Ibu dan Boboboy pada bulan Januari yang lepas. Dek kerana Ibu frust kerana telah menghilangkan segala gambor-gambor kegembiraan sambutan birthday Ibu dan Boboboy bagi tahun 2021, makanya untuk sambutan tahun ini Ibu balas dendam he3. Makanya sila bertabah jika entry ini terlalu panjang dan bersiri-siri gitchew naaaaaa he3.
Birthday lunch Ibu on 8 Januari 2022 di Streeto Pizza
Psstttt, sebenornya ini request dari Boboboy. Dah lama sebenornya Boboboy dok kata teringin nak makan pizza chicken chop ni. Makanya pada hari lahir Ibu tu, Ibu sepakat dengan Ayah, ikutkan sajia laaaaaa keteringinan anak seketul itu kan3. Kita ni mak ayah, asal anak bahagia kita lagiiii terlebih bahagia kan3
Air dan starter
Pssttt, sememangnya thorbaik la air dari Steeto Pizza ni. Milo dinosor tu generous betui weeii serbuk milo ateh dia, dan rasa air milo tu memang kaaawwwww. Yang green tea tu peeeerrrggghhh sedap nak mati. Menyesal pula ambil saiz biasa, kalau ambil saiz besor sama maciam milo tu lagiiiiiii puaaaassss. Mushroom soup dia pun sedap, cumanya garlic bread tu kureng sikit
Ninjiaaaaaaaaaa.....
Pizza chicken chop dari Streeto Pizza
Psssttt, ni nak bagitau awal-awal, mengkala kata ampa order pizza ni kena bertabah laaaa untuk menunggu. Kami hari tu, antara pelanggan terawal, tapinya lebih 30minit menunggu pizza tak dapat2. Orang yang datang kemudian siap setel makan licin segala pizza dan western foods, pizza kami tak dapat2. Muka mak ni tak boleh cover dah hooiii. Elok pelayan tu hantor pizza ke meja, dia minta maaf siap-siap sebab lambat. Maaf diterima tapi mak sound juga setepek, teruk benor haih nak buat pizza chicken chop, naik kebulor dah menunggu :P. Makanya, silalah jangan order pizza ni kalau tengah lapar, kerana ianya boleh mendatangkan amarah hooiiiii
Mentapau lunch dan dinner di Nasi Kandar Pokok Ceri, sebelum check in untuk birthday staycation
Psssttt, tak cukup Penang la weeiii kalau tak besa pekena nasi kandaq kat sini. Dekat sini tiap2 hari nasi dalcha, dan special pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad kerana ada nasi tomato. Kalau hari cuti umum pula ada nasi briyani dengan nasi minyak. Memang akan beratoq panjang sebab rasa sedap dan harga marhaen gitcheeewww. Setel tapau 5 bungkuih nasi dalcha, serta lauk pauk (kurma kambing, gulai ayam, ayam goreng, telur ikan, pedal & hati ayam goreng, sambal nyoq, papadom) baruuuuuu kita check in gitchew
Ninjiaaaaa bilik kami 3 beranak untuk birthday staycation 3H2M
Psssttt, untuk review hotel Bayview Beach Resort Penang ni tungguuuuuuuuu next entry naaaaaaaa
Segala mak nenek bekalan makanan birthday staycation kami 3 beranak untuk 3H2M
Kooooosssoooonnggg, koooossoooonngg, koosooooonnngg
Pssstttt, huntuuunggg jadi orang Penang kerana boleh bercuti dikala orang lain dah habis bercuti. Terasa hotel ini kami yang ponyyyaaaaaa, he3 :P
Having lunch and rilexing
Psstttt, dah puas poolin dari jam 10am-1pm, baru redha nak naik bilik semula. Itupun sebab peruit dah mulaaaaa gendang gendut kelaparan hooooiiiii. Pekena nasi kandaq pokok ceri, teruih tekedang kekenyangan 2 beranak ateh katil, layan tv, layan enset. Haaaaa, hari check in tu Ayah eh still kije. Tempat kije Ayah eh depan hotel ja pooooonng. So masa break dalam jam 1.30pm Ayah eh mai la makan & lepak bilik kejap he3. Then balik kije semula sampai balik dalam 5pm
Sambung sesi poolin di petang hari dalam jam 5.30 pm dan seterusnya singgah sekejap di pantai sebelum naik semula ke bilik
Psssttt, sepanjang staycation di Bayview Beach, sekali ni ja la jenguk pantai weeiii. Boboboy bukan beach boy kind of person he3. Setakat singgah tengok2 sajiiiiaaaa :P
Aktiviti malam, sah2 la makan2, kudap2, landing2 gitchew
Psssttt, tuuuu minyak angin tu penting wweeeeiii. Aternya dah sakan berendam dalam air, dah sakan dok telan maciam2, ooorraaaaattt mula laaaa nyut nyut bunyi eh :P
Tadaaaaaaa, hasil akhir hari pertama :P
2nd day lunch di Danish Briyani
Psssttt, dedolu favourite ni wwwweeeeeei. Tetapiiiii sekarang dah blacklist rasanya. Seriously out gila rasa semua masakan dia. Dedolu bagi saya briyani dia thorbaek, hameediyah pun kalah weeeeii. Ni dah jadi tasteless dah nasi briyani dia. Harapkan ayam tandoori ja ada rasa ok sikit. Even lamb kebab dia pun dah sesedap dulu. Air dia tak payah cakap la, memang kosong
Sesi poolin cap Ayah & anak selama 2 hari di bahagian play pool
Psssttt, memang heaven sebab orang nan haddooooooooo. Tambah2 masa sesi sebelah pagi. Memang puas kami jaaaa 3beranak dari jam 9/10am sampai 2/3pm. Sesi belah petang dalam after 5pm tu adalah juga orang lain, tapi still tak ramai. So memang selesaaaaaaaaa
Yang ni breakfast final day dengan sandwich sardin dan megi kari
Birthday dinner Boboboy pada 12.1.2022 di Chilli's
Psssttt, dah nama pun birthday Boboboy, so memang sah2 la Boboboy yang request nak repeat Chiili's he3
Cap Ayah & anak
Birthday boy turns 10th
Some of our choosen menu
Pssstt, time ni kids meal tak dop lagi. For birthday boy, Chilli's bagi 2 kids meal for free. Syukur, rezeki. Punya banyak makanan sampai tak boleh habis, kena tapau bawa balik
Molten Chocolate Cake, RM22.95
BBQ Beef Ribs & Chicken, RM51.95
Famous combination! A half portion of tender triple-basted beef ribs and a Monterey chicken breast. Served with rice & sweet corn on the cob
Oldtimer with cheese, RM24.95
The original. Made with a hand-seasoned beef patty seared to perfection topped with pickles, leaf lettuce, tomatoes, red onions & mustard
Kids meal : Hot diggity & fries
Psstt, yang tiada dalam gambor, tapau Gorilla cheese sandwich & fries
Air ambil 2 ja sebab FREE refill :P
Psstttt, paling soka air green guava dia. Boboboy sah2 soka milo, tapi on that day milo takda, sob3. So kami pilih juices ja la
Birthday boy tumpang posing depan sport car :)
Yang ni birthday movie treat pula
Psssttt, elok setel birthday dinner, Ayah eh kena sambung buat Grabfood la kan3. Ibu dengan Boboboy sambung dengan movie pulop. Boboboy request nak tengok Spiderman dengan seat D-Box haaaaaa. Jenuh bergegor2 kami 2beranak he3. Enjoooyyy sangat2. Lagi best sebab orang tak ramai, weekdays keeeeenn. Setel movie dalam 11pm juga la
Ini final surprise for Boboboy 10th birthday
Pssstt, setel movie, Ibu bagitau Boboboy nak ambil barang dekat rumah kawan Ibu. Time tu anak seketul tu dah mengantuk dan penat ya amat dah weeeeiiii. Ikutkan memang naik kereta dia nak hanyuit lena teruih dah. Tapiiiii Ibu tak bagi lena, Ibu paksa suruh tengok waze, dengan alasan Ibu tak tau jalan. Sepanjang jalan dah tersengguk-sengguk dah jantan seketul Ibu Ayah tu, he3. Last2 sampai, dah ada awek cun ready dok pegang birthday balloon. Dengan penuh control Boboboy turun pi ambil his birthday balloon. Memang muka tekuzat, tapi still control hensem sebab ada adik manis depan mata he3. Adik manis tu anak owner surprise balloon. Patutnya balloon tu deliver dekat rumah after dinner, tapi tiba2 kan Boboboy request nak tengok wayang, tu yang kena pi pick up sendiri dekat rumah owner surprise balloon tu
Alhamdulillah, kami touch down di rumahku syurgaku tepat2 jam 12tengah malam. Boboboy sampai terlena haaaa dalam kereta he3. So selesai sudah semua birthday celebration Ibu & Boboboy. Syukur kehadrat Ilahi dengan rezeki dan peluang untuk kami meraikan hari yang penting ini sekeluarga.
~~~ The End ~~~
Hbb buat boboboy dan ibunya
ReplyDeletetq3
Delete