Restoran Kakak Bising | Makan Best di Penang
Restoran Kakak Bising | Makan Best di Penang | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Dalam dok berehat bersama keluarga tu, meh sini saya layoq satu lagi port makan best di Penang untuk tatapan sekeluarga anda, he3. Nama habis unik tau gerai yang saya nak share ni >>>>>>>>>>>>>> Restoran Kakak Bising. Haaaa, unik keeeeennnn. Kalau nak tahu apa yang sedap, apa yang best, apa yang unik di sini ajiiooooooomm kita layan ceritera bergambar di bawah.
Inilah dia Restoran Kakak Bising ittteeeewwwwww
Pssstttt, ianya bukanlah restoran mewah bagai naaaaa. Lebih kepada kedai di tepi flat kos rendah di bawah teduhan pokok yang merimbuunnn gitcheewww. Dah kenapa nama kedai ni Restoran Kakak Bising???? Haaaaa sebabnya ada kakak bising laaaaa, sebab tu nama dia macam tu, he3. Owner kedai ni seorang kakak yang mulutnya sentiasa biiiiisssiinggg. Haaa, mengkala kata anda pergi makan disitu, baru anda akan tau, tahap mana bising, bila bising, kenapa bising, macam mana bising segala tu la. Nasihat saya just jadikan ianya sebagai tontonan dan halwa telinga dan nikmatilah makanan di atas meja anda, he3. Sebenarnya sudah berbelas tahun juga saya sekeluarga makan di sini. Dari mula-mula operasinya dulu, owner a.k.a kakak bising tu yang tukang masak/goreng sehinggalah sekarang sudah bertukar tangan kepada 2 orang adik lelakinya. Jika hendak diikutkan, makanan yang terkenal disini adalah nasi sup, bihun/ko teow sup, nasi goreng (ayam/daging/udang) dan juga CKT (ayam/daging/udang) eh. CKT eh jenis yang kering naaaaaa, bukan jenis berair/berkuah bagai tu. Waktu operasi adalah dari jam 10am sehingga habis, dan kebiasaanya dalam tengah hari (sebelum jam 1pm) dah licin lincau dah semua weeeeiii. Ikutkan dekat sini ada beberapa buah gerai lain, yang menjual minuman, masakan thai, nasi kandar dan juga goreng-gorengan ringan. Tapi saya tak berapa sangat dengan makanan gerai lain tu. Cumanya dulu sebelah kedai kakak bising ni ada gerai tomyam yang memang BEST. Timing gerai tomyam ni lari sikit dari kak bising, ianya mula tengah hari sampai ke malam. Jadinya jika waktu pagi memang akan makan dekat kakak bising, untuk lunch atau dinner baru akan makan dekat tomyum. Tapinyaaaaaa, sedari mula PKP, kedai tomyum itu tak buka dah sehingga sekarang. Mereka asal Thailand, dok rasa balik sana, tak mai-mai dah. Dan sekarang dah ada orang lain ganti buat kedai tomyum tu, tapi kami belum cuba lagi la
Ninjiaaaaa menu repeat kami setiap kali ke Restoran Kakak Bising
Pssstt, kami sekeluarga memang hantu dengan nasi goreng ayam dan CKT Restoran Kakak Bising. Dedulu dalam CKT ada kerang, then kita boleh pilih tambahan daging/ayam/udang. Tapinya sekarang dah tak dak kerang, sob3. Lagi satu, saya paling suka masa kakak bising yang buat menu tu tau3, kiranya air tangan asal gitcheeeww. Bila turun ke adik-adik lelaki dia, kadang ok kadang tak berapa ok. Ni kalau nak dibandingkan dengan hasil air tangan kakak bising la tau3. Tapi still OK la ditekak saya, sebab tu saya masih repeat. Part nasi goreng dia pun sama juga, tapi tak la seketara macam CKT tu. Dulu walau nasi goreng dia memang jenis nasi goreng kosong, tapi dalam dia tetap ada telur sedikit. Sekarang ni pula, memang betul2 kosong, he3. Tapi rasa masih sedap la. Yang menambahkan kesedapan menjilat jari adalah ayam goreng eh yang rangup dan juga sambal belacan pedas berdesing ittteeewww. Memang tak boleh berhenti jika mula makan weeei. Lagi satu yang menjadikan Kedai Kakak Bising ini tumpuan kerana harganya yang marhaen gitchew
No comments:
Post a Comment