Superior Hill View Room, Bayview Beach Resort Penang | Ibu & Boboboy Birthday Staycation
Superior Hill View Room, Bayview Beach Resort Penang | Ibu & Boboboy Birthday Staycation | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari, hari Jumaat penuh barakah. Sememangnya semakin lama, masa itu sepantas kilat. Baruuuuu ja rasa memasuki tahun 2022, tup2 sekarang dah memasuki bulan kedua tahun 2022 dah haaaaa. Sekarang ini kes Covid-19 semakin mencanak-canak dek kerana gelombang Omicron. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, amiiinnnn.
Baiklah, sebenarnya entry hari ini, saya nak review tentang birthday staycation Ibu & Boboboy pada bulan Januari yang lepas. Boleh rujuk entry INI. Dan kalau nak diikutkan, Bayview Beach Resort Penang ini merupakan salah sebuah hotel yang kami sekeluarga minati dan akan pilih jika inginkan family staycation. Dari masa arwah Opah eh ada lagi dah mula stay dekat hotel ni. Antara sebabnya adalah kerana harga yang mesra rakyat marhaen macam kami, serta segala kemudahan serta lokasinya. Saya juga pernah buat review sebelum ni di SINI dan SINI. Kiranya time tu Bayview Beach Resort ni masih dengan carpet flooring eh, gabak besor side sofa eh dan kerusi pelestik di balkoni eh :P. So kali ini merupakan 1st time la kami kembali ke Bayview Beach Resort setelah ianya refurbish gitchew. Ajiom layan review personal saya untuk tahun 2022.
Bayview Beach Resort Penang
Our choosen room untuk kali ini adalah Superior Hill View Room
Pssttt, untuk pertama kali kami melangkah masuk kedalam bilik, our 1st impression is ssssoooooooooo spaciooouuuuuusss. Serius luas ya amat bagi kami 3 beranak he3. Mungkin kerana kami dapat bilik bahagian corner kot, tu yang besar sangat2 tu. Siap ada 2 balkoni weeii. Satu dekat bahagian katil dan satu lagi dekat bahagian tandas. Perbezaan bilik sekarang sesudah di-refurbish, antaranya adalah flooring eh dah tukar kepada vinyl, sofa dah jadi long side sofa bench, dan kerusi meja balkoni adalah lebih cantik (jenis yang macam anyaman rotan tu haaaaa). Cumanya yang agak kurang sesuai skit ialah jarak antara katil dan tv tu haaaa, jaauuuuhhh sangat laaaaaa. Bagi wanita rabun yang tidak suka memakai cermin mata seperti saya ini, memang sukkaaarrr mononton ketika melanding di atas katil, jenuh jegil biji mata he3.
Ini view bahagian bedding, sesudah saya tukar sedikit susun atur di dalam bilik dengan memindahkan long side sofa bench ke sebelah katil
Pssstttt, lagiiiii la nampak bilik tu luas kan3. Sofa tu untuk Boboboy, katil untuk Ibu & Ayah he3. Ni kalau datang sini ramai-ramai pun boleh tau3. Bawak toto, hampaq ja dekat that spacious ruang depan katil tu haaaaaa. Boleh muat 3-4 ketul toto lagi tu taaaauuuu. Punya la luuuaaasss.
Yang ni bahagian adults pool dengan combination jacuzzi pool, sunken bar pool dan meditation pool
Pssttt, memang luuuaaaaasss ya amat bahagian pool ni. Siap ada bahagian kolam yang amat dalam kalau tak silap 9ft rasanya. Standard adults pool dekat mana-mana hotel kebiasaannya dalam 3-4ft ja kan. Saya tengok bahagian kolam yang dalam tu pun seriat dada wei. Bahagian tu memang telah ditanda dengan tali sebagai peringatan kerana bersambung dengan adults pool biasa tu. Semasa stay saya tu meditation pool tutup
Yang ni bahagian theme park pool
Akhir sekali ninjiaaaaa bertingkek-tingkek gambar, wajah2 kegembiraan Boboboy yang sekali sekala terselit wajah Ayah eh yang enjoy riang ria aidlifitri ber-poolin session sepanjang 3H2M di Bayview Beach Resort Penang
Psssttt, boleh nampak dak warna air kolam untuk theme park pool tu yang mula-mula tu ijau kuning ja keeeennnn??? Itu sebabnya pada hari pertama kami check in, water pump pool tu rosak. Elok dah dalm tengah hari sedikit baru pihak hotel maklumkan diorang telah setel repair, dan akan ambil masa untuk warna kolam tu bertukar jernih semula. Alhamdulillah on 2nd day of our stay, memang warna air kolam dah ok dah
Kalau nak diikutkan sebelum ini, di Bayview Beach Resort Penang ada juga playroom untuk anak-anak yang dipanggil Kids Play Land. Saya pernah review di SINI. Cumanya visit kali ini saya terlupa terus bab playroom itu, so tak dapat la nak share current condition ka apa ka. Saya pun tak sure Kids Play Land itu masih ada ka, sudah tiada ka, memang ada tetapi tidak dibuka kepada pengunjung lagi ka, atau ada dan memang dibuka kepada pengunjung, he3.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment