Tuesday, August 30, 2022

2H1M JJCM & Sisturs KL Short Staycation | Kakakku Seru, Bukan Kekasihku Seru Naaaaaa :P

2H1M JJCM & Sisturs KL Short Staycation | Kakakku Seru, Bukan Kekasihku Seru Naaaaaa :P

2H1M JJCM & Sisturs KL Short Staycation | Kakakku Seru, Bukan Kekasihku Seru Naaaaaa :P | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa untuk semua pembaca kesayangan. Hari ni excited nak mulakan ceritera JJCM & Sisturs Short Staycation yang terkini. Iaitu over the weekend baru-baru ni ja haaaaa. Saya dengan Boboboy (just the two of us) ke Kuala Lumpur, al-kisahnya dek kerana kakakku seketul telah menyeru dan ghindu dengan adik seketul eh ni haaaaa. Alang-alang tu kita ON terus itinerary JJCM & Sisturs Short Staycation la keeeennn.


Sebenarnya, sepatutnya kami bercuti-cuti Hari Raya Aidilfitri bersama-sama, tapi ketika itu Allah uji kakakku sekeluarga positif Covid 19 pada hari kami sekeluarga bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur. Hotel dah booked, itinerary pun dah siap, makanya berayalah hanya kami 3 beranak sahaja di hotel waktu itu. Entry ceritera penuh cuti-cuti Aidilfitri 2022 pun saya masih berhutang naaaaaa :P. Nanti la ya saya coretkan untuk kenangan. Untuk kali ini saya akan coretkan dahulu mukadimah bagi JJCM & Sisturs Short Staycation yang terkini dulu gitchew. Ajiiioooomm layan ceritera bergambar dibawah...........


Boboboy seketul yang tidak sabar menunggu ketibaan bas eh untuk ke Kuala Lumpur


Psssssttt, oleh kerana kami ke Kuala Lumpur hanya berdua, makanya sah-sah2 la kami memilih untuk menggunakan kemudahan awam. Plan asalnya nak naik keretapi tau. Punyalah lamaaaaa saya tak naik keretapi, sehingga saya tak tahu yang sekarang ini sudah tidak ada perkhidmatan keretapi malam yang biasa tu haaaa (gabungan gerabak kerusi biasa & katil). Yang ada hanya ETS. Bila saya check harga, ohoooiiii bapookkk mahai. Tak berbaloi, total untuk 2 orang harganya lebih mahal dari harga penginapan hotel kami di Kuala Lumpur untuk 1 malam tau3. So tukar plan untuk menaiki bas pula. Alhamdulillah rezeki dapat bas murah dan selesaaaaa sangat-sangat. Nanti saya akan up entry khas review 2 jenis bas yang kami gunakan untuk pergi dan balik Kuala Lumpur naaaaaaaa. Untuk kali ini, meh sini saya bagi teaser dulu bas kami semasa menuju ke Kuala Lumpur. 
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Like a boss kan Boboboy seketul :P


Psstt, perjalanan memang cepat sungguh, dalam 4jam sahaja. Kami bertolak jam 11.30pm (Jumaat) dan tiba di KL Sentral belum pun jam 4am (Sabtu) tau3. KL Sentral pun belum buka he3. Selepas itu, kami menaiki monorail terawal iaitu pada jam 6am dan terus ke stesen Medan Tuanku iaitu stop yang paling hampir untuk ke hotel kami. Waktu tu sudah menghampiri jam 7am, dan sudah mula cerah. Memang lengang la Kuala Lumpur di awal pagi Sabtu itu. Semuaaaaaa kedai tutup weeeeeeiii. Saya boleh terima lagi kedai-kedai lain tutup, tapiiii kalau dah sampai kedai MAMAK pun TUTUP apa ceeerrr hoooiiii. Dah 7.30am pun tak buka. Sepanjang perjalanan kami 2 beranak berjalan kaki dari Stesen Monorail Medan Tuanku tu ke hotel (yang terletak di Jalan Munshi Abdullah dan kami juga melalui Jalan Dang Wangi), ada dekat 5 restoran mamak dan semuaaaaa TUTUP weeeiii. Ini termasuk gerai makanan tepi-tepi jalan dan lorong, puuuunnnn TUTUP weeeeiiii. Orang KL tak makan pagi kaaaaaa????? :P Serious tak macam Penang :P. Huntong lagi dok Penang, bab makan tak susaaaahh. Pusing pi la tang mana, dari gelap sampai la hari cerah dan kemudian gelap semula, pasti ada makanan :P. Nasib baiklah akhiiirrnyaaa kami temui juga seketul kedai mamak yang buka ketika detik 7.40am :P. Boboboy seketul tu dah lapar ketar-ketar dah, walaupun Ibu dah bagi dia makan roti gardenia :P. Makanya lapik perut dengan sekeping roti canai & milo suam dahulu. Ini kerana Ibu ada misi JJCM pagi tu, iaituuuuuu di..
v
v
v
v
v
v
v
v

Ali, Muthu & Ah Hock


Psssttt, memang dok aim nak makan sini sebab cravings dari masa cuti-cuti Aidilfitri hari tu lagi. Tapi time tu tak dapat makan sebab masih TUTUP (cuti raya keeennn). So kali ini kita bedal sepuasnyaaaa. Sampai 2 kali makan dekat sini tau3. Untuk details review nantikan entry berasingan juga naaaaaaaa.


Our stay for 2D1N >>>>> Silka Maytower Kuala Lumpur


Psstt, yang ni pun sila nantikan review details berasingan selepas ini :P. Ok meh kita sambung ceritera seterusnya di hari kejadian dulu naaaaa. Selepas setel sarapan di Ali, Muthu & Ah Hock, kami terus berjalan menuju ke hotel kami. Setel pendaftaran di kaunter dan seperti biasa sementara tunggu dapat kunci bilik, kita mengisi masa di kolam renang dahulu laaaaa kan3


Boboboy seketul keseorang pada permulaanya


Ini pabila sekupu-sekupu eh tibaaaaaaaaa


Pada awalnya Boboboy hanya bersendirian, waktu itu dalam jam 9.30am. Kakakku anak beranak sampai dalam jam 11.30am, dan terus join poolin duluan. Siap ada kudap-kudap burger Mc D time tu, buat lapik perut anak-anak yang kelaparan selepas mandi. Dah puas anak-anak mandi manda, dalam jam 1.30pm, baru ambil kunci dan masuk bilik. Rehat sebentar dan segarkan diri terus keluar menuju ke Sogo pula dengan misi JJCM & window sopim gitcheewww. Owh yaaa, kami ke Sogo hanya berjalan kaki juga naaaaa (ambil masa dalam 8-10minit). Sesampainya di Sogo kami terus terjah Food Garden eh. Sah-sah la ini kerana kami semua kembali kelaparan :P, dan kami ada misi JJCM gitchew. Kali ini misi eh adalah....
v
v
v
v
v
v
v
v

Tepanyaki Sogo Food Garden


Psssttt, Boboboy seketul tu saja yang nak ber-Nandos hoooiiiii. Ok, kembali kepada kisah Tepanyaki Sogo ni, ini merupakan tepanyaki yang paling kena dengan tekak Ibu haaaaa. 1st time pekena masa cuti-cuti Aidilfitri haritu, balik Penang memang teringat-ingat weeeeeii. Bagi citarasa saya secara peribadi, tepanyaki Sogo ni jauuuuhhh lebih sedap dari tepanyaki Pavilion yang viral, yang orang ramai dok sedia beratur tu haaaaa weeeiii. Review details khas untuk tepanyaki ni pun nanti saya up kemudian naaaaaaaa :P. Setel makan, terus window sopim dalam Sogo. Elok nak dekat jam 6pm, baru gerak balik, tapiiiiii kita singgah Pasar Malam Kuala Lumpur (jalan TAR), tapau dinner merangkap supper duluan
v
v
v
v
v
v
v

Antara makanan hasil tapau-an pasar malam


Pssttt, review JJCM ni pun sila tunggu entry asing :P. Malam tu kami balik dari pasar malam, kami cuma lepak dalam bilik hotel sahaja. Makan-makan, then anak-anak main-main gaduh-gaduh, Ibu Ummi gossippssssssss. Tidur awal dalam jam 9pm kerana esok paginya kena sambung misi JJCM lagi. Sah-sah la kami repeat.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ali, Muthu & Ah Hock


Pssttt, kali ni repeat dengan rombongan Cik Kiah #eh3 Cik Shikin :P. Setel sarapan kami kembali berjalan pulang ke pangkal jalan #eh3 ke hotel untuk sesi poolin kali terakhir gitchew


Sekupu-sekupu bergumbiraaaaaaaaa, Alhamdulillah


Pssttt, setel poolin dalam jam 11am, naik semula ke bilik, kemas apa yang patut, bersihkan diri dan bersiap untuk check out. Dalam jam 12tengah hari kami check out, kami bermaafan, kami berpelukkan, kami berciuman, kami berdrama ayor mata 3saat di lobi hotel dan kakakku terus dihangkut pulang oleh tok laki eh :P. Saya dan Boboboy meneruskan perjalan pulang kami dengan ke stesen monorail Medan Tuanku untuk ke stesen Bukit Nanas dan seterusnya tukar laluan ke stesen LRT Dang Wangi untuk ke KLCC. Ini kerana kami menggunakan bas Aeroline bagi perjalanan pulang ke Penang dan pick up point di KL terletak di Corus Hotel Kuala Lumpur (dekat dengan stesen LRT KLCC). Tiba di stesen LRT KLCC, kami timbul #eh3 keluar di laluan K-Avenue dan singgah isi perut sebentar di KFC sebelum terus berjalan kaki ke Corus Hotel (dalam 5minit). Bas kami adalah pada jam 4pm


Boboboy seketul tengah lapik peruit eh :P


Boboboy seketul di dalam bas Aeroline pulang ke Penang


Pssstttt, lebih kurang jam 4pm kami memulakan perjalanan kembali ke Penang dan tiba di Penang dalam jam 9pm. Seterusnya, kami dua ketul dihangkut oleh Ayah eh pulang kerumah :P. Maka berakhirlah JJCM & Sisturs KL Short Staycation. Alhamdulillah 2hari yang sangat gembira buat anak-anak dan Ibu Ummi. Penat, pack & hectic, but kami semua betul-betul enjoy, syukur. Semestinya akan repeat lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiii



~~~ The End ~~~

1 comment: