Resepi Homemade Tosai | Resepi D'Dapor
Resepi Homemade Tosai | Resepi D'Dapor | Assalammualaikum dah selamat pagi Jumaat semua. Ohhoooooiiii, dia mula dah dok maaaaiiiiii Madam 'M" tu haaaaa ditambah perisa dengan Cik 'B', ni hoooiiiii. Maka kejadian akhirnya menghasilkan blog picisan yang men-sawang (adakah perkataan ituuuuuuu, hentam sajalah kan3 :P). Tahu ka tidaaaakkk apa yang puan blog dok merempan ni wwweiiii?? He3. Ni haaaaa, dalam dok elok-elok dah ada momentun sikit, baru sikiittt naaaaaa momentum rajin update entry dalam blog picisan niiii, tup2 tibbeeeerrrr dah mai pula MALAS tambah BUSY, dan akhirnya entry blog picisan ini mulai hidup segan, mati tak mahu, untuk seketika. Seketika kaaa??? Anggap ja la seketika naaaa :P. Aduduuuuuduuuu, inilah merupakan permasalahan yang tidak pernah berkesudahan bagi seorang blogger sambilan picisan, yang melukut ditepian gantang, yang hendak ditelan mati emak diluah mati bapa, dan juga untung sabut timbul untung batu tenggelam. #eh3, tiber2 pulaaaa dok merepek puan blog, iyeerrr la masih dok emo dek kerana drama 'Risik pada hati' tu haaaaaa :P.
Ishhhh, sudah jauh menyimpang dah bebelan puan blog ni he3. Baiklah kembali semula ke pangkal jalan, tujuan sebenar entry blog kali ini. Iaitu untuk berkongsi satu resepi istimewa haaaa. Serious, saya baru tersedar, rupanya dah berabad lama betul saya tidak share resipi rejaman D' Dapor saya ya. Last entry resepi-arwah-opah-eh-ikan-cencaru-belah-belakang, pada September 2020 tu hoooiiiiii. Nak dekat 2tahun dah rupanya, aduduuuuuu. Tapiii, bila saya check details lagiii, rupanya last saya betul-betul share resepi D' Dapur ialah pada tahun 2017 sebenarnya. Ini kira entry full resipi yang terperinci la. Selepas tu dah mula slow, sekadar 1-2 entry full sehingga tahun 2020, dan selebihnya sekadar share menu air tangan dalam WW sahaja. Sekali lagi, jomlah kita beradudduuuuu dengan diri sendiri he3 :P.
Tengok tu, masih merempan lari tajuk he3. Baiklah sebelum saya merempan merepek meraban semula, jomlah kita teruskan entry ini dengan resepi ISTIMEWA iaitu TOSAI. Ianya juga sebenarnya dikenali sebagai dosa atau dosai atau dosey yang berasal dari selatan India (ini maklumat saya dapat dari google ya :P). Resepi ni mak saudara saya yang punya taaaauu. Sebenarnya sebab utama tercetusnya penyebab untuk saya mempelajari dan mula cuba membuat tosai sendiri adalah kerana PKP. Dek kerana PKP, dua tahun saya tidak dapat merasai hidangan tosai kesukaan saya ini. Untuk makluman semua, setiap tahun, dari saya kecil sehingga dah tua bangka ni, memang setiap tahun kami sekeluarga akan pergi beraya di rumah makcik saya di Taiping untuk menjamu selera sepuasnya hidangan tosai istimewa, air tangan makcik saya taaauuu. Semua saudara mara jauh dan dekat pun akan turut sama ke rumah makcik saya ni demi tosai eh tu haaaaa. Makanya pada hari raya kali kedua dalam PKP, saya buat keputusan untuk buat sendiri menu tosai di hari raya, giitttuuuu. Ajiioooomm layan resepi seperti di bawah.................
Tosai Homemade
Bahan-bahannya:
2cawan beras
1 1/2 cawan kacang hitam (tanpa kulit) - ada di kedai runcit india atau pasaraya
1 mangkuk sedang nasi
Cara-caranya :
kacang & beras rendam lebih kurang 14 jam
kemudian cuci dan kisar sehingga halus bersama nasi
kemudian masukkan garam dan biar lebih kurang 9 jam
bahan akan naik & berbuih sedikit
kacau rata adunan dan sudah boleh mula memasak (gunakan non stick pan atau piring nipis besi)
Bahan-bahan tosai
Beras & kacang hitam direndam dahulu sebelum dikisar bersama nasi
Psssttt, nama ja kacang hitam, tapi warnya putih naaaaaaa. Ini sebabnya jika dibeli ianya telah dikopek kulitnya itu tau3. Kacang ini boleh sahaja di dapati di mana-mana kedai India atau mamak naaaaaaa
Hasil kisaran (beras, kacang hitam dan nasi)
Hasil kisaran sesudah dibiarkan selama 9 jam
Tuuuuuuuu, nampak dop tu bintik-bintik buih-buih cinta #eh3
Itu tandanya adunan tosai menjadiiiiikkkk
Sukanyaaaa la hati ini
Berbunga-bunga, mekar di taman terus :P
Pssstttt, al-kisahnya, walaupun pada asalnya adunan memang menjadi dengan elok, tetapiiiiiii timbul pula masalah apabila hendak menggoreng, #eh3, memasak tosai itu di atas kuali. Sebabnya sah-sah la tosai ni kita masak tak gunakan minyak tau3. Lepastu, kalau hendak diikutkan jenis tosai resipi dari makcik saya ni bukan yang macam biasa kita makan di kedai mamak konvensional tu taauuu. Yang jenis nipis, garing, lebar, memanjang dan besar tu haaaaa. Ini lebih kepada jenis tosai tradisi dan asli. Jenis ini rupa kejadiannya adalah sedikit tebal, bentuk bulat, saiznya cuma sedang-sedang sahaja dan teksturnya lembut2. Jika nak menikmati yang jenis ini biasanya hanya boleh didapati di kedai mamak atau india yang asli/original. Contohnya kalau di Penang, ada beberapa gerai tepi jalan atau restoran kecil keluarga yang terdapat di little India. Ataupun yang dapat kita makan di rumah, homemade oleh mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek, kenalan berbangsa India atau berketurunan mamak mami giteewww
Tuuuu nampak dak hasil pertama kejadian tosai-ku
Psssttt, dah macam rupa lempeng dah hoooiiii, he3 :P.
Iyerla untuk memasak tosai ni, sepatutnya menggunakan kuali non-stick atau tosai-pan atau piring leper besi khas (yang memang diguna untuk masak tosai ka, capati ka)
Kuali saya pakai tu betul dah. Jenis non stick pan. Tapinya kaedah memasaknya yang lariiiiiii.
Untuk meleperkan adunan tosai diatas kuali, kita perlu menggukan kole stainless steel yang leper dibawahnya tu
Sekali lagi gambar ihsan google
Tapinyaaaaa, dah kole tu tiada, saya bedal ja dengan menggunakan cawan plastik yang juga agak leper permukaan bawahnya he3 :P. Itu yang rupa kejadiannya tak berapa nak semenggah tu, dah macam lempeng segala tu haaaa he3. Lagi satu kesilapan sewaktu awal-awal memasak tosai tu, saya terlupa nak basahkan permukaan kuali sedikit. Kalau anda pernah lihat, di kedai mamak, sebelum meleperkan adunan tosai, mereka akan merenjis air diatas kuali panas mereka sehingga mengeluarkan wap dan bunyi desir air tu kan3. Baruuuu la mereka memulakan proses meleperkan adunan. Haaaaa, step itu yang saya terlepas pada awalnya dan juga menyebabkan hasil akhir tosai saya seperti lempeng. Tetaappiiiiiii, walaupun rupa eh kelaut dalam, tetapi rasanyaaaaaa menusuk kalbu, gituuuuuuu. Tengok betapa confidentnya seketul Ibu yang pertama kali sesudah hidup di alam ini selama 40thn, pertama kali membuat tosai. Keyakinan ini hadir kerana memang tak sempat Ibu nak siapkan the next tosai, anak seketul tu dah angkat pinggan ke dapur minta tosai lagi weeeeiii
Akhirnya wajah indah tosai-ku, sesedap rasanya, gituuuuuuu
Psssttt, saya suka makan tosai dengan kari daging atau ayam dan juga chutney. Tapinya pada hari kejadian tak sempat dah nak belajar buat chutney :P. Makanya makan sajalah dengan kari daging Ibu tuuuuuu. Ikutkan satu adunan ni memang banyaaakkk. Saya cuma buat separuh adunan tu tau. Tu pun kami 3 beranak makan dari pagi sampai ke malam weeeii. Memang puas betul
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment