Riadah Keluarga Kecilku | Pusat Hiburan Keluarga, Perangin Mall
Riadah Keluarga Kecilku | Pusat Hiburan Keluarga, Perangin Mall | Assalammualaikum dan selamat petang. Hari Sabtu sememangnya hari WAJIB "Family day" keluarga kecil saya. Kami ni 3 ketul sahaja, tapiiiii tetap kena ada "Family day" taaaauuuuu. Walaupun kami sentiasa bersama, tapiiiii tetap kena ada spesifik time "Family day". Kerana masa itulah kami 3 beranak betul-betul spend time untuk gembira bersama-sama, enjoy foods yang sama-sama teringin nak makan, beriadah dan bermain bersama-sama, berjalan bersama-sama, maksud saya betul-betul spend time toghether, hanya fokus tentang "KAMI", gittcheeeewwwww.
So, kali ini saya nak share satu lokasi riadah keluarga yang kami pergi beberapa kali untuk "Family day" kami, iaitu yang terletak di Prangin Mall, Penang. Ianya merupakan "Pusat Hiburan Keluarga", dan terletak di tingkat 5. Boleh dikatakan ianya "one stop centre" juga la, kerana pelbagai kemudahan hiburan ada disini. Kiranya ada bahagian berasingan yang menempatkan karaoke box, game & play zone untuk dewasa dan kanak-kanak, bowling dan juga snooker. Ada bahagian yang boleh dinikmati seisi keluarga dan juga ada bahagian yang khas untuk dewasa sahaja.
Semestinya kami 3 beranak hanya mengunjungi bahagian yang dibolehkan untuk semua golongan la kan3, ater nak beriadah bersama anak seketul, takkanlah nak enjoy ke snooker ka, atau bahagian game dewasa tu haaaaa. Soooooo ajiom layan ceritera bergambar serba sedikit aktiviti riadah kami di Pusat Hiburan Keluarga, Prangin Mall.
Sah-sah la karok aktiviti wajib :P
Pssstt, dah nama pun karaoke box, kualiti music dan bunyi dia ala kadar sajia la kan3. Janganlah nak dibandingkan dengan pusat karaoke berbilik dengan sound system tu haaaaa. Harga pun murah sangat haaa, RM1/lagu weeeeii. Sebelum mula, kena try & error dulu mic. dia naaaa, sebab banyak yang dah tak berfungsi
Dua beranak tu dok main di game & play zone
Pssttt, asyik game tembak, dan racing ja laaaaa dua ketul ni haaa. Banyak juga tau jenis game yang ada, dan harganya memang sangat murah, ada yang hanya RM1/game dan ada juga RM2/game, dan tempoh game dia lama. Ini kalau saya bandingkan dengan game zone seperti di Aeon Mall QB tu ka. Kan satu game RM4, dah tu sekejap bebenor hooiiii. Dah la sekarang kena pakai jenis kad top up bagai tu. Kena daftar bayar kos kad tu bagai la, ada minimum top up bagai laaaaa. Dekat sini senang, kita tukar seringgit pun boleh, seringgit dapat 2 coin, boleh main satu game. Macam kami, mula tu tukar RM5 ja, lepas tu tambah lagi, tambah lagi he3
Hat ni sesi repeat Ibu & Boboboy pada hari Isnin, selepas habis sekolah, sebab Boboboy seronoookkkk sangat main disitu, he3
Pssstt, "Family day" Sabtu seterusnya pun kami repeat lagi di Pusat Hiburan Keluarga, Prangin Mall tu taaauuuuu. Kali ini bukan setakat game & play zone sahaja, kami lajak ke bowling zone samaaaa
v
v
v
v
v
v
v
Ayah eh perturunkan ilmu dekat Boboboy
Giliran Boboboy tunjuk skill sendiri pulaaaaaaaaa
Wajah BAHAGIA inilah yang Ibu Ayah dambakan, gitcheeewwww
Final Score.....
Pssstt, main dua round ja game. Ikutkan Boboboy tu nak lagiiiiiii. Tapi Ayah eh tak larat dah haaiiihh. So Ayah eh janji akan repeat lagi dihari yang lain, gitchew.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment