Ketam Nipah Kini Menjadi Dambaan Hati | Aneka Resepi D'Dapor
Ketam Nipah Kini Menjadi Dambaan Hati | Aneka Resepi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah lama nak share resepi isketambola #eh3 ketam nipah ni tau3. Jikalau nak diikutkan, ini merupakan pertama kali saya makan ketam nipah, iaitu pada tahun lepas, semasa PKP melanda. Sebab masa tu memang cari siap-siap pembekal ketam nipah sebagai persediaan Covid-19. Iyerlah, kan ramai yang war-warkan makan sup ketam nipah ini bagus untuk memulihkan dan menguatkan diri jika dijangkiti Covid-19. Kita cuba usaha masa yang boleh, Allah menentukan kan3.
Makanya untuk perkongsian resepi hari ini, meh sini saya share dua resepi yang enak dibuat jika anda ingin memasak ketam nipah, iaituuuuuuuuuuuu >>>>>>>> Chilly Crab dan juga Sup Ketam Nipah. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.........................
Chilly Crab
Ninjiiiaaaaa ketam nipah hidup-hidup
Pssstttt, pertama kali hidup diatas muka bumi selama lebih 40thn, saya beli ketam hidup-hidup dan perlu bersiang sendiri dirumah. Ketam nipah ni saya beli dari pembekal yang terus COD kerumah. Harga adalah mengikut saiz (A, B, C dan D). A adalah saiz yang paling besar dan harganya RM65/kilo (sekilo ada 2-3ekor), kemudian B dengan harga RM50/kilo (sekilo ada4-5ekor), C dengan harga RM35/kilo (sekilo ada 6ekor), dan yang paling kecil saiz C dengan harga RM30/kilo (sekilo ada 8-9ekor)
Cara membunuh #eh3 menyiang ketam nipah hidup-hidup
Pssttt, google ja cara-cara eh haaaa. Ada yang bagi cadangan letak dalam tempat beku peti ais la, ada yang cara bersiang patah-patahkan jari jemari #eh3 kaki-kaki ketam dulu la, ada yang bagi cara dengan curah air panas la. Saya ambik petua tikam :P. Caranya adalah kita tusuk pisau tajam terus di tengah-tengah dada ketam itu (seperti gambar di atas), tungu sebentar sehingga ketam itu berhenti bergerak, makanya itu bermakna ketam itu sudah mati. Selepas itu barulah kita buka ikatan tali rafia dan mula belah dua ketam dan kopek cengkerang atasnya dan basuh bersih ketam. Dan hasil akhirnya seperti dibawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaa............
Pssttt, yang kuning-kuning di dalam penapis tu telur ketam. Ramai cakap jangan buang, masukkan kedalam kuah, akan jadi lemak gitchew
Bahan-bahan Chilly Crab
Bahan kisar : cili kering 10tangkai, bawang putih 5 ulas, bawang merah 2biji, halia seinci
Sos : sos cili, sos tomato, sos tiram (bedal ja setiap satu dalam 3-4sudu)
Serai (dikatuk)
Telur 2 biji
Ketam Nipah (5-6ekor)
Cara-caranya
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan serai, sambung gaul sebati sebentar
Masukkan campuran sos, dan gaul sebati sekali lagi
Masukkan telur dan biarkan separa masak sebentar baru gaulkan rata semua bahan di dalam kuali
Akhir sekali, masukkan ketam dan gaul sebati dan biarkan dalam 15-20minit sehingga ketam masak sempurna
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaa, my own version of Chilly Crab
Sup Ketam
Seperti biasa, ketam nipah yang dibeli hidup-hidup dan perlu disiang sendiri
Psssttt, untuk kali kedua, saya dah expert gitchew :P. So kali ini beli yang saiz lebih besar dari yang pertama kali hari tu he3
In the making of sup ketam nipah
Bahan-bahan
Halia 2inchi(diketuk)
Bawang putih, 1 labu (tidak perlu dikupas kulit)
Lada hitam (ditumbuk halus atau kasar-kasar sedikit)
bawang besar 2biji (dipotong 4)
Bunga cengkih
Bahan hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng
Ketam nipah (3-4ekor)
Bahan khas : air kelapa, daun ketumbar jawa, gula merah (bahan-bahan ni saya tidak masukkan sebab tiada, kecuali air kelapa)
Cara-caranya
Satukan semua bahan di dalam periuk, rebus dahulu dalam 4 atau 5 jam dengan api perlahan
Kemudian boleh masukkan ketam, dan sambung reneh sebentar sehingga ketam masak (dalam 20-30minit)
Tutup api dan taburkan bahan hiasan, sudah boleh dinikmati panas-panas
v
v
v
v
v
v
No comments:
Post a Comment