Tuesday, August 23, 2022

Cititel Penang | Short Weekends City Staycation

Cititel Penang | Short Weekends City Staycation

Cititel Penang | Short Weekends City Staycation | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa semua pembaca kesayangan. Rasanya dah lama sangat tak share staycation review kan3. Last hari tu dalam entry Bayview Beach. Sebenarnya ada beberapa lagi staycation sebelum dan selepas staycatioj di Bayview Beach tu haaaaaa. Tapi tu laaaaa, asyik bertangguh :P. Kali ini saya cuba share satu persatu, mana yang sempat naaaaa. Kita pelan-pelan kayuh gitchew he3.


So kali ini saya akan share staycation kami sekeluarga di Cititel Penang pula. Sebenarnya tercetusnya short weekend city staycation ini oleh kerana kawan sepejabat saya mengadakan majlis resepsi perkahwinan adiknya di Cititel Penang. Makanya dah alang-alang akan hadir untuk makan malam resepsi, dan sah-sah sebab buat function di hotel makanya dapatlah offer spesial rate untuk bilik. So tunggu apa lagiiii, cepat-cepat sambar laaaa, he3. Kami ambil bilik Standard sahaja, sesuailah untuk kami 3 beranak kan3. So ajiom layan ceritera review Standard Room, Cititel Penang.


Standard Room, Cititel Penang


Pssttt, memang selesa bagi kami 3 beranak. Biliknya seperti baru refurbish. Bersih dan rasa selesa pabila pertama kali melangkah masuk kedalam. Keluasan bilik juga sedang elok sahaja. Basic amenities serba lengkap dan yang penting ada bathtub he3


The amenities...


Psssttt, seperti yang saya katakan sebentar tadi, memang kemudahan dalam bilik yang disediakan mencukupi dan dalam keadaan yang sangat baik. Contohnya seperti kipas & penghawa dingin, wifi, coffee & tee making set, mini fridge, toiletries set (siap ada shaver lagi weeeii), iron & iron board, hair dryer dan yang paling menyentuh hati nurani saya ialah kemudahan keperluan solat. Ini merupakan pertama kali saya menginap di sebuah hotel berbintang yang menyediakan sejadah dalam bentuk yang sungguh tertib, digantung elok pada tempatnya dan siap dibungkus elok haaaaa


Ruangan tandasnya


Psssttt, walaupun dalam kategori City Hotel, tetapiiii tetap ada kemudahan bathtub dalam setiap bilik. Mak sokaaaaaaaa, he3


City view dan partially some sea view dari bilik kamiiiiii


Indoor swimming pool


Pssstttt, kolam renang di Cititel Penang ni berkonsepkan indoor naaaa. So tak perlu risau kalau hujan ka ribut ka, anda tetap boleh berenang gitchew he3. Keluasan kolam renang ini sederhana sahaja. Apa yang menariknya adalah ianya mempunyai jacuzzi section taaaaauuuuuu
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tuuuuuu, nampak dak tu Boboboy sampai terherot-herot berjacuzzi he3


Habis hati la Boboboy tu dok kuak lentang kuak nerap bagai dalam pool dan Ibu seperti biasa hanya setia menanti ditepian gantang #eh3 kolam :P


Yang ini sesi Boboboy dengan Ayah eh pulaaaaaa


Psssttt, masa check in tu, hanya Ibu & Boboboy. Bila lewat petang sikit baru Ayah eh tiba di hotel. So bila Ayah eh ada sah-sah la Ayah eh yang melayan jantan seketul tu sampai hari check out kan3 :P


Sebelah kolam renang ada gym


Psstt, kecil sahaja saiz gym di Cititel Penang ni tau, tapi ok lah. Kemudahan yang ada bersesuaian


Boboboy seketul sempat berlakon bergym sebentar :P


Last sekali semestinya avelanja gambar Ibu & Boboboy di makan malam resepsi majlis perkahwinan ituuuuuuuu


Pssttt, secara keseluruhannya memang best menginap di Cititel Penang ni tau3. Sesuai untuk short weekends getaway gitchew. Opppsss, lupa nak elabortae tentang lokasi hotel yang strategik. Cititel Hotel ini memang terletak betul-betul di tengah bandaraya georgetown, dalam circle syurga makanan Penang hokeyh. So kalau uols memang plan untuk ke Penang dan menikmati makanan Penang, pilihlah hotel ini. Kebanyakan Penang foods attraction hanya walking distance sahaj taauu. Contohnyaaaaa Halab, Line clear, Sup Hameed, bazar chowrastar, roti canai jalan Argyll, Hameediayh, The Ship, dan juga pelabagai chinese & indian food court/restaurant serta pub/bar (untuk yang bukan islam la noooooo)



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment